Sunday, September 13, 2015
Matinya Rusa Gara-Gara Sebuah Kata-Kata ...
Sepulang dari sawah, Rusa terus terbaring di kandang dengan
wajah penat dan nafas yang berat. Rusa berkata pada Anjing yg kebetulan datang,
"Kawan, saya sangat penat ... besok
nak rehat sehari suntuk."
Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok, "Tadi saya berjumpa Rusa, katanya besok
dia ingin berehat dulu. Saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang
terlalu berat kepada Rusa."
Kucing kemudian bercerita kepada Kambing, "Rusa komplain bos bagi kerja terlalu
banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja."
Kambing berjumpa Ayam, "Khabarnya Rusa tidak seronok bekerja dgn
bos ... mungkin ada bos lain yang lebih baik."
Ayam bercerita kepada Monyet, "Rusa tak akan kerja untuk bos lagi dan
ingin mencari kerja di tempat bos yang lain."
Ketika makan malam, Monyet berjumpa Bos, "Bos, tolong
ajar si Rusa tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos
untuk bekerja dgn bos lain."
Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Rusa kerana dilihat
telah mengkhianatinya ...
Itu sebabnya adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti
hanya sampai ditelinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik2 tentang risiko,
manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.
Renung-renungkanlah ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment