Sunday, December 27, 2015
Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 2 (Siri 15)
Siapakah Kita?
Menurut mereka yang mengkaji manusia, manusia itu terbahagi
kepada 2 bahagian utama iaitu;
Bahagian Diri yang Bukan Fizikal (Bahagian Diri yang tidak
Nampak)
Bahagian Diri yang Fizikal (Bahagian Diri yang Nampak)
Bahagian Diri yang Bukan Fizikal terbahagi kepada 3 bahagian
utama iaitu;
Intelektual – Bahagian Diri yang Berfikir
Emosional – Bahagian Diri yang Merasai
Spiritual – Bahagian Diri yang Membuat Pilihan/Keputusan
Manakala Bahagian Diri yang Fizikal ialah;
Fizikal atau Tubuh Badan – Bahagian Diri yang Membuat
Tindakan
Dalam mengenal diri, kita harus bermula dengan mengenali fungsi bahagian-bahagian
diri ini dan seterusnya mengenali bagaimana bahagian-bahagian diri ini
bekerjasama atau beroperasi sebagai satu sistem lalu meghasilkan hasil dalam
hidup kita ini.
Bagi memudahkan kita mencapai maksud ini, kita memerlukan
satu gambarajah tentang manusia. Masalah dengan kita ialah sebelum ini kita
tidak mempunyai satu gambarajah manusia yang memaparkan ke empat-empat bahagian
diri ini (Intelektual, Emosional, Spiritual dan Fizikal).
Jika tiada gambarajah manusia ini sebelum ini, kita boleh
menwujudkan satu gambarajah tentang manusia ini. Harus diingati, gambarajah
tentang manusia yang diwujudkan itu bukan gambarajah sebenar seorang manusia
namun melalui gambarajah tersebut kita mesti berupaya …
- Melihat bahagian utama diri seorang manusia.
- Melihat fungsi bahagian utama diri manusia.
- Melihat bagaimana bahagian diri manusia itu bekerjasama atau
beroperasi sebagai satu sistem lalu menghasilkan hasil dalam hidup kita.
Berdasarkan kepada keperluan di atas, seorang doktor
kiropraktik dari San Antonio, Texas, Amerika Syarikat bernama Dr Thurman Fleet
telah mencadangkan satu gambarajah manusia yang bernama ‘Stick Person’ seperti dibawah;
Dari gambarajah ‘Stick Person’ di atas, jelas kelihatan bulatan
yang mewakilli bahagian diri yang bukan fizikal adalah lebih besar berbanding
bulatan yang mewakilli bahagian diri yang fizikal bagi melambangkan KEMAMPUAN
bahagian diri yang bukan fizikal adalah lebih besar berbanding bahagian diri
yang fizikal.
Bulatan yang mewakilli bahagian diri yang bukan fizikal
dibahagikan pula kepada tiga bahagian iaitu;
Fikiran Sedar – Dimana duduknya Intelektual (Fikiran)
Fikiran Separuh Sedar – Dimana duduknya Emosional (Perasaan)
Fikiran Bawah Sedar – Dimana duduknya Spiritual (Kerohanian)
Diantara ketiga-tiga bahagian diri yang bukan fizikal ini,
kemampuan Fikiran Bawah Sedar adalah lebih besar berbanding Fikiran Separuh
Sedar. Manakala kemampuan Fikiran Separuh Sedar adalah lebih besar berbanding
Fikiran Sedar.
Bulatan yang mewakilli bahagian diri yang fizikal itu pula
ialah dimana letaknya tubug badan kita.
Fungsi atau peranan setiap bahagian diri ini ialah seperti
berikut;
Fikiran Sedar – Berfikir (Intelektual)
Fikiran Separuh Sedar – Merasai (Emosional)
Fikiran Bawah Sedar – Membuat Pilihan/Keputusan (Spiritual)
Tubuh Badan – Membuat Tindakan (Fizikal)
Bagi memudahkan kita mengingati bahagian-bahagian diri ini,
perumpamaan untuk bahagian diri seperti dibawah ini dibuat;
Fikiran Sedar – Umpama ‘Menteri’
Fikiran Separuh Sedar – Umpama ‘Genie’
Fikiran Bawah Sedar – Umpama ‘Raja’
Tubuh Badan – Umpama ‘Rakyat’
Nota: Mulai sekarang, saya akan menggunakan perumpamaan ini
semasa merujuk kepada bahagian-bahagian diri ini.
Jika kita lihat perumpamaan diri ini, gabungan Menteri,
Genie dan Raja ini sebenarnya menggambarkan cerita dalam satu ‘Istana’.
Manakala gabungan cerita ‘Istana’ dan ‘Rakyat’ (Tubuh Badan) pula membentuk
cerita dalam satu negeri.
Ringkasnya diri seorang manusia itu adalah umpama sebuah
negeri. Dan ini membuktikan bahawa semua manusia itu adalah pemimpin kerana
jika seorang manusia tidak mempunyai walau seorang pun untuk dipimpinnya namun
sekurang-kurang beliau punya ‘negeri’ (dirinya sendiri) untuk dipimpin!
Saturday, December 26, 2015
Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 1 (Siri 14)
Saya fikir, bila menyebut tentang ‘Building Trust and
Relationship’, ramai di kalangan kita mampu memberi cadangan dan pandangan
untuk bagaimana membinanya. Namun, hasil yang kita perolehi berdasarkan
cadangan dan pandangan kita itu tidak begitu memberangsangkan. Apakah
perkara yang perlu kita laksanakan?
Menurut pandangan program BB ini pula, untuk ‘Building Trust
and Relationship’, kita perlu bermula dengan satu perkara yang sangat dasar
iaitu ‘Kenal Diri’ dahulu atau ‘Kenal Siapa Manusia’ itu dahulu.
Tanpa mengenali siapakah manusia itu terlebih dahlu, mana
mungkin kita mampu ‘Building Trust and Relationship’. Bila kita mula menyedari
bahawa kita ini semua punya persamaan dan keunikan, maka itu bakal membuka mata
kita untuk melihat manusia lain dari sudut pandang yang lebih positif. Fikirkan
sejenak …
Bila menyebut mengenali manusia itu pula, program BB bermula
dengan bertanyakan satu soalan pokok iaitu, bagaimana kita melihat manusia itu?
Kita melikat manusia itu sebagai ‘barang’ atau ‘orang’?
Menuruti kajian yang dilakukan oleh satu institut di Amerika
bernama ‘Arbinger Institute’, kita melihat manusia sebagai ‘barang’ bilamana
kita melihat manusia itu sebagai;
- Batu Loncatan
- Batu Penghalang
- Tidak Relevan
Sedar tidak sedar, pada ketika-ketika inilah kita melihat
manusia sebagai ‘barang’. Persoalan yang lebih penting, adakah kita melihat
orang yang kita sayangi atau rapat dengan kita sebegini? Yang jelasnya, bila
kita melihat manusia sebagai ‘barang’, memang sukar untuk kita ‘Building Trust
and Relationship’ sesama kita! Fikirkan sejenak …
Sebaliknya, kita melihat manusia sebagai ‘orang’ ketika kita
mampu hormati (respect) …
- Fikiran mereka
- Perasaan mereka
- Pilihan mereka
- Tindakan mereka
… walaupun ianya berbeza dengan kita kerana mana mungkin
ianya sama kerana kita sedar
latarbelakang kita berbeza. Persoalan yang lebih penting, adakah kita mampu
hormati (respect) fikiran , perasaan, pilihan dan tindakan orang yang kita
sayangi atau rapat dengan kita? Yang jelasnya, bila kita melihat manusia
sebagai ‘orang’, memang mudah untuk kita ‘Building Trust and Relationship’
sesama kita! Fikirkan sejenak …
Berikut, mari kita dalami kefahaman kita untuk melihat
manusia sebagai 'orang'.
Semua kita sedar bahawa setiap manusia itu memang telah
dilahirkan berjaya. Buktinya, dari beratus juta sperma ayah kita yang cuba
bercantum dengan ovum ibu kita, hanya satu sperma sahaja yang berjaya bercantum
dan itulah kita.
Tetapi mengapa bila kita mula membesar dan dewasa di atas
mukabumi ini, kita mulai memandang rendah keupayaan diri sendiri? Ini berlaku
kerana kita tidak punya ilmu dan kesedaran tentang siapa kita.
Program Better.Brighter – Gambaran Besar 1TNB – Bah 6 (Siri 13)
Selepas kita memahami Gambaran Besar 1TNB ini, persoalan
berikut yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana anggota kerja TNB harus membuagt
perlaksanaan bagi merealisasi segala hajat yang terkandung di dalam Gambaran
Besar 1TNB ini?
Berdasarkan program BB ini, pintu masuk perlaksanaan bagi
merealisasi Gambaran Besar 1TNB ini ialah seperti yang dinyatakan di dalam
rajah di bawah;
Jelas sekali dari rajah di atas, bahawa pintu masuk
perlaksanaan Gambaran Besar 1TNB ini ialah dengan mengambil tindakan bagi
menwujudkan ‘Four Thrust’ (Building Trust & Relationship, Building
Capacity, Building Performance dan Building Growth) di dalam tugas anggota
kerja TNB. Dengan melaksana ‘Four Thrust’ ini, dengan sendirinya ianya juga
bakal membawa tercapainya perkara-perkara lain di dalam Gambaran Besar 1 TNB
itu.
Bila menyebut untuk mengambil tindakan terhadap ‘Four Thrust’
ini, semestinya anggota kerja TNB memerlukan satu kaedah dan alat bagi
melaksana setiap ‘Four Thrust’ ini. BB telah mengutarakan satu kaedah dan alat
yang khusus bagi menangani setiap ‘Thrust’ ini.
Secara ringkasnya, alat yang digunakan ialah seperti yang
dinyatakan di dalam rajah di bawah;
Artikel-artikel berikut
di dalam nota ini akan membicarakan secara terperinci kaedah dan penggunaan
alat-alat ini bagi merealisasi setiap ‘thrust’ ini. Diyakini, bila sesesorang
anggota ker ja TNB atau sekumpulan anggota kerja TNB itu mampu melaksana kaedah
dan alat ini, maka dengan sendirinya Gambaran Besar 1TNB ini bakal tercapai.
Thursday, December 24, 2015
Program Better.Brighter – Gambaran Besar 1TNB – Bah 5 (Siri 12)
Perkara 7 : Hasrat Better.Brighter
Selepas anggota kerja TNB melaksanakan
perkara 1 hingga 6, sedar atau tidak sedar, anggota kerja TNB sebenarnya telah
mencapai segala 8 + 2 hasrat (8 hasrat
asal ditambah 2 hasrat yang dimaklumkan pada awal tahun 2015) yang terkandung
dalam slogan Better.Brighter ini. Rujuk gambarajah dibawah …
Perkara 8: Konsep C.E.O.
Sebenarnya, 8 + 2 hasrat Better.Brighter
ini merupakan juga ‘corak hubungan’ yang mahu dibina oleh ‘Owner’ (tuanpunya) TNB
ini dengan ‘Customer’ (Pelanggan) nya dan ‘Employee’ (Anggota Kerja) nya.
Inilah sebenarnya matlamat utama dalam konsep C.O.E. ini.
Perkara 9: Semangat Baru (Revitalizing)
Pencapaian 8 + 2 hasrat Better.Brighter ini
bakal membawa Semangat Baru (Revitalizing) kepada TNB dan anggota kerja TNB
sendiri.
Perkara 10: Brand TNB
Seterusnya, apabila anggota kerja TNB
berjaya melaksanakan perkara 1 hingga 9, dengan sendirinya ianya bakal membawa
timbulnya keyakinan pelanggan kepada Brand TNB itu sendiri.
Kita perlu sedar bahawa bagaimana seseorang
pelanggan itu yakin dengan sesuatu brand itu (bila yakin, beliau akan sudi
menggunakan produk atau servis yang ditawar oleh brand tersebut) timbul dari
perasaan yang wujud dalam dirinya terhadap brand tersebut.
Perlu diingatkan disini bahawa perasaan
lebih kuat berbanding fikiran/logik dalam mempengaruhi diri dalam membuat
keputusan untuk mengguna sesuatu produk atau servis yang ditawar oleh brand.
Manakala perasaan yang timbul dalam diri
seseorang pelanggan itu wujud dari pengalaman beliau bersama brand itu sebelum
ini. Sekiranya baik pengalamannya, maka baiklah perasaannya lalu menyebabkan
beliau sudi menggunakan produk atau servis yang ditawar oleh brand itu.
Kesimpulannya, anggota kerja TNB melaksana
perkara 1 hingga 9 ini dengan tujuan untuk meninggalkan pengalaman yang baik
pada diri pelanggan agar timbul perasaan yang baik dalam diri pelanggan TNB itu
terhadap brand TNB. Ini sudahnya akan menwujudkan keyakinan pelanggan TNB itu
kepada brand TNB.
Perkara 11: Make a Difference
Jika anggota kerja TNB laksanakan
perkara-perkara 1 hingga 10 ini, itulah cara anggota kerja TNB ‘Make a
Difference’ dalam tugas mereka.
Perkara 12: Better.Brighter Together
Ini sudahnya
bakal menjadikan anggota kerja TNB semua Better.Brighter Together!
Nota: Perbezaan
antara slogan Better.Brighter! dan Better.Brighter Together! ialah slogan
Better.Brighter! digunakan di luar TNB manakala slogan Better.Brighter
Together! digunakan sesama anggota kerja TNB (dalam TNB).
Tuesday, December 22, 2015
Program Better.Brighter – Gambaran Besar 1TNB – Bah 4 (Siri 11)
KRA3 - Mengurus Kos Dan Operasi Secara Efisien
TNB mempunyai 110 Billion nilai aset. Aset TNB ini perlu
diuruskan dengan baik terutamanya dengan kos yang efisien agar produktiviti anggota
kerja TNB meningkat dan keuntungan TNB bertambah.
Sasaran untuk KRA3 ini adalah …
1. Mengoptimumkan Pengurusan Aset. Memfokuskan pada C-P-R
(Cost-Performance-Risk)
2. Mengoptimumkan CAPEX (projek) & Mengurangkan OPEX (Kos
Operasi)
3. Kearah Sistem Perolehan (Procurement) yang terbaik
KRA4 - Meluaskan Bisnes Baru
Memfokus kepada ‘Non Regulated Business’ (bukan GTD)
contohnya bisnes anak-anak syarikat sedia ada seperti REMACO, MTM, TSG, TCI.
Juga meningkatkan pertumbuhan bisnes antarabangsa dengan memfokus di Asia
Tenggara, Timur Tengah juga Afrika.
Sasaran untuk KRA4 ini adalah 15%-30% dari pendapatan
Kumpulan TNB adalah dari bisnes-bisnes tidak dikawal selia dan bisnes luar
negara menjelang tahun 2025.
KRA5 - Transformasi Organisasi
Terdapat 36 ribu anggota kerja TNB. Anggota kerja adalah
kunci kepada Program Transformasi 1TNB. TNB perlu menghasilkan pemimpin untuk
menjadi agen perubahan untuk mencapai aspirasi DDRC.
Sasaran untuk KRA5 ini adalah …
1. Setiap anggota kerja memahami, menyokong, fokus dan
mengambil tindakan untuk mencapai aspirasi DDRC - Program Transformasi Wave1,
Wave2 dan Program Better.Brighter ini sendiri.
2. Menghasilkan Pemimpin di setiap lapisan. Program 7Habits
& TNB Future CEO.
3. Perlaksanaan Value Unlocking
Program (VUP)
VUP terdiri daripada tiga
inisiatif utama iaitu;
Unlocking
Financial Value
Unlocking
Customer Value
Unlocking
People Value
Berdasarkan kepada tiga inisiatif
di atas, selain mengemaskini pengurusan kewangan TNB, ‘Unlocking Financial
Value’ dicapai dengan mengemaskini pengurusan pelanggan. Selanjutnya, selain
mengemaskini pengurusan pelanggan, ‘Unlocking Customer Value’ dicapai dengan
mengemaskini pengurusan sumber manusia.
Dibawah inisiatif ‘Unlocking
People Value’, terdapat tiga perkara utama perlu dilaksanakan iaitu,
Penyusunan
Semula Struktur Organisasi
Penyusunan
Semula Sistem Pembinaan Kompetensi
Penyusunan
Semula Proses Kerja
Diharapkan, bila ketiga-ketiga
inisiatif dibawah VUP ini terlaksana, ianya bakal meningkatkan nilai TNB itu sendiri.
KRA6 Memperkukuh SESB
Memfokus untuk menambahbaik Kawal Selia, Keselamatan Bekalan,
Perkhidmatan Pelanggan, Aliran Tunai dan Transformasi Organisasi.
Pencapaian 5 + 1 KRA bakal menyaksikan pencapaian DDRC. Pada
ketika itu, anggota kerja TNB boleh berdiri dan melaungkan seruan ‘Unlock the
Talent, Unleash the Potential’ yang merupakan perkara ke 6 dalam Gambaran Besar
TNB ini.
Perkara 6: ‘Unlock the Talent, Unleash the Potential’
Seruan ini sebenarnya berkait rapat dengan empat thrust yang
telah dinyatakan sebelum ini iaitu ‘Unlock the Talent’ berkait rapat dengan dengan
‘Building Trust and Relationship’ dan ‘Building Capacity’. Manakala ‘Unleash
the Potential’ berkait rapat dengan ‘Building Performance’ dan ‘Building
Growth’
Untuk kemudahan mengingati seruan ini, disyorkan untuk mengkaitkan
seruan ini dengan video ‘Red Bull’ yang mengkisahkan cerita seorang penunggang
motosikal yang berjaya melompat dan terjun dari satu bangunan dengan menunggang
motosikalnya.
Program Better.Brighter – Gambaran Besar 1TNB – Bah 3 (Siri 10)
Perkara 5: 5 + 1 KRA
Apa itu KRA? KRA ialah Key Result Area (Bidang Keberhasilan
Utama). 5 + 1 KRA telah dikenalpasti sebagai
kayu ukur untuk menentukan samada TNB telah menghampiri atau mencapai Domestic Dominance, Regional Champion.
Asalnya 5 KRA dikenalpasti kemudian 1 lagi KRA mengenai SEBS
ditambah. Untuk itu terdapat 5+1 KRA untuk program Transformasi 1TNB.
KRA1 Enhance
Regulatory Management (Menambahbaik Hubungan Dengan Pihak Kawalselia)
KRA2 Exceed
Customer Expectation (Melangkaui Kehendak Pelanggan)
KRA3 Drive
Operational Cost Efficiency (Menggurus Kos Dan Operasi Secara Efisien)
KRA4 Grow
Profitable New Business (Meluas Bisnes Baru)
KRA5 Oragnization
Transformation (Transformasi Organisasi)
KRA6 SESB
Turnaround (Memperkukuh SESB)
KRA1 - Menambahbaik Hubungan Dengan Pihak Kawalselia
KRA ini diwujudkan untuk mengambil kira pihak2
berkepentingan yang menentukan kewujudan (keputusan tentang hidup mati) operasi
Regulated Business TNB. Regulated Business TNB adalah Generation Transmission
Distribution (GTD) yg mempunyai tanggungjawab untuk pembekalan tenaga elektrik
di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Pihak berkepentingan ini adalah Suruhanjaya Tenaga, KeTTHA
(Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dan Ahli-ahli Politik/Wakil
Rakyat.
Sasaran untuk KRA1 ini adalah …
1. Mengekalkan TNB sebagai VIU (Vertical Integrated Unit).
TNB kekal menjadi satu entiti GTD dan tidak dipecah-pecahkan.
2. Kapasiti penjanaan oleh TNB >60%. Contohnya kapasiti
pasaran penjanaan sekarang adalah 16,900MW (Stesen Janakuasa TNB + IPP). Kita
inginkan menguasai 10,140MW (60%) atau lebih.
3. FCPT - Fuel Cost Pass Through (Perlepas Kos Bahan Api).
Kos operasi TNB tidak terkesan dengan naik turun harga bahan api.
KRA2 - Melangkaui Kehendak Pelanggan
Terdapat 8.6 juta pelanggan TNB - domestik dan komersial.
Jika pelanggan TNB puashati dan suka pada TNB, mereka akan menyokong TNB untuk
mencapai aspirasinya.
Sasaran untuk KRA2 ini adalah …
1. Menambahbaik ‘customer touchpoint’ (titik hubungan)
supaya lebih cekap dan mesra. Adalah
disasarkan:
a. Supply Connection Period dalam tempoh 7hari atau kurang.
b. Menambahbaik Pusat Khidmat Pelanggan dan Customer Channel
(saluran untuk pelanggan berhubung)
c. Projek SMART Meter.
2. CSI (Customer Satisfaction Index) disasarkan 8.0
Monday, December 7, 2015
Program Better.Brighter – Gambaran Besar 1TNB – Bah 2 (Siri 9)
Untuk mencapai DDRC, ianya adalah umpama satu peperangan.
Ini adalah kerana bukan TNB sahaja ingin mencapai apa yang terkandung dalam
DDRC malah banyak lagi syarikat yang mahu mencapainya. Sudahnya TNB mesti ‘bverperang’
dengan syarikat lain bagi mencapainya.
Untuk pergi ‘perang’, anggota kerja TNB perlukan kepada ‘senjata’.
‘Senjata’ anggota kerja TNB itu adalah seperti yang terkandung dalam ‘Vibrant
Workforce Productivity Revolution’.
Perkara 3: Vibrant Workforce Productivity Revolution (VWPR)
Apa yang terkandung di dalam VWPR itu?
Terdapat dua komponen utama di dalam VWPR ini. Pertama ialah
Vibrant Workforce. Tanda anggota kerja TNB ini ‘vibrant’, anggota kerja TNB ini
perlu mempunyai dua kualiti antara mereka. Pertama, hubungan sesama mereka
perlu berada pada tahap yang baik lalu menimbulkan saling mempercayai antara
mereka. Inilah yang dinamakan sebagai ‘Building Trust and Relationship’
Kedua, sebagai tanda anggota kerja TNB itu vibrant ialah
ilmu, kemahiran, pengalaman dan kompetensi setiap mereka baik secara individu maupun secara berpasukan
adalah sangat baik. Itulah maksudnya ‘Building Capacity’
Bilamana ‘Building Trust and Relationship’ dan ‘Building
Capacity’ ada di kalangan anggota kerja TNB, ianya bukan sahaja tu menandakan
mereka vibrant, malah ianya juga bakal memudahkan mereka membina prestasi tugas
yang lebih baik (‘Buiding Performance’) dan menwujudkan pertumbuhan di dalam
usaha mereka (‘Building Growth’)
Apabila anggota kerja TNB mampu ‘Buiding Performance’ dan ‘Building
Growth’ ini menandakan pencapaian ‘Productivity Revolution’. Rajah di bawah
adalah ringkasan kepada penerangan VWPR di atas.
Itulah dia ‘senjata’ anggota kerja TNB untuk pergi ‘berperang’
bagi mencapai DDRC. Disamping ‘senjata’, anggota kerja TNB juga memerlukan satu
slogan perang b agi memastikan semangat mereka pada tahap yang tinggi. Seruan
perang TNB ialah ‘Transformasi 1TNB’.
Perkara 4: Transformasi 1TNB
Dalam bahasa mudah, Transformasi 1TNB bermakna ‘Satu TNB
mahu berubah!’. Selagi seseorang anggota kerja TNB itu ‘dibayar gaji’ oleh TNB,
maka beliau termasuk dalam golongan yang mahu berubah ini. Maksud akhir kepada
Transformasi 1TNB ialah seperti rajah di bawah.
Maksudnya;
TNB Untung, Anggota Kerja TNB Untung
Anggota Kerja TNB Untung, TNB UntungProgram Better.Brighter – Gambaran Besar 1TNB – Bah 1 (Siri 8)
Mari sama-sama kita fahami apa yang terkandung di dalam
Gambaran Besar 1 TNB di atas.
Perkara 1: Anggota Kerja TNB
Siapa anggota kerja TNB? Bagi TNB, inilah sumber utama TNB
untuk mencapai matlamatnya. Bagi TNB, semua anggota kerja TNB penting kerana
ada peranan yang perlu dimainkan dalam TNB ini. Jika tidak, mengapa TNB sanggup
membayar gaji kepada anggota kerjanya? Fikirkan …
Semestinya setiap anggota kerja TNB perlu tahu apa peranan
yang dimainkan melalui tugas masing-masing bagi mencapai matlamat TNB itu.
Soalnya apa matlamat TNB itu?
Perkara 2: Domestic Dominance Regional Champion (DDRC)
DDRC ini merupakan matlamat bersama semua anggota kerja TNB
tidak kira dimana mereka berada di dalam TNB ini. Apakah maksud DDRC ini?
Domestic Dominance bermakna TNB menetapkan matlamat agar
segala bisnes pembekalan elektrik di Malaysia ini di BOLOT oleh TNB.
Memandangkan pembekalan elektrik ini merupakan satu bisnes, sudah semestinya
TNB harus mempunyai mindset bisnes.
Sekiranya TNB tidak berhasrat membolot bisnes ini, pasti ada
pihak lain yang akan cuba mengambil peluang bisnes ini. Ingatlah, bisnes
pembekalan elektrik di Malaysia ini tidak cukup besar untuk kewujudan TNB ini
sendiri. Jadi, bila ada syarikat lain yang memasuki bisnes ini, sudah pasti
kedudukan TNB tergugat.
Bagi memastikan TNB sentiasa bersedia dengan sebarang
kemungkinan, itulah sebabnya mengapa TNB juga berhasrat untuk ke luar negara
dengan bertemakan mencapai ‘Regional Champion’. Regional Champion bermakna bagi
tempat-tempat yang telah dikenalpasti di luar negara, TNB mahu menjadi juara
bilamana ada projek atau tender yang dikemukakan di tempat-tempat berkenaan.
Tempat-tempat berkenaan itu di waktu ini ialah seperti di negara-negara Pakistan, Arab
Saudi dan negara-negara Afrika.
Dengan pencapaian DDRC ini, ianya bakal menyaksikan TNB
terus relevan dan dapat terus memberi faedah kepada rakyat Malaysia amnya dan
anggota kerja TNB khususnya. Atas sebab
itu, anggota kerja TNB mesti diprsiapkan dan mempersiapkan diri untuk menyahut
cabaran DDRC ini.
Kesan Penjualan aset EDRA kepada Syarikat Luar kepada TNB.
Kesan ini ada baik dan buruknya. Kesan buruknya dan yang
sangat jelas ialah ianya melambatkan usaha TNB mencapai DDRC. Ianya juga telah
mengutarakan satu bentuk pertandingan yang sangat hebat kepada TNB baik dalam
atau luar negara kerana syarikat yang memenangi aset EDRA ini bukan
calang-calang kemampuannya.
Kesan baiknya pula ialah kegagalan ini sebenarnya membuatkan
anggota kerja TNB tidak terus duduk dalam zon selesa (Itupun bergantung kepada
cara pandang anggota kerja TNB berkenaan). Sudah jelas di masa depan TNB tidak
akan terus memboloti bisnes pembekalan elektrik di dalam negara.
Segala inisiatif untuk menjadi TNB makin ‘BIG, FAST, SMART’ perlu dipercepatkan agar mampu bertanding dengan syarikat gergasi
pembekalan elektrik dari seluruh dunia. Yang pastinya, kelewatan ini bakal
menyaksikan TNB kian cepat menjadi tidak relevan!
Atas sebab itu segala inisiatif TNB masakini seperti seperti
VUP. Pencarian '50 CEO', ‘Merger and Acquisition’ dan lain-lain lagi perlu sangat
di beri perhatian dan disokong!
Wednesday, December 2, 2015
Program Better.Brighter – Empat Renungan dan Gambaran Besar 1TNB (Siri 7)
Itulah dia empat renungan yang perlu kita benar-benar hayati
yang bakal memudahkan kita berdepan dan melaksana perubahan. Empat Renungan ini
bilamana menjadi mindset kita, ianya bakal menghindarkan diri kita terkena ‘Penyakit
Bangau’.
‘Penyakit Bangau’ ini sebenarnya merupakan satu mindset yang
sangat merbahaya. Seseorang yang terkena ‘Penyakit Bangau’ ini sentiasa suka
memberi alasan mengapa beliau tidak melaksanakan sesuatu perkara yang patut
beliau laksanakan.
Saya rasa, anda masih ingat cerita Bangau Oh Bangau yang
selalu kita dengar semasa kita kecil-kecil dahulu. Kalau diperhatikan kata-kata
dalam cerita itu, bangau suka sangat memberi alasan. Bila ditanya mengapa
engkau kurus, jawab bangau, macam mana dia tak kurus sebab ikan tak mahu
timbul. Bukankah ini alasan namanya?
Sudahnya jika dilihat dalam cerita selanjutnya, semua
terkena ‘Penyakit Bangau’. Semua suka memberi alasan! Tetapi tidak kepada ular.
Bila di Tanya kepada ular, mengapa engkau makan katak? Dijawab ular, itu
makanan aku!. Ular dalam cerita ini tidak memberi alasan tetapi sebaliknya
berterus terang memberitahu apa yang perlu dilakukan agar dirinya tidak lapar!
Ular merupakan contoh terbaik mereka yang tetap pendiriannya!
Ringkasnya,
‘Penyakit Bangau’ – Sentiasa beri alasan mengapa tidak
berusaha mencapai matlamat.
Tetap Pendirian – Sentiasa mencari jalan untuk berusaha
mencapai matlamat.
Berikutnya, apa kata kita halakan mindset yang berdasarkan
kepada empat renungan ini untuk mencapai ‘Gambaran Besar 1TNB’ seperti yang
tertera di bawah ini? Pilihan Di Tangan Saya!
Berikut mari kita sama-sama fahami maksud ‘Gambaran Besar
1TNB’ ini dalam bahasa yang mudah. Bila kita bercakap dalam bahasa yang mudah,
maka mudah kita fahami dan sudahnya mudah wujud niat untuk menyokong dan
mendokong cerita yang terkandung dalam ‘Gambaran Besar 1TNB’ ini.
Ayuh!
Tuesday, December 1, 2015
Program Better.Brighter – Empat Renungan - Renungan Keempat - Perubahan (Siri 6)
Renungan Keempat: Perubahan
Sebut mengenai perubahan, kita biasa dengan satu maksud
hadis yang berbunyi;
“Bagi setiap sesuatu yang hidup (yang ditolong), ada
ganjarannya (bagi kamu).” Hadis dilapurkan oleh Bukhari dan Muslim.
Soalnya, ramai dari kita yang telah mendengar hadis ini
tetapi berapa ramai di kalangan kita yang beramal dengan maksud hadis ini!
Sebut mengenai perubahan, saya suka menyentuh tentang satu
konsep yang di beri nama Garisan Hidup seperti yang tertera di bawah ini;
Berdasarkan dari rajah Garisan Hidup ini, dapat kita
simpulkan bahawa semua kita sebenarnya berjalan dan terus berjalan menuju titik
akhir kita di atas mukabumi ini. Maka rugilah jika hidup seseorang itu tidak
berubah.
Namun, kita lihat juga, ramai manusia yang tidak berubah
bukan disebabkan mereka tidak mahu berubah. Semuanya gara-gara kenyatan di
bawah ini;
“Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu
berubah, tetapi mereka tidak nampak keperluan mengapa perlu berubah dan tidak tahu bagaimana berubah.”
Ayat di atas sebenarnya menerangkan bahawa untuk berubah
kita perlu jelas tentang dua persoalan iaitu WHY saya berubah dan HOW saya
berubah. Jika kita perhatikan hidup manusia di atas mukabumi ini mengapa mereka
susah untuk berubah adalah disebabkan ketidakupayaan mereka mencari jawapan
kepada dua persoalan di atas. Fikirkan …
Lain orang lain kefahaman mereka tentang dua persoalan ini. Sudahnya
itu yang kita ihat ada antara kita yang cepat melakakan perubahan, ada yang
lambat melaksanakan perubahan dan ada yang sentiasa ‘blur’ dalam melaksanakan
perubahan!
Bila bercakap mengenai perubahan, kita sebenarnya akan lebih
peka dengan soal ini bilamana kita mengingat cerita ‘katak rebus’. Cerita katak
rebus ini mengesahkan bagaimana seekor katak itu bila berada dalam satu air
yang dipanaskan perlahan-lahan akan cuba terus kekal didalam air tersebut walau
air itu bakal membunuhnya.
Ini berlaku disebabkan keselesaan katak tersebut dalam air
itu membuatkan beliau alpa dengan keadaan sekelilingnya. Kita katakana katak
itu di dalam Zon Selesa. Apa itu Zon Selesa?
Ianya merupakan satu tempat yang kita rasa selesa dan bila
datang keperluan untuk berubah, kita rasa tidak perlu melakukan perubahan
disebabkan keselesaan itu tadi. Namun jika kita tidak menyahut perubahan
tersebut, kita sebenarnya akan mundur kebelakang dan akhirnya membawa kepada
kehancuran kita. Bahaya zon selesa ialah ia tidak menyakitkan dan malah mungkin
menyeronokkan.
Lawan Zon Selesa ialah Zon Tempur! Perbezaan antara dua zon
ini ialah seperti rajah di bawah;
Bila sebut mengenai perubahan, satu perkara perlu kita
renungkan. Semua orang merasakan
perubahan itu payah! Dalam kata lain, bukan anda seorang sahaja yang
merasakan perubahan itu payah! Jadi, laksanakan perubahan tersebut sehingga
terlaksana perubahan itu!
Akhir kata, bila bercakap mengenai perubahan, tanyakan pada
diri. Adakah Aku ingin Berubah?
Subscribe to:
Posts (Atom)