Wednesday, December 2, 2015
Program Better.Brighter – Empat Renungan dan Gambaran Besar 1TNB (Siri 7)
Itulah dia empat renungan yang perlu kita benar-benar hayati
yang bakal memudahkan kita berdepan dan melaksana perubahan. Empat Renungan ini
bilamana menjadi mindset kita, ianya bakal menghindarkan diri kita terkena ‘Penyakit
Bangau’.
‘Penyakit Bangau’ ini sebenarnya merupakan satu mindset yang
sangat merbahaya. Seseorang yang terkena ‘Penyakit Bangau’ ini sentiasa suka
memberi alasan mengapa beliau tidak melaksanakan sesuatu perkara yang patut
beliau laksanakan.
Saya rasa, anda masih ingat cerita Bangau Oh Bangau yang
selalu kita dengar semasa kita kecil-kecil dahulu. Kalau diperhatikan kata-kata
dalam cerita itu, bangau suka sangat memberi alasan. Bila ditanya mengapa
engkau kurus, jawab bangau, macam mana dia tak kurus sebab ikan tak mahu
timbul. Bukankah ini alasan namanya?
Sudahnya jika dilihat dalam cerita selanjutnya, semua
terkena ‘Penyakit Bangau’. Semua suka memberi alasan! Tetapi tidak kepada ular.
Bila di Tanya kepada ular, mengapa engkau makan katak? Dijawab ular, itu
makanan aku!. Ular dalam cerita ini tidak memberi alasan tetapi sebaliknya
berterus terang memberitahu apa yang perlu dilakukan agar dirinya tidak lapar!
Ular merupakan contoh terbaik mereka yang tetap pendiriannya!
Ringkasnya,
‘Penyakit Bangau’ – Sentiasa beri alasan mengapa tidak
berusaha mencapai matlamat.
Tetap Pendirian – Sentiasa mencari jalan untuk berusaha
mencapai matlamat.
Berikutnya, apa kata kita halakan mindset yang berdasarkan
kepada empat renungan ini untuk mencapai ‘Gambaran Besar 1TNB’ seperti yang
tertera di bawah ini? Pilihan Di Tangan Saya!
Berikut mari kita sama-sama fahami maksud ‘Gambaran Besar
1TNB’ ini dalam bahasa yang mudah. Bila kita bercakap dalam bahasa yang mudah,
maka mudah kita fahami dan sudahnya mudah wujud niat untuk menyokong dan
mendokong cerita yang terkandung dalam ‘Gambaran Besar 1TNB’ ini.
Ayuh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment