Monday, December 7, 2015
Program Better.Brighter – Gambaran Besar 1TNB – Bah 1 (Siri 8)
Mari sama-sama kita fahami apa yang terkandung di dalam
Gambaran Besar 1 TNB di atas.
Perkara 1: Anggota Kerja TNB
Siapa anggota kerja TNB? Bagi TNB, inilah sumber utama TNB
untuk mencapai matlamatnya. Bagi TNB, semua anggota kerja TNB penting kerana
ada peranan yang perlu dimainkan dalam TNB ini. Jika tidak, mengapa TNB sanggup
membayar gaji kepada anggota kerjanya? Fikirkan …
Semestinya setiap anggota kerja TNB perlu tahu apa peranan
yang dimainkan melalui tugas masing-masing bagi mencapai matlamat TNB itu.
Soalnya apa matlamat TNB itu?
Perkara 2: Domestic Dominance Regional Champion (DDRC)
DDRC ini merupakan matlamat bersama semua anggota kerja TNB
tidak kira dimana mereka berada di dalam TNB ini. Apakah maksud DDRC ini?
Domestic Dominance bermakna TNB menetapkan matlamat agar
segala bisnes pembekalan elektrik di Malaysia ini di BOLOT oleh TNB.
Memandangkan pembekalan elektrik ini merupakan satu bisnes, sudah semestinya
TNB harus mempunyai mindset bisnes.
Sekiranya TNB tidak berhasrat membolot bisnes ini, pasti ada
pihak lain yang akan cuba mengambil peluang bisnes ini. Ingatlah, bisnes
pembekalan elektrik di Malaysia ini tidak cukup besar untuk kewujudan TNB ini
sendiri. Jadi, bila ada syarikat lain yang memasuki bisnes ini, sudah pasti
kedudukan TNB tergugat.
Bagi memastikan TNB sentiasa bersedia dengan sebarang
kemungkinan, itulah sebabnya mengapa TNB juga berhasrat untuk ke luar negara
dengan bertemakan mencapai ‘Regional Champion’. Regional Champion bermakna bagi
tempat-tempat yang telah dikenalpasti di luar negara, TNB mahu menjadi juara
bilamana ada projek atau tender yang dikemukakan di tempat-tempat berkenaan.
Tempat-tempat berkenaan itu di waktu ini ialah seperti di negara-negara Pakistan, Arab
Saudi dan negara-negara Afrika.
Dengan pencapaian DDRC ini, ianya bakal menyaksikan TNB
terus relevan dan dapat terus memberi faedah kepada rakyat Malaysia amnya dan
anggota kerja TNB khususnya. Atas sebab
itu, anggota kerja TNB mesti diprsiapkan dan mempersiapkan diri untuk menyahut
cabaran DDRC ini.
Kesan Penjualan aset EDRA kepada Syarikat Luar kepada TNB.
Kesan ini ada baik dan buruknya. Kesan buruknya dan yang
sangat jelas ialah ianya melambatkan usaha TNB mencapai DDRC. Ianya juga telah
mengutarakan satu bentuk pertandingan yang sangat hebat kepada TNB baik dalam
atau luar negara kerana syarikat yang memenangi aset EDRA ini bukan
calang-calang kemampuannya.
Kesan baiknya pula ialah kegagalan ini sebenarnya membuatkan
anggota kerja TNB tidak terus duduk dalam zon selesa (Itupun bergantung kepada
cara pandang anggota kerja TNB berkenaan). Sudah jelas di masa depan TNB tidak
akan terus memboloti bisnes pembekalan elektrik di dalam negara.
Segala inisiatif untuk menjadi TNB makin ‘BIG, FAST, SMART’ perlu dipercepatkan agar mampu bertanding dengan syarikat gergasi
pembekalan elektrik dari seluruh dunia. Yang pastinya, kelewatan ini bakal
menyaksikan TNB kian cepat menjadi tidak relevan!
Atas sebab itu segala inisiatif TNB masakini seperti seperti
VUP. Pencarian '50 CEO', ‘Merger and Acquisition’ dan lain-lain lagi perlu sangat
di beri perhatian dan disokong!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment