Pagi tadi, sekali lagi aku telah diberi kesempatan oleh Teach For Malaysia (TFM) untuk berkongsi dengan para fellows baru TFM serta ibubapa mereka mengenai pengalaman aku bersama TFM.
Saturday, August 1, 2015
TFM jemput aku lagi :)
Pagi tadi, sekali lagi aku telah diberi kesempatan oleh Teach For Malaysia (TFM) untuk berkongsi dengan para fellows baru TFM serta ibubapa mereka mengenai pengalaman aku bersama TFM.
Sebenarnya, aku telah dimaklumkan mengenai jemputan TFM ini oleh
Safia kira-kira satu minggu terdahulu. Aku senyum sendirian sambil bertanya
pada Safia mengapa TFM mahu menjemput aku lagi. Spontan sahaja Safia
memberitahu aku bahawa TFM suka dengan ‘talk’ yang telah aku berikan kira-kira
dua tahun lepas. Itu adalah ketika Safia baru sahaja menyertai program TFM ini.
Aku pun sendiri tidak tahu apa yang bagus sangat pasal ‘talk’
yang terdahulu itu. Dah orang suka, kenapa aku harus banyak soal? Ini peluang
aku untuk contribute kepada TFM … ialah TFM ini telah banyak sangat berbudi kepada
Safia.
Paling aku suka mengenai penglibatan Safia bersama TFM ini
ialah bagaimana aku lihat leadership skill Safia telah benar-benar diasah.
Sebagai seorang yang berkecimpung secara langsung dalam membangunkan kepimpinan
di TNB, memang aku teruja melihat strategi dan pelan tindak TFM dalam mengasah leadership
skill orang seperti Safia. Hebat!
Aku sampai ke TFM agak awal. Janji jam 9 pagi tetapi jam
8.20 pagi aku dah sampai. Aku ambil ruang masa yang ada untuk meninjau apa yang
ada di pejabat TFM ini. Aku tak tahu mengapa tetapi dapat aku rasakan aura
pejabat TFM ini memang hebat.
Aku lihat susun atur pejabat mereka sangat mesra. Sangat
sesuai untuk brainstorm idea-idea baru. Paling aku suka mengenai TFM ini ialah
attitude anggota kerja TFM ini. Sangat awesome. Rata-rata anggota kerja TFM ini
muda tetapi vision serta drive mereka untuk capai vision mereka amat
mengujakan. Apa rahsia mereka?
Satu perkara lagi yang menarik ialah anggota kerja mereka
ini terdiri dari pelbagai kaum. Yang lebih menariknya ialah hubungan antara
mereka ini macam satu family. Apa rahsia mereka? I wish rakyat Malaysia boleh
belajar sesuatu dari mereka.
Aku juga berpeluang pagi tadi untuk mendengar penerangan
mengenai aktiviti TFM ini. Wow! Aku macam tak percaya apa yang aku lihat. Hebat
sungguh pendekatan mereka. Aku sempat bisikkan rasa teruja aku kepada MD TFM
ini, Zameer. Beliau hanya senyum sambil berkata sesuatu yang membuat
aku termenung sejenak.
Kata anak muda ini, “We need to learn from what we have
experience in order to progress” Simple tapi maksudnya cukup dalam.
Aku tak pelik jika satu masa nanti, Zameer serta
rakan-rakannya dalam TFM ini akan menjadi pemimpin-pemimpin industri di Malaysia
ini. Terus terang aku katakan, aku amat berbangga dengan mereka. Aku sangat
gembira kerana berpeluang untuk belajar dari mereka.
Sebelum aku berkongsi pengalaman aku pagi tadi, Safia telah
diberi ruang untuk berkongsi pengalaman beliau bersama TFM. Aku betul-betul
rasa teruja dan bangga mendengar ucapan Safia. Tak sangka yang sedang berucap
di depan para hadirin itu anak aku sendiri!
So, bila tiba giliran aku untuk berucap pagi itu, terus
terang aku katakan, aku berasa amat humble sekali. Aku tak tahu mengapa mereka
ketawa mendengar apa yang aku ucapkan. Is it funny? I don’t know. Aku tamatkan
ucapan pagi itu dengan kata-kata berikut yang aku tuju khas untuk Safia dan amnya
untuk semua fellows TFM ini …
Life is a game of change.
There is no stand still in this world.
There is no stand still in this life.
You can't stay who you are!
You are either moving forward or going backward.
So if you are not keen about moving forward, you'll find
yourself going backward!
You have to change because it is your responsibility.
It is not someone else's responsibility to change you!
Tq TFM!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment