Saturday, August 1, 2015
Masa Depan Program Better.Brighter.
Syukur banyak-banyak pada Tuhan kerana program
Better.Brighter ini telah mencapai satu tahap yang memuaskan hati saya. Sebenarnya, jika dikenang kira-kira dua tahun dahulu, saya langsung tidak
terfikir program ini diterima sebagai salah satu ‘signature’ program dalam TNB
Leadership Development Center (TNB LDC).
Ramai yang datang kepada saya dan berkongsi bagaimana
idea-idea program ini telah mampu membawa cara fikir yang lebih dinamik dalam
melaksanakan perubahan dalam tugas secara khusunya mahupun kehidupan mereka secara
amnnya.
Adakah saya sudah berpuas hati? Sesekali tidak kerana saya
sedar selagi program ini tidak mampu menwujudkan sustainability dalam usaha
participants selepas menghadiri program ini bagi memastikan wujudnya ‘Positive Behavioural
Change’ serta ‘Business Result’nya, sudah pasti pihak pengurusan TNB akan
mempersoalkan mengenai ‘Return of Investment’ (ROI) program ini.
Sebenarnya berbagai inisiatif telah dirangka dan sedang
diusahakan bagi menangani hal ini. Secara keseluruhannya, perlaksanaan program
ini ialah seperti yang dinyatakan dalam rajah di bawah;
Dari rajah di atas, jelas sekali wujudnya satu pelan susulan
selepas program yang melibatkan para pemimpin dan anggota kerja
untuk satu unit bisnes bagi mempengaruhi mereka agar fokus untuk menghasilkan segala hajat yang telah
dikenalpasti.
Baru-baru ini, saya juga telah mula merangka untuk
melaksanakan program Better.Brighter ini dengan lebih komrehensif yang merangkumi tiga fasa utama seperti
berikut;
Program Better.Brighter Fasa 1 (4H3M)
Fasa ini menekankan soal perkara yang penting dalam TNB di
waktu ini serta penekanan secara mendalam untuk mengenali diri sendiri.
Disamping itu, dalam fasa ini, huraian secara am mengenai ‘Center of Excellence’
dan ‘Packaging Expertise’ juga dilaksanakan. (Nota: Program Fasa 1 ini
merupakan program yang sedang giat dilaksanakan dalam TNB di waktu ini)
Program Better.Brighter Fasa 2 (3H2M)
Fasa ini menekankan secara khusus mengenai perlaksanaan ‘Center
of Excellence’.
Program Better.Brighter Fasa 3 (3H2M)
Fasa ini menekankan secara khusus mengenai perlaksanaan ‘’Packaging
Expertise’
Diyakini, bilamana ketiga-tiga fasa ini dapat dilaksanakan
untuk keseluruhan anggota kerja dalam sesuatu unit bisnes itu, ianya akan
menjadi satu unsur yabg sangat kuat untuk mempengaruhi mereka menghasilkan
hajat unit bisnes mereka.
Walaubagaimanapun saya sedar bagi melaksanakan ketiga-tiga
fasa program ini, diperlukan satu sumber yang besar dari segi masa, tenaga dan
wang ringgit. Namun, inilah challenge yang perlu saya tangani.
Apapun, on paper, saya mulai jelas, sebenarnya telah lahir
satu pendekatan bagi melaksanakan transformasi organisasi yang mudah tetapi
praktikal bagi mengharungi masa depan yang serba mencabar. Inilah sebenarnya
yang benar-benar buat saya teruja.
Moga Tuhan beri saya kekuatan untuk merealisasi ini semua.
Ameen!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment