Sunday, November 29, 2015
Program Better.Brighter – Empat Renungan - Renungan Ketiga - Hukum Memberi dan Menerima (Siri 5)
Renungan Ketiga: Hukum Memberi dan Menerima
Sudah lama kita hidup di atas mukabumi ini. Adakah kita
memahami Hukum Memberi dan Menerima ini? Jika kita memahaminya, adakah ini
telah menjadi amalan hidup kita?
Hukum ini secara asasnya menyatakan bahawa untuk menerima
sesuatu kita perlu memberi dahulu. Tidak mungkin kita boleh menerima sesuatu
sebelum kita memberi dahulu. Sebagai contoh, jika kita mahukan aman damai, kita
perlu beri sangka baik dahulu. Jika kita mahukan pengalaman dalam tugas, kita
perlu beri masa dan tenaga dalam tugas tersebut. Jika kita mahukan keredhaan
Tuhan, kita perlu menuruti perintah Tuhan dahulu.
Jika kita mengamalkan hukum ini di dalam hidup kita, dengan
izin Tuhan, memang banyak kejayaan yang kita raih dalam hidup ini tidak kira
apa juga cabang hidup itu, baik dalam kerjaya, famili atau masyarakat. Cuba
semak diri sendiri, adakah sebelum ini kita berjaya mencapai apa yang kita
hajati? Jika ianya benar, sememangnya kita banyak memberi untuk mencapai apa
yang kita hajati baik dari segi masa, tenaga mahupun wang ringgit.
Hukum ini, kita sedar atau tidak, kita faham atau tidak,
tetap berlaku kepada diri kita. Itu sebab penting sangat kita memahaminya agar
kita tidak dimakan ‘sumpah’ hukum ini. Sudah ramai manusia kecundang dalam
hidup ini kerana cuai dengan hukum ini.
Satu perkara yang perlu kita jelas tentang hukum ini ialah hukum
ini tidak pernah lupa. Hukum ini tetap akan kita terima padahnya walaupun masa
telah berlalu. Mungkin minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin tahun depan
kita akan terima padahnya. Mungkin juga keturunan kita yang akan menerima
balasannya atau mungkin kita akan terima di alam akhirat nanti. Apa pun kita
tetap akan menerima balasan akibat apa yang kita beri sebelumnya!
Sebagai contoh, dalam program Better.Brighter, kita telah
dipertontonkan video cerita Dr. Prajak Arunthong. Moga-moga cerita Dr. tersebut
menjadi peringatan untuk kita semua.
Dalam usaha kita di TNB untuk mentransformasi TNB ini agar
mencapai hajat bersama kita iaitu DDRC, sangat penting kita memerhatikan hukum ini
dalam segenap tindak tanduk kita semasa bertugas. Jika kita benar-benar mahu
mencapai DDRC tersebut, inilah satu mindset yang perlu kita pegang dan dengan
izin Tuhan, ini bakal membawa kita laju mencapai DDRC itu.
Moga-moga selepas ini kita diberi kesedaran dan kekuatan
untuk mengamalkan hukum ini di dalam hidup kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment