Sunday, December 27, 2015
Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 2 (Siri 15)
Siapakah Kita?
Menurut mereka yang mengkaji manusia, manusia itu terbahagi
kepada 2 bahagian utama iaitu;
Bahagian Diri yang Bukan Fizikal (Bahagian Diri yang tidak
Nampak)
Bahagian Diri yang Fizikal (Bahagian Diri yang Nampak)
Bahagian Diri yang Bukan Fizikal terbahagi kepada 3 bahagian
utama iaitu;
Intelektual – Bahagian Diri yang Berfikir
Emosional – Bahagian Diri yang Merasai
Spiritual – Bahagian Diri yang Membuat Pilihan/Keputusan
Manakala Bahagian Diri yang Fizikal ialah;
Fizikal atau Tubuh Badan – Bahagian Diri yang Membuat
Tindakan
Dalam mengenal diri, kita harus bermula dengan mengenali fungsi bahagian-bahagian
diri ini dan seterusnya mengenali bagaimana bahagian-bahagian diri ini
bekerjasama atau beroperasi sebagai satu sistem lalu meghasilkan hasil dalam
hidup kita ini.
Bagi memudahkan kita mencapai maksud ini, kita memerlukan
satu gambarajah tentang manusia. Masalah dengan kita ialah sebelum ini kita
tidak mempunyai satu gambarajah manusia yang memaparkan ke empat-empat bahagian
diri ini (Intelektual, Emosional, Spiritual dan Fizikal).
Jika tiada gambarajah manusia ini sebelum ini, kita boleh
menwujudkan satu gambarajah tentang manusia ini. Harus diingati, gambarajah
tentang manusia yang diwujudkan itu bukan gambarajah sebenar seorang manusia
namun melalui gambarajah tersebut kita mesti berupaya …
- Melihat bahagian utama diri seorang manusia.
- Melihat fungsi bahagian utama diri manusia.
- Melihat bagaimana bahagian diri manusia itu bekerjasama atau
beroperasi sebagai satu sistem lalu menghasilkan hasil dalam hidup kita.
Berdasarkan kepada keperluan di atas, seorang doktor
kiropraktik dari San Antonio, Texas, Amerika Syarikat bernama Dr Thurman Fleet
telah mencadangkan satu gambarajah manusia yang bernama ‘Stick Person’ seperti dibawah;
Dari gambarajah ‘Stick Person’ di atas, jelas kelihatan bulatan
yang mewakilli bahagian diri yang bukan fizikal adalah lebih besar berbanding
bulatan yang mewakilli bahagian diri yang fizikal bagi melambangkan KEMAMPUAN
bahagian diri yang bukan fizikal adalah lebih besar berbanding bahagian diri
yang fizikal.
Bulatan yang mewakilli bahagian diri yang bukan fizikal
dibahagikan pula kepada tiga bahagian iaitu;
Fikiran Sedar – Dimana duduknya Intelektual (Fikiran)
Fikiran Separuh Sedar – Dimana duduknya Emosional (Perasaan)
Fikiran Bawah Sedar – Dimana duduknya Spiritual (Kerohanian)
Diantara ketiga-tiga bahagian diri yang bukan fizikal ini,
kemampuan Fikiran Bawah Sedar adalah lebih besar berbanding Fikiran Separuh
Sedar. Manakala kemampuan Fikiran Separuh Sedar adalah lebih besar berbanding
Fikiran Sedar.
Bulatan yang mewakilli bahagian diri yang fizikal itu pula
ialah dimana letaknya tubug badan kita.
Fungsi atau peranan setiap bahagian diri ini ialah seperti
berikut;
Fikiran Sedar – Berfikir (Intelektual)
Fikiran Separuh Sedar – Merasai (Emosional)
Fikiran Bawah Sedar – Membuat Pilihan/Keputusan (Spiritual)
Tubuh Badan – Membuat Tindakan (Fizikal)
Bagi memudahkan kita mengingati bahagian-bahagian diri ini,
perumpamaan untuk bahagian diri seperti dibawah ini dibuat;
Fikiran Sedar – Umpama ‘Menteri’
Fikiran Separuh Sedar – Umpama ‘Genie’
Fikiran Bawah Sedar – Umpama ‘Raja’
Tubuh Badan – Umpama ‘Rakyat’
Nota: Mulai sekarang, saya akan menggunakan perumpamaan ini
semasa merujuk kepada bahagian-bahagian diri ini.
Jika kita lihat perumpamaan diri ini, gabungan Menteri,
Genie dan Raja ini sebenarnya menggambarkan cerita dalam satu ‘Istana’.
Manakala gabungan cerita ‘Istana’ dan ‘Rakyat’ (Tubuh Badan) pula membentuk
cerita dalam satu negeri.
Ringkasnya diri seorang manusia itu adalah umpama sebuah
negeri. Dan ini membuktikan bahawa semua manusia itu adalah pemimpin kerana
jika seorang manusia tidak mempunyai walau seorang pun untuk dipimpinnya namun
sekurang-kurang beliau punya ‘negeri’ (dirinya sendiri) untuk dipimpin!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment