Wednesday, November 11, 2015
Program Better.Brighter - Apa itu Better.Brighter? (Siri 2)
Ianya merupakan satu slogan yang sedang digunapakai dalam
TNB ketika ini. Slogan Better.Brighter ini merupakan janji TNB kepada pelanggan
dan anggota kerjanya.
Sudahnya, apa makna Better.Brighter itu sendiri? Ianya ialah
seperti apa yang tertulis dalam rajah di bawah;
Dari keterangan dalam rajah di atas, ianya ingin menjadikan kehidupan semua (pelanggan dan anggota kerja TNB) Better.Brighter dengan …
- memberi sinar kepada semua impian
- memberi harapan baru untuk hari esok
… dengan membekalkan tenaga kepada setiap orang dan pada
setiap hari.
Contoh kepada ‘memberi sinar kepada semua impian’ ialah
dengan asbab membekalkan tenaga elektrik, ramai anak-anak yang sedang belajar
dapat belajar dengan selesa bagi mencapai impian dalam pelajaran masing-masing.
Contoh kepada ‘memberi harapan baru untuk hari esok’ ialah
dengan asbab membekalkan tenaga elektrik, ramai pesakit-pesakit yang sedang
menjalani pembedahan di hospital mempunyai harapan untuk terus hidup.
Berdasarkan dua contoh di atas tentang impian dan harapan,
saya yakin anda dapat memikirkan contoh-contoh lain. Sudahnya, bukankah tugas
kita bersama TNB merupakan satu tugas yang sangat murni dan jika betul niatnya
kerana Tuhan , kita bakal mendapat keredahaanNya.
Sebenarnya makna Better.Brighter ini sangat rapat dengan
senikata lagu 'Sinar Menyinari' yang selalu diputarkan di serata TNB ini.
Perhatikan apa maksud saya ini berdasarkan kepada rajah di bawah;
Berdasarkan kepada rajah di atas, bukankah setiap perenggan
dalam lagu ‘Sinar Menyinari’ ini menerangkan secara tersurat mahupun secara
tersirat makna kepada setiap ayat-ayat yang digariskan di dalam makna
Better.Brighter itu?
Jadi diharapkan, selepas ini, bilamana kita menyanyikan lagu
‘Sinar Menyinari’ ini sebenarnya kita sedang mengulangkaji makna
Better.Brighter itu sendiri. Moga-moga dengan kita sentiasa menyanyikan lagu
ini, kita akan mendapat tenaga baru bagi merealisasi makna Better.Brighter ini.
Baru-baru ini, kita lihat perkataan Better.Brighter itu
telah di tambah dengan perkataan Better.Brighter Together. Apa beza antara dua
slogan ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment