Monday, November 23, 2015
Program Better.Brighter: Empat Renungan - Renungan Kedua - Niat (Siri 4)
Renungan Kedua: Niat
Telah lama kita hidup. Apa yang kita faham tentang niat?
Saya yakin lain orang lain erti mereka tentang niat. Tetapi dalam BB, niat
diertikan sebagai;
NIAT + TINDAKAN = HASIL
Persamaan di atas bermaksud apa juga yang kita lakukan atas
dunia ini semuanya bermula dengan niat. Sedar atau tidak sedar, faham atau
tidak faham, semuanya bermula dengan niat. Niat menentukan corak tindakan kita.
Mana mungkin tindakan kita berlawanan dengan niat kita! Fikirkan …
Sudahnya, dengan izin Tuhan, tindakan kita akan menghasilkan
hasil yhang kita terima dalam hidup ini.
Seperkara lagi, berdasarkan persamaan di atas, dapat kita
lihat dengan jelas bahawa kita mampu melihat niat kita di masa lepas dengan
hanya melihat hasil yang kita terima sekarang. Siapa anda sekarang adalah sebenarnya
niat anda di masa lalu!
Rumusannya, jika kita ingin hasil yang lebih baik di masa
depan, perbetulkan niat kita!
Bila bercakap tentang niat, biasa kita dengar orang berkata,
“Aku niat kerana Tuhan”. Apa yang anda faham tentang maksud ini. Sekali lagi,
saya yakin, lain orang lain fahamnya. Soalnya adakah apa yang orang lain faham
itu salah? Bagi BB semua jawaban itu betul kerana ianya melambangkan
latarbelakang mereka sendiri.
Begitu juga BB, BB punya pandangannya tentang maksud niat
kerana Tuhan ini. Bagi BB, ianya bermaksud;
Niat kerana Tuhan bermaksud kita berniat akan laksanakan
segala aktiviti yang positif dengan terbaik tanda syukur kita kepada Tuhan yang
telah dan akan memberi banyak nikmat yang tidak mampu kita balas.
Seperkara lagi, sebarang niat yang kita buat itu perlu
dipastikan agar tindakan atau hasil kita itu nanti tidak melanggar perintah
Tuhan dan tidak mengambil kepentingan orang lain. Jika ini kita perhatikan,
dengan izin Tuhan, kita sentiasa dalam keredhaanNya.
Sekiranya, soal hubungan dengan Tuhan dan Manusia ini tidak
diperhatikan, maka jadilah kita seperti golongan-golongan yang kita lihat dalam
rajah di bawah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment