Sunday, November 15, 2015
Program Better.Brighter – Empat Renungan - Renungan Pertama - Tiga Tanda Orang Bijak (Siri 3)
Better.Brighter menuntut perubahan dari semua anggota kerja
bagi membantu TNB mencapai segala matlamat TNB yang telah ditetapkan. Untuk
memudahkan anggota kerja TNB melalui satu perubahan, perkara asas yang perlu
ada di kalangan anggota kerja TNB ialah satu mindset atau cara pandang yang
bersesuaian.
Mindset ini sangat penting.
Mindset positif, Hasil positif.
Mindset negatif, Hasil negatif.
Satu perkara yang perlu kita fahami tentang mindset ini
ialah bilamana kita melihat satu perkara itu, lain orang, lain fahamnya.
Sudahnya apa yang difaham itu membentuk mindset seseorang itu.
Bagi mempengaruhi mindset ini agar ia mahu kepada perubahan,
ianya perlu bermula dengan seseorang itu sedar tentang maksud hidup beliau
dalam hidup ini. Maksud hidup ini bolehlah diterangkan berdasarkan rajah di
bawah;
Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat bahawa hidup
seorang manusia di atas dunia ini adalah umpama seorang pengembara.
Memandangkan hidup beliau di atas mukabumi ini akan tamat satu masa nanti, maka
semestinya hidup beliau di atas muka bumi perlu bermatlamatkan untuk mencari
Keredhaan Tuhannya sebagai ‘passport’ untuk beliau hidup aman di alam-alam akan
datang. (Sila faham erti matlamat ini berdasarkan kefahaman agama
masing-masing).
Bertolak
dari kesedaran di atas, seseorang yang jelas maksud hidupnya akan sentiasa
ingin melakukan perubahan agar hidupnya tidak sia-sia. Secara asasnya, mereka
yang tergolong dalam golongan ini mempunyai beberapa mindset yang disimpulkan
dalam empat renungan di bawah;
1- Tanda Orang Bijak
2 - Niat
3 - Hukum Memberi dan Menerima
4 - Perubahan
Mari sama-sama kita menghayati empat renungan ini. Moga-moga
kita diberi kefahaman dan kekuatan untuk menjadikan empat renungan kita ini
sebagai mindset kita.
Renungan Pertama: Tanda Orang Bijak
Bila di tanya tentang apakah tanda orang bijak itu, pasti
lain orang lain jawabnya. Perbezaan jawaban ini terletak kepada pengalaman dan
ilmu yang diperolehi masing-masing dalam hidupnya. Soalnya adakah sesiapa yang
salah atau betul? Tidak! Kerana siapa kita untuk mempersoalkan jawaban
masing-masing kerana itu adalah pengalaman dan ilmu yang diperolehi
masing-masing dalam hidupnya!
Namun melalui program Better.Brighter ini, dibawa satu sudut
pandang tentang apakah tanda-tanda orang bijak itu. Ada tiga tanda orang bijak
iaitu;
1 - Bolehkah saya melayani diri sendiri?
Maksud tanda pertama ini ialah sekiranya kita gagal,
mampukah kita ketawa dan pujuk diri sendiri sambil berkata ini semua pelajaran
bagi kita. Sudahnya kita mampu bangun dan belajar dari kegagalan itu.
Sebaliknya, jika kita berjaya mencapai satu kejayaan, mampukah kita untuk
menangis sambil mengucapkan syukur kepada Tuhan?
2 - Bolehkah saya melayani orang lain?
Kita akan mampu melayani orang lain jika pada mulanya kita
mampu layani diri sendiri! Fikirkan. Amalan yang dianjurkan oleh program
Better.Brighter bagi mengamalkan tanda kedua orang bijak ini ialah dengan
mengamalkan ‘Salam Semut’.
Ahli Sains yang mengkaji kelompok semut ini telah merumuskan
bahawa amalan ‘salam’ yang dilakukan di kalangan semut ini adalah pencetus kerjasama
yang hebat di kalangan kelompok semut. Salahkah kita belajar dari kelompok
semut ini?
3 - Bolehkah saya melayani Idea Baru?
Selalunya kita memilih untuk melayani sebarang idea. Pilihan
kita sangat kuat dipengauhi oleh siapa yang menyampaikan idea tersebut. Lagi
tinggi status orang tersebut, lagi sudi kita melayani idea yang disampaikan.
Fikirkan. Soalnya, perlukah begitu? Semestinya tidak!
Apa kata selepas ini, mari kita beri peluang kepada diri
sendiri agar cuba memahami apa yang disampaikan oleh orang yang menyampaikan
idea itu walaupun siapa juga beliau. Selepas kita memahaminya barulah kita
membuat keputusan samada untuk menerima atau menolaknya.
Jangan Terima, Jangan Tolak tetapi Fikirkan samada idea ini
mampu membawa saya mencapai apa yang dihajati.
Pilihan Di Tangan Saya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment