Saturday, December 26, 2015
Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 1 (Siri 14)
Saya fikir, bila menyebut tentang ‘Building Trust and
Relationship’, ramai di kalangan kita mampu memberi cadangan dan pandangan
untuk bagaimana membinanya. Namun, hasil yang kita perolehi berdasarkan
cadangan dan pandangan kita itu tidak begitu memberangsangkan. Apakah
perkara yang perlu kita laksanakan?
Menurut pandangan program BB ini pula, untuk ‘Building Trust
and Relationship’, kita perlu bermula dengan satu perkara yang sangat dasar
iaitu ‘Kenal Diri’ dahulu atau ‘Kenal Siapa Manusia’ itu dahulu.
Tanpa mengenali siapakah manusia itu terlebih dahlu, mana
mungkin kita mampu ‘Building Trust and Relationship’. Bila kita mula menyedari
bahawa kita ini semua punya persamaan dan keunikan, maka itu bakal membuka mata
kita untuk melihat manusia lain dari sudut pandang yang lebih positif. Fikirkan
sejenak …
Bila menyebut mengenali manusia itu pula, program BB bermula
dengan bertanyakan satu soalan pokok iaitu, bagaimana kita melihat manusia itu?
Kita melikat manusia itu sebagai ‘barang’ atau ‘orang’?
Menuruti kajian yang dilakukan oleh satu institut di Amerika
bernama ‘Arbinger Institute’, kita melihat manusia sebagai ‘barang’ bilamana
kita melihat manusia itu sebagai;
- Batu Loncatan
- Batu Penghalang
- Tidak Relevan
Sedar tidak sedar, pada ketika-ketika inilah kita melihat
manusia sebagai ‘barang’. Persoalan yang lebih penting, adakah kita melihat
orang yang kita sayangi atau rapat dengan kita sebegini? Yang jelasnya, bila
kita melihat manusia sebagai ‘barang’, memang sukar untuk kita ‘Building Trust
and Relationship’ sesama kita! Fikirkan sejenak …
Sebaliknya, kita melihat manusia sebagai ‘orang’ ketika kita
mampu hormati (respect) …
- Fikiran mereka
- Perasaan mereka
- Pilihan mereka
- Tindakan mereka
… walaupun ianya berbeza dengan kita kerana mana mungkin
ianya sama kerana kita sedar
latarbelakang kita berbeza. Persoalan yang lebih penting, adakah kita mampu
hormati (respect) fikiran , perasaan, pilihan dan tindakan orang yang kita
sayangi atau rapat dengan kita? Yang jelasnya, bila kita melihat manusia
sebagai ‘orang’, memang mudah untuk kita ‘Building Trust and Relationship’
sesama kita! Fikirkan sejenak …
Berikut, mari kita dalami kefahaman kita untuk melihat
manusia sebagai 'orang'.
Semua kita sedar bahawa setiap manusia itu memang telah
dilahirkan berjaya. Buktinya, dari beratus juta sperma ayah kita yang cuba
bercantum dengan ovum ibu kita, hanya satu sperma sahaja yang berjaya bercantum
dan itulah kita.
Tetapi mengapa bila kita mula membesar dan dewasa di atas
mukabumi ini, kita mulai memandang rendah keupayaan diri sendiri? Ini berlaku
kerana kita tidak punya ilmu dan kesedaran tentang siapa kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment