Tuesday, December 1, 2015
Program Better.Brighter – Empat Renungan - Renungan Keempat - Perubahan (Siri 6)
Renungan Keempat: Perubahan
Sebut mengenai perubahan, kita biasa dengan satu maksud
hadis yang berbunyi;
“Bagi setiap sesuatu yang hidup (yang ditolong), ada
ganjarannya (bagi kamu).” Hadis dilapurkan oleh Bukhari dan Muslim.
Soalnya, ramai dari kita yang telah mendengar hadis ini
tetapi berapa ramai di kalangan kita yang beramal dengan maksud hadis ini!
Sebut mengenai perubahan, saya suka menyentuh tentang satu
konsep yang di beri nama Garisan Hidup seperti yang tertera di bawah ini;
Berdasarkan dari rajah Garisan Hidup ini, dapat kita
simpulkan bahawa semua kita sebenarnya berjalan dan terus berjalan menuju titik
akhir kita di atas mukabumi ini. Maka rugilah jika hidup seseorang itu tidak
berubah.
Namun, kita lihat juga, ramai manusia yang tidak berubah
bukan disebabkan mereka tidak mahu berubah. Semuanya gara-gara kenyatan di
bawah ini;
“Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu
berubah, tetapi mereka tidak nampak keperluan mengapa perlu berubah dan tidak tahu bagaimana berubah.”
Ayat di atas sebenarnya menerangkan bahawa untuk berubah
kita perlu jelas tentang dua persoalan iaitu WHY saya berubah dan HOW saya
berubah. Jika kita perhatikan hidup manusia di atas mukabumi ini mengapa mereka
susah untuk berubah adalah disebabkan ketidakupayaan mereka mencari jawapan
kepada dua persoalan di atas. Fikirkan …
Lain orang lain kefahaman mereka tentang dua persoalan ini. Sudahnya
itu yang kita ihat ada antara kita yang cepat melakakan perubahan, ada yang
lambat melaksanakan perubahan dan ada yang sentiasa ‘blur’ dalam melaksanakan
perubahan!
Bila bercakap mengenai perubahan, kita sebenarnya akan lebih
peka dengan soal ini bilamana kita mengingat cerita ‘katak rebus’. Cerita katak
rebus ini mengesahkan bagaimana seekor katak itu bila berada dalam satu air
yang dipanaskan perlahan-lahan akan cuba terus kekal didalam air tersebut walau
air itu bakal membunuhnya.
Ini berlaku disebabkan keselesaan katak tersebut dalam air
itu membuatkan beliau alpa dengan keadaan sekelilingnya. Kita katakana katak
itu di dalam Zon Selesa. Apa itu Zon Selesa?
Ianya merupakan satu tempat yang kita rasa selesa dan bila
datang keperluan untuk berubah, kita rasa tidak perlu melakukan perubahan
disebabkan keselesaan itu tadi. Namun jika kita tidak menyahut perubahan
tersebut, kita sebenarnya akan mundur kebelakang dan akhirnya membawa kepada
kehancuran kita. Bahaya zon selesa ialah ia tidak menyakitkan dan malah mungkin
menyeronokkan.
Lawan Zon Selesa ialah Zon Tempur! Perbezaan antara dua zon
ini ialah seperti rajah di bawah;
Bila sebut mengenai perubahan, satu perkara perlu kita
renungkan. Semua orang merasakan
perubahan itu payah! Dalam kata lain, bukan anda seorang sahaja yang
merasakan perubahan itu payah! Jadi, laksanakan perubahan tersebut sehingga
terlaksana perubahan itu!
Akhir kata, bila bercakap mengenai perubahan, tanyakan pada
diri. Adakah Aku ingin Berubah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment