Manusia adalah sehebat kejadian, walaupun berasal dari mani yang hina, semoga kehinaan ini mampu memecah tembok demi menuju ke arah kehebatan yang telah dinobatkan menjadi milik manusia. Kita umat bertuah yang dijanjikan Rasulullah untuk menjadi umat terbaik bagi memimpin generasi akan datang.
Saturday, August 15, 2015
Sedari Peranan Anda.
Manusia adalah sehebat kejadian, walaupun berasal dari mani yang hina, semoga kehinaan ini mampu memecah tembok demi menuju ke arah kehebatan yang telah dinobatkan menjadi milik manusia. Kita umat bertuah yang dijanjikan Rasulullah untuk menjadi umat terbaik bagi memimpin generasi akan datang.
Maka usah menimbul sengketa sesama kita dengan
perkara-perkara remeh dan negatif yang pastinya yang akan mengiringi lantaran
kesilapan dalam mengatur langkah menuju permuafakatan.
Terkadang sikap ego kita mengatasi segalanya, bukan mudah
untuk mengungkapkan “aku silap” atau
“aku bersalah.” Tetapi takut juga diri terjatuh kepada perkara riyak yang bisa
melalaikan manusia.
Atau, kita mudah untuk melafazkan “maaf’ tapi tidak mencerminkan keikhlasan seratus
peratus. Namun apa yang berlaku di kaiangan segelintir masyarakat kita hari ini
cukup memeningkan. Harapan tinggal harapan.
Kemampuan manusia adalah berbeza-beza, tidak Allah datangkan
suatu ujian itu melampaui kemampuan manusia. Yakinlah segala ujian yang
mendatang pasti mampu dikuasai dan ditangani. Allah telah menetapkan kemampuan
seseorang itu sama ada menjadi pemimpin, yang dipimpin dan sebagainya.
Kenapa kita mesti melahirkan rasa tidak puas hati lantaran
kerja-kerja yang terpundak berlainan
antara satu sama lain. Penulis contohnya, mampu menulis tapi terkadang tidak
semampu sahabat untuk melaksana.
Setiap orang mempunyai peranan yang tersendiri berdasarkan
kemampuan mereka. Apakah peranan kalian? Sebagai penulis? Maka tulislah
sebanyak mana pun, atau sebagai penceramah? Maka ucapkanlah segalanya, namun
kedua-duanya menuju perjuangan yang sama, iaitu perjuangan menegakkan kebenaran
yang mulia.
Perlu ditekankan di sini, dalam bekerja hati dan emosi perlu
disertakan, tapi biarlah berpada. Tanpa emosi gerak kerja tidak akan
terlaksana. Tanpa emosi juga, penumpuan pada kerjaya akan lesu. Kelekaan dan
kemalasan akan mengundang parah dalam kerja yang menuntut 1001 pengorbanan
wang, masa dan tenaga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment