Wednesday, November 11, 2015
Program Better.Brighter - Pengenalan (Siri 1)
Mulai artikel ini, saya akan menulis mengenai apa yang terkandung di dalam Program Better.Brighter (BB). Moga-moga
sesiapa yang membaca artikel-artikel ini nanti mampu memahami maksud dan
pendekatan Program BB ini, InsyaAllah.
Saya mulakan dengan mengapa program BB ini diwujudkan dengan
menggunapakai kerangka SCIPAB (Situation + Complication + Impact + Position + Action + Benefit) …
Situation
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan
Transformasi 1TNB bagi memastikan TNB terus relevan di mata pelanggannya serta
pihak yang berkepentingan. Untuk itu, TNB telah menetapkan sasaran seperti
terkandung dalam Domestic Dominance Regional Champion (DDRC). Manakala kayu
ukur bagi menentukan samada DDRC ini tercapai adalah seperti yang terkandung
dalam 6 Key Results Area (6KRA).
Kejayaan pencapaian matlamat ini banyak bergantung kepada
kesudian para anggota kerja TNB untuk
menyokong dan mendokong hasrat ini. Walaubagaimanapun, sebahagian besar
warga kerja TNB kelihatan tidak mampu melakukan semua ini disebabkan wujudnya
masalah ‘mind set’ anggota kerja TNB yang mudah berpuas hati dengan apa yang
mereka telah perolehi.
Sekiranya keadaan ini berleluasa, sudah pasti segala
perancangan TNB untuk mencapai segala hasrat yang ada dalam Transformasi 1TNB
ini tidak akan tercapai. Ini sudahnya
membawa ketidakupayaan TNB bagi memenuhi keperluan pelanggan dan pihak
berkepentingan lalu membuatkan TNB tidak relevan lagi di mata mereka seperti
yang dinyatakan di atas.
Berdasarkan kepada keperluan ini, Pusat Pembangunan
Kepimpinan TNB telah menwujudkan satu program perubahan ‘mindset’ bertajuk
Better.Brighter. Program Better.Brighter akan menekankan soal-soal berikut;
- ‘Gambaran Besar’ mengenai perkara yang perlu diberi
penekanan dalam TNB di waktu ini.
- Kaedah bagaimana untuk melaksana pencapaian ‘Gambaran Besar’
ini secara individu atau berpasukan.
Diyakini bilamana semua peringkat anggota kerja TNB itu
benar-benar memahami dan mengambil tindakan terhadap kedua-dua soal ini, ianya
akan mempengaruhi ‘mindset’ mereka untuk lebih positif lalu memudahkan mereka
menyokong dan mendokong Transformasi 1TNB ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment