Wednesday, December 7, 2016
Kata-Kata Peringatan Kehidupan dari Al Quran
”Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan
dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan
kamu keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah
Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.“ - Surah
Al-Baqarah Ayat 268
Ayat di atas mesti kita pegang degngan erat. Percayalah akan
limpah kurnia Allah yang maha luas. Allah akan pasti memberikan anda kurniaan
yang banyak dan melimpah ruah.
Tak perlu takut dengan bisikan syaitan yang menakut-nakutkan
anda dengan kesusahan dan kemiskinan atau kegagalan.
Buat pelaburan, samada wang atau masa serta tenaga untuk
membina kejayaan yang lebih tinggi. Tak perlu takut rugi, tak perlu risau mati
kebuluran.
Asalkan ianya menuju kepada kebaikan, yakinlah benar-benar
pada limpah kurniaan Allah. Berusahalah dan bersabar dengan penuh istiqamah.
”Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka
ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang
kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan
sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya,
– kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang
yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk
memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta
mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila
mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa
kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam
perjuangan perang Sabil, mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah
juga orang-orang yang bertaqwa. “ - Surah Al-Baqarah ayat 177
Ayat-ayat di atas untuk kita ambil iktibar apakah maksud
sebenar perkara kebaikan yang perlu kita amalkan.
Dalam menjalankan perniagaan, tidak boleh tidak kita pasti
menghadapi berbagai masalah terutamanya kesempitan duit untuk menjayakan
perniagaan kita.
Ketika itu, usahawan perlu bersabar dan tetap berusaha
menyelesaikan segalanya dengan memilih jalan yang halal dan lurus.
Kesabaran itu juga merupakan satu kebaikan dan hasilnya akan
pulang balik pada usahawan apabila apa yang diusahakannya berjaya.
Kata-Kata Pedoman untuk Perniagaan
Pedoman 1: ”Ready, Fire, Aim“
Kata-kata hikmat ini memang menjadi salah satu kegemaran dan
amalan saya ketika mahu memulakan perniagaan. Ianya lebih kurang sama dengan
ayat di atas tadi.
Jangan pula terus tembak tak tentu hala dan membuang tenaga.
Sebab itu perkataan ‘ready’ di atas tu penting. Ertinya bersedia terlebih
dahulu menghadapi sasaran dan kemudiannya jangan fikir banyak untuk membidik.
Terus tembak, dan mula membidik hasil dari tembakan pertama
tadi untuk menemui sasaran.
Pedoman 2: ”You become what you think about .“
Ramai orang pernah dengar ayat ini dan ramai juga orang yang
dikatakan menyebutkan ayat yang sama. Walau siapapun sebenarnya yang menyebut
ayat ini, ianya memang tepat sekali.
Oleh itu pilihlah, dan impikan serta bayangkan apa yang anda
ingin jadi. Bergerak dan berusaha ke arah itu sehingga anda semakin dekat
menghampirinya.
Semakin jelas bayangan yang anda nampak dalam fikiran anda,
semakin hampir anda merealisasikannya.
Justeru itu, amat penting dengan siapa anda bergaul, buku
apa yang anda baca, maklumat apa yang anda tapis masuk ke dalam minda. Ia
membantu anda membetulkan fikiran dan menyempurnakan bayangan yang anda lihat
dalam kepala.
Pedoman 3: “When
everything seems to be going against you, remember that the airplane takes off
against the wind, not with it.”
Kalau asyik cari alasan demi alasan untuk menyahkan rasa
bersalah dan kegagalan anda, tak akan ke mana.
Memang semua kejayaan dihalang oleh berbagai rintangan. Dan
rintangan itulah yang perlu digunakan untuk menaikkan diri anda.
Hadapilah segala rintangan, cari jalan dan selesaikannya
satu persatu, sehinggalah anda dapat melonjakkan diri naik ke atas.
Pedoman 4: “If you’re
not a risk taker, you should get the hell out of business.”
Memag agak keras kata-kata ini. Tetapi itulah hakikatnya.
Kalau tunggu segalanya sempurna tiada risiko, anda memang hanya sesuai untuk
terus hidup dengan jadi pemakan gaji yang tegar.
Namun itulah yang sering dijadikan alasan oleh semua orang
yang selesa makan gaji dari terjun menjadi seorang usahawan. Takut tak makan
lah, takut susah, takut gagal, takut itu dan takut ini….
Pedoman 5 : “It does not matter how slowly you go as long as
you do not stop.”
Kehidupan dan juga kejayaan bukanlah satu perlumbaan antara
anda denan orang lain. Ia lebih kepada perubahan terhadap diri anda sendiri.
Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Ukur perubahan
terhadap diri sendiri. Tak kisah samada cepat atau lambat.
Jangan nak kejar rakan anda yang dah ada kereta besar,
syarikat berjaya, wang jutaan ringgit dan sebagainya. Anda bukan berlumba
dengan dia.
Berusaha dan terus berusaha, yang penting anda tidak
berhenti daripada berusaha sehingga jaya.
Pedoman 6: “Do not be embarrassed by your failures, learn
from them and start again.”
Saya tahu ramai yang dah kecundang dalam perniagaan dan
terpaksa cari jalan lain untuk terus hidup menyara kehidupan.
Tak perlu malu dengan kegagalan yang telah anda lalui. Yang
penting belajar kesilapan dan kegagalan tersebut dan buat sekali lagi dengan
cara berbeza.
Sunday, December 4, 2016
Renungan Akhir Tahun 2016 Part 3
”If you’re not embarrassed by you first product, you’he
launched too late “
Ayat ini memang ada banyak kebenarannya terutamanya jika
anda mahu menjadi seorang usahawan.
Ramai orang yang terlalu idealistik. Mereka mahu produk yang
terlalu sempurna sebelum memulakan perniagaan.
Untuk sempurnakan sesuatu produk, memang perlukan masa, duit
dan kerahan tenaga yang banyak dan tidak ada orang yang mampu sediakan kesemua
tersebut.
Oleh itu terima hakikat bahawa segalanya bermula dari bawah.
Sedikit demi sedikit naik ke atas menempuh satu perjalanan yang amat panjang.
Jadilah seorang yang realistik. Asalkan sesuatu produk itu
boleh diterima dalam keadaan minimum yang termampu, lancarkannya segera dan tak
perlu tunggu sehingga anda boleh merasa bangga dengan produk yang anda
keluarkan.
Renungan Akhir Tahun 2016 Part 2
”The new sources of power is not money in a the hands of a
few, but information in the hands of many “
Kehebatan dan kekuasaan bukan lagi ada pada orang yang punya
banyak duit dalam simpanan mereka. Sebaliknya, kekuasaan berterabur dalam
bentuk maklumat yang diketahui oleh ramai orang.
Ringkasannya adalah bahawa dalam dunia teknologi maklumat sekarang
ini, wang saja bukan lagi menjadi faktor kepada kekuasaan. Kekuasaan dan
kehebatan ada pada maklumat. Bagaimana kita mendapatkan dan meliat maklumat.
Dan maklumat pula terlalu banyak dipegang dan disimpan oleh
berbagai orang di seluruh dunia sekarang ini. Maklumat juga dapat dikongsikan
sekelip mata dan mampu disebarkan di seluruh pelusuk dunia.
Kata-kata ini adalah petikan daripada John Naisbitt, seorang
penulis dan penceramah dalam sains masa depan yang hebat dilahirkan pada tahun
1929. Bukunya yang amat terkenal bertajuk Megatrend diterbitkan pada tahun 1982
amat terkenal di seluruh dunia.
Kata-kata tersebut boleh membawa erti, orang yang berupaya
mengumpul maklumat sebanyak mungkin dari sumber-sumber yang sahih dan boleh
dipercayai mampu menjadi hebat dan berkuasa. Asalkan dia sanggup membuat
analisa yang baik terhadap segala maklumat yang didapatinya.
Untuk mengamalkan kata-kata hikmat ini, anda perlu sentiasa
membina jaringan sekerap mungkin. Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat yang
berkenaan dengan industri yang sedang anda ceburi.
Jalin perhubungan dengan mereka yang punya pengaruh, juga
dengan rakan-rakan dalam industri yang sama, juga dengan rakan-rakan usahawan
dalam industri yang berbeza.
Aktif juga bersama dengan masyarakat setempat dan tidak lupa
juga sentiasa berhubungan dengan kawan-kawan samada lama atau baru.
Dan jangan lupa maklumat daripada teknologi internet yang
terlalu banyak sekarang ini. Anda hanya perlu bertanya pada google untuk
mendapatkan jutaan maklumat yang berguna.
Sediakan diri untuk mampu belajar maklumat, teknologi dan
perkara baru dengan cekap dan pantas.
Renungan Akhir Tahun 2016 Part 1
”You are the average of the 5 people you hang around with “
Kata-kata hikmat ini rasanya ramai yan dah pernah dengar.
Kalau anda belum pernah dengar ayat ini, sekarang anda dah tahu tentangnya dan
boleh cuba amalkannya.
Fikirkan 5 atau 6 orang kawan atau kenalan yang anda sering bersama. Siapa mereka ?, di mana kedudukan mereka ? bagaimana sikap mereka ?
Cuba fikirkan masak-masak dan buat analisa secara jujur.
Apakah mereka lebih berjaya daripada anda dan dapat membantu
anda belajar perkara-perkara baru yang mendatangkan manfaat terhadap matlamat
anda.
Jika 5 atau 6 orang yang sering anda berjumpa dan bersama
tak masuk dalam kategori tersebut, ertinya sudah tiba masanya untuk anda tukar
dengan kumpulan lain secara perlahan-lahan.
Berusahalah untuk mencari mereka samada secara offline
mahupun secara online. Bina hubungan dan kerap bersama mereka.
Lebih kerap anda bertemu, berhubungan dan bertukar fikiran
dengan orang-orang yang berjaya, maka lebih hampir dan mudah untuk anda turut
sama menempah kejayaan.
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 10
Lain-Lain Intervensi Kepimpinan
Bagi memastikan SILK ini sentiasa dinamik atau sesuai dengan
situasi dan keperluan sesuatu masa itu, sebarang intervensi kepimpinan baru
boleh diperkenalkan dalam SILK ini di masa depan atau sebarang intervensi kepimpinan sedia ada
boleh dihentikan perlaksanaannya sekiranya tidak relevan lagi.
Kesimpulan
Sistem Intervensi Kepimpinan (SILK) merupakan satu sistem
transformasi kepimpinan dan anggota kerja yang melibatkan semua pemimpin dan
anggota kerja dalam sesuatu Unit Bisnes bagi membina mindset positif anggota
kerja (mindset diukur melalui perubahan tingkahlaku) bagi memudahkan pencapaian
nilai produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan (nilai diukur
melalui ‘business results’) secara
bersepadu. Sistem ini mudah dan praktikal untuk diamalkan dalam suasana bisnes
dan dunia sekarang.
Diyakini, SILK ini amat membantu Unit-Unit Bisnes yang baru
ditubuh dibawah inisiatif VUP bagi mencapai nilai dan ‘business results’
masing-masing.
Pengalaman menunjukkan penglibatan semua anggota kerja
terutamanya mereka di kalangan pemimpin unit bisnes amat kritikal dalam
melaksana SILK ini bagi merangsang kejayaan yang diimpikan.
Moga Unit Bisnes yang menggunapakai SILK ini mendapat faedah
dari pelaburan dan pengamalan SILK ini!
Better.Brighter Together!
Untuk keterangan lanjut, hubungi Mior Azli Mior Md Isa di
saluran berikut;
Hand Phone : 019-224-5079
Email : miorami@tnb.com.my
Blog : miorazliatsssabasic.blogspot.com
Apa Pilihan Anda?
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 9
Tahap 8 – Pengukuran Pencapaian ‘Business Results’
Segala intervensi yang dilaksanakan sepanjang perjalanan
SILK diukur keberkesanannya berdasarkan kepada dua kriteria.
Pengukuran pertama ialah pengukuran dari segi tingkahlaku
(behaviour) anggota kerja Unit Bisnes (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level
3). Pengukuran ini akan menentukan samada wujud perubahan mindset anggota
kerja.
Pengukuran kedua ialah pengukuan dari segi pencapaian
‘business results’ Unit Bisnes
(Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 4). Pengukuran ini akan
menentukan samada nilai yang ada dalam produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
itu telah tercapai atau sebaliknya.
Perlu dtekankan sekali lagi disini bahawa perubahan
tingkahlaku anggota kerja Unit Bisnes (Kirkpatrick Level 3) akan memberi banyak
pengaruh kepada pencapaian ‘business results’ Unit Bisnes (Kirkpatrick Level
4). Kenyataan ini berpandukan kepada katanya sebuah buku bertajuk ‘Evaluating
Training Programs: The Four Levels’ tulisan Donald Kirkpatrick di muka surat 26
seperti di bawah;
“Trainers must begin with desired results and then determine
what behaviour is needed to accomplish them. Then trainers must determine the
attitudes, knowledge, and skills that are necessary to bring about the desired
behaviour(s). The final challenge is to present the training program in a way
that enables the participants not only to learn what they need to know but also
react favourably to the program.”
Pengukuran Tingkahlaku (Kirkpatrick Level 3) ini bukan
terhasil dari semata-mata dari apa yang dilakukan di dalam kelas tetapi juga
dari usaha mempraktikkan ilmu yang ditemui dalam kelas serta usaha membimbing
pengamalan ilmu itu di dalam tugas. Dalam kata lain, hasil pengukuran
tingkahlaku (Kirkpatrick Level 3) adalah hasil dari pengamalan pendekatan 70:20:10.
Hasil pengukuran ‘business results’ (Kirkpatrick Level 4)
pula semestinya berkadar terus dengan perubahan tingkahlaku (behaviour) yang
dicerap (Kirkpatrick Level 3) hasil dari intervensi SILK sebelum ini.
Seperti yang dikatakan di awal kertas kerja ini, ‘business
results’ adalah hasil dari pengelolaan ‘hardware’ dan ‘software’ sesuatu Unit
Bisnes itu. Manakala pengelolaan ‘’hardware’ dan ‘software’ dilaksanakan oleh
anggota kerja Unit Bisnes tersebut (humanware). Semestinya tingkah laku
(behaviour) yang diukur disini (Kirkpatrick Level 3) adalah perubahan
‘humanware’ selepas melalui intervensi SILK ini. Atas sebab itu, perubahan
‘humanware’ ini semestinya memberi kesan kepada ‘business results’ Unit Bisnes
tersebut.
Pengukuran yang dilaksanakan ini bukan bertujuan untuk
mencari salah sesiapa tetapi lebih kepada satu inisiatif untuk mengenalpasti
apakah tindakan selanjutnya bagi merapatkan jurang-jurang yang wujud.
Pengukuran ini juga amat penting bagi mengenalpasti
pembelajaran yang diperolehi selepas melaksana SILK dan juga bagi melihat
samada pelaburan yang dibuat ke atas Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK)
ini menguntungkan atau sebaliknya.
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 8
Tahap 7 - Perlaksanaan Intervensi Better.Brighter Fasa 3
Pengalaman menunjukkan ramai anggota kerja tidak
bersungguh-sungguh untuk membina kompetensi diri yang sebenarnya mempunyai
nilai yang sangat tinggi dalam pasaran. Adalah amat merugikan jika seorang
anggota kerja itu hanya bertugas untuk melaksana tugas yang dipertanggungjawab
tetapi pada masa yang sama tidak berusaha untuk membina kompetensi diri.
Secara psikologinya, bilamana seorang anggota kerja itu
telah mempunyai kompetensi diri, ianya akan turut membina mindset positif
beliau. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, mindset positif anggota kerja
sangat penting kerana ianya amat kuat dalam mempengaruhi pencapaian nilai dan
‘business results’ Unit Bisnes.
Bagi mencapai maksud di atas, Intervensi Better.Brighter
Fasa 3 dilaksanakan untuk anggota kerja Unit Bisnes itu. Satu pendekatan yang
diberi mana ‘packaging expertise’ digunakan. Walaupun kaedah ini telah pun
dikongsi dalam Intervensi Better.Brighter Fasa 1, namun pada tahap ini,
perkongsian ilmu yang lebih terperinci akan dilaksanakan bagi mempengaruhi
anggota kerja agar benar-benar serius dalam soal peningkatan kompetensi diri
mereka.
Kandungan Intervensi Better.Brighter Fasa 3 (Business Model
You) (2 hari 1 malam)
Bab 1: Apa makna
Matlamat Peribadi dalam tugas?
Bab 2: Penetapan
Matlamat Peribadi – Business Model You
Bab 3: Perancangan
Perlaksanaan Matlamat Peribadi.
Bab 3: Hukum-Hukum
Tuhan
Bab 4: Cerita Ben
Bab 5: Meditasi dan
Penegasan Diri
Bab 6: Apa Pilihan
Anda?
Output dari intervensi ini ialah penerangan untuk bagaimana
menyediakan Pelan Perancangan Matlamat dan Pelan Perlaksanaan Matlamat Diri
dalam tugas berdasarkan Business Model You. Sila rujuk Rajah 7 dibawah.
![]() |
Rajah 7 : Business Model You |
Pengukuran dilaksanakan pada akhir sessi intervensi ini bagi mengetahui maklumat tentang jumlah sumber dan masa yang telah dilaburkan ke atas intervensi ini. Pengukuran ini juga dilaksanakan bagi mengetahui pandangan anggota kerja samada intervensi ini boleh membantu dalam tugas mereka. (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 1)
Bila pulang dari intervensi ini, para anggota kerja diminta
untuk mula menetapkan apa ilmu, kemahiran, atau pengalaman yang mahu mereka
perolehi dari tugas mereka dan kemudiannya berusaha ‘membungkus’ (package)
perkara yang dikumpul itu ke dalam bentuk yang mampu membawa nilai kepada diri
sendiri seperti Pengiktirafan (Sijil), Produk, Perkhidmatan, Konsultansi atau
Modul Seminar.
Inisiatif ini amat perlu dilakukan agar disamping membantu
unit bisnesnya mencapai hajatnya (Intervensi Better.Brighter Fasa 2), anggota
kerja itu tidak juga melupakan untuk menaik taraf dirinya. Perkara ini juga
mudah dilakukan bilamana anggota kerja tersebut telah mempunyai mindset yang
sewajarnya (Intervensi Better.Brighter Fasa 1, Intervensi 7 Habits of Highly
Effective People dan Intervensi Let’s Talk (Arbinger)). Sudahnya ini mewujudkan
suasana ‘win-win’ antara unit bisnes dan anggota kerjanya.
Sunday, November 20, 2016
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 7
Tahap 6 - Perlaksanaan Intervensi Let’s Talk - Arbinger
Semasa dalam perjalanan bagi mencapai nilai dan ‘business
results’ Unit Bisnes, disedari amat penting perlu selalu diadakan perbualan
antara anggota kerja dan ‘immediate manager’ bagi melihat prestasi anggota
kerja dan ‘immediate manager’ tersebut..
Bertolak dari kesedaran ini, intervensi Let’s Talk akan
dikongsikan kepada anggota kerja Unit Bisnes tersebut. Melalui intervensi ini.
ilmu untuk bagaimana mengadakan perbualan prestasi (performance conversation)
akan dikongsikan kerana ilmu ini diyakini dapat membantu anggota kerja Unit
Bisnes itu untuk mencapai penambahbaikan prestasi (performance improvement)
Kandungan Intervensi Let’s Talk - Arbinger (2 hari)
Bab 1: Gambaran Besar TNB dan hubungkait dengan Let’s Talk -
Arbinger
Bab 2: Rangkakerja 1 - Mindset
Bab 3: Rangkakerja 2
- Bagaimana Mindset kita menjadi Inward Mindset
Bab 4: Rangkakerja 3
- Gaya Inward Mindset
Bab 5: Rangkakerja 4
- Pakatan
Bab 6: Rangkakerja 5
- Outward and Inward Mindset di Tempat Kerja
Bab 7: Rangkakerja 6
- Piramid Pengaruh Arbinger
Bab 8: ‘Packaging Expertise’, Piramid Pengaruh Arbinger dan
‘Building Capacity’
Bab 9: Rangkakerja 7 - Strategi Di Luar - Di Dalam - Keluar
Bab 10 ‘Center of Excellence’ dan Strategi Di Luar - Di
Dalam – Keluar dan ‘Building
Performance’ dan ‘Building Growth’
BaB 11: Tujuh Rangkakerja Let’s Talk (Arbinger) dan ‘Building
Trusst and Relationships’
Output dari intervensi ini ialah Pengamalan Tujuh
Rangkakerja Let’s Talk (Arbinger) membantu membina ‘Building Trust and
Relationships’ (Thrust pertama dalam Empat Thrust TNB). Pengamalan Piramid
Pengaruh Arbinger (Rangkakerja 6) membantu membina ‘Packaging Expertise’ dan
seterusnya membantu ‘Building Capacity’ (Thrust kedua dalam Empat Thrust TNB)
Pengamalan Strategi Di Luar - Di Dalam - Keluar (Rangkakerja 7) membantu
membina ‘Center of Excellence’ dan seterusnya membantu ‘Building Performance’
dan ‘Building Growth’ (Thrust ketiga dan keempat dalam Empat Thrust TNB). Sila
rujuk Rajah 6 dibawah.
![]() |
Rajah 6: Tujuh Rangkakerja Intervensi Let’s Talk - Arbinger
|
Pengukuran dilaksanakan pada akhir sessi intervensi ini bagi
mengetahui maklumat tentang jumlah sumber dan masa yang telah dilaburkan ke
atas intervensi ini. Pengukuran ini juga dilaksanakan bagi mengetahui pandangan
anggota kerja samada intervensi ini boleh membantu dalam tugas mereka.
(Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 1)
Bila pulang dari intervensi ini, para peserta diminta untuk
mengamal ke tujuh-tujuh Rangkakerja ini dalam tugas mereka kerana dengan
terbinanya ke tujuh-tujuh Rangkakerja didalam diri bakal meningkatkan kualiti
komunikasi antara mereka dan bakal memudahkan mereka mencapai matlamat yang
mahu dicapai seperti ‘Packaging Expertise’ (matlamat individu) dan ‘Center of
Excellence’ (matlamat berpasukan).
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 6
Tahap 5 - Perlaksanaan Intervensi 7 Habits of Highly
Effective People
Bagi memudahkan lagi para anggota kerja satu Unit Bisnes itu
mencapai nilai dan ‘business results’, mereka perlu menjadi orang yang berkesan
(effective). Berdasarkan kata Steven Covey, orang yang berkesan perlu mempunyai
7 Tabiat orang yang tinggi keberkesanannya.
Melalui intervensi ‘7 Habits of Highly Effective People’,
ilmu mengenai 7 Tabiat di atas akan dikongsikan. Ilmu ini kemudiannya
disarankan untuk diamalkan secara berterusan bagi menukar ilmu ini kepada
tabiat.
Kandungan Intervensi 7 Habits of Highly Effective People (3
hari)
Bab 1: Gambaran Besar TNB dan hubungkait dengan 7 Habits of
Highly Effective People
Bab 2: Konsep Penting 7 Habits of Highly Effective People
Bab 3: Kontinuum
Kematangan
Bab 4: Bagaimana
Untuk Mengubah Tabiat
Bab 5: Paradigma dan
Prinsip-Prinsip Keberkesanan
Bab 6: Tabiat 1:
Jadi Proaktif
Bab 7: Tabiat 2:
Bermula Dengan Matlamat Di Minda
Bab 8: Tabiat 3: Utamakan Perkara Penting Dahulu
Bab 9: Packaging
Expertise, ‘Private Victory’ dan ‘Building Capacity’
Bab 10: Akaun Bank Emosi
BaB 11: Tabiat 4: Fikirkan Menang-Menang
Bab 12: Tabiat 5: Usaha Untuk Memahami Dahulu, Kemudian
Untuk Difahami
Bab 13: Tabiat 6: Sifat Sinergi
Bab 14: Center of Excellence, ‘Public Victory’ dan ‘Building
Performance & Growth’
Bab 15: Tabiat 7: Menajamkan Gergaji
Bab 16: Kontinuum Kematangan dan ‘Building Trust and
Relationships’
Output dari intervensi ini ialah Pengamalan Habits 1 hingga
7 membantu membina ‘Building Trust and Relationships’ (Thrust pertama dalam Empat Thrust TNB). Pengamalan Habits 1 hingga 3 membantu membina
‘Packaging Expertise’ dan seterusnya membantu ‘Building Capacity’ (Thrust kedua
dalam Empat Thrust TNB). Pengamalan Habits 4 hingga 6 membantu membina ‘Center
of Excellence’ dan seterusnya membantu ‘Building Performance’ dan ‘Building
Growth’ (Thrust ketiga dan keempat dalam Empat Thrust TNB). Sila rujuk Rajah 5
di bawah.
![]() |
Rajah 5: Sinopsis 7 Habits of Highly Effective People |
Pengukuran dilaksanakan pada akhir sessi intervensi ini bagi
mengetahui maklumat tentang jumlah sumber dan masa yang telah dilaburkan ke
atas intervensi ini. Pengukuran ini juga dilaksanakan bagi mengetahui pandangan
anggota kerja samada intervensi ini boleh membantu dalam tugas mereka.
(Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 1)
Bila pulang dari intervensi ini, para peserta diminta untuk
mengamal ke tujuh-tujuh Tabiat ini dalam tugas mereka kerana dengan terbinanya
ke tujuh-tujuh tabiat didalam diri bakal menjadikan mereka sebagai orang yang
berkesan (effective) kerana dengan menjadi orang yang berkesan pula, bakal
memudahkan mereka mencapai matlamat yang mahu dicapai seperti ‘Packaging
Expertise’ (matlamat individu) dan ‘Center of Excellence’ (matlamat
berpasukan).
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 5
Tahap 4 – ‘Coaching’ Perlaksanaan SILK
Disedari bahawa selalu timbul kemushkilan untuk bagaimana
mempraktikkan ilmu yang diperolehi dari Intervensi SILK di dalam tugas. Lain orang lain
masalahnya. Maka atas sebab itulah, ‘coaching’ ini perlu dibuat sesuai dengan
tuntutan dan keperluan sesuatu Unit Bisnes itu.
‘Coaching’ ini dilakukan bagi membantu setiap lapisan
anggota kerja dalam Unit Bisnes itu menangani cabaran melaksana segala tuntutan
Tahap 2, 3, 5, 6 dan 7 dalam usaha
membina mindset anggota kerja yang lebih positif bagi memudahkan penghasilan
‘business results’ yang telah ditetapkan pada Tahap 1.
Sessi ini bukan merupakan satu sessi audit tetapi lebih
kepada sessi yang berbentuk santai bagi sama-sama mencari jalan penyelesaian
terhadap kerumitan yang timbul.
Sessi ini perlu dilaksanakan secara berulang kali dan pada
masa-masa yang dipersetujui disepanjang perlaksanaan SILK. Kadar waktu
perlaksanaan ini juga bergantung kepada keperluan sesuatu Unit Bisnes ketika
itu.
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 4
Tahap 3 - Perlaksanaan Intervensi Better.Brighter Fasa 2
Bagi menyusun dan mengembeling segala sumber bagi melaksana
Packaging Expertise (Building Capacity) dan Center of Excellence (Building
Performance dan Building Growth) bagi mencapai ‘business results’ yang akan
membawa terbinanya nilai kepada pelanggan Unit Bisnes, Intervensi Better.Brighter
Fasa 2 dikongsi dengan semua ‘leaders’ dan ‘informal leaders’ dalam Unit Bisnes
tersebut.
![]() |
Rajah 4: Business Model Canvas |
Bagi mencapai maksud di atas, satu alat pengurusan bernama
‘Business Model Canvas’ digunakan (Rajah 4). Melalui penggunaan alat ini juga, maksud
mindset bisnes, business model dan value creation yang selalu disebut oleh Dato
Seri CEO akan diterangkan dalam bahasa yang mudah.
Melalui intervensi ini juga, akan dijajarkan semua ‘business
results’ Unit Bisnes kepada semua nilai yang dikehendaki oleh pelanggan Unit
Bisnes tersebut.
Kandungan Intervensi Better.Brighter Fasa 2 (Business Model
Canvas) (3 hari 2 malam)
Bab 1: Penglibatan
Diri secara holistik dalam melaksana BMC
Bab 2: Mindset
Bisnes dan Asas Bisnes
Bab 3: Pembentukan
‘Unit Sdn Bhd’
Bab 4: Pengenalan
BMC
Bab 5: Langkah-langkah
Pembinaan BMC
Bab 6: Ringkasan BMC
Bab 7: Contoh
Syarikat Besar Dunia yang mengamal BMC
Bab 8: Kaedah
Penceritaan (Storytelling) BMC
Bab 9: Melayari
Persekitaran Bisnes Anda
Bab 10: Corak (Pattern) BMC
Bab 11: Pembinaan BMC yang ‘disruptive’
Bab 12: BMC & Blue Ocean Strategy
Bab 13: Cerita ‘Carl and Beth’ – Pengembaraan BMC
Bab 14: Perancangan Perlaksanaan BMC dalam Unit Bisnes –
P.D.C.A.
Bab 15: Kebaikan dan Kelebihan BMC
Bab 16: Mempengaruhi Anggota Kerja melaksana BMC
Bab 17: Muhassabah ‘Unit Sdn Bhd’
Bab 18: Apa Pilihan Anda?
Output dari intervensi ini ialah para ‘leaders’ dan
‘informal leaders’ akan mampu menyusun perlaksanaan Packaging Expertise dan
Center of Excellence bagi membina ‘business results’ Unit Bisnes.
Pengukuran dilaksanakan pada akhir sessi intervensi ini bagi
mengetahui maklumat tentang jumlah sumber dan masa yang telah dilaburkan ke
atas intervensi ini. Pengukuran ini juga dilaksanakan bagi mengetahui pandangan
anggota kerja samada intervensi ini boleh membantu dalam tugas mereka.
(Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 1)
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 3
Tahap 2 - Perlaksanaan Intervensi Better.Brighter Fasa 1
Tujuan kepada intervensi ini ialah untuk menyuntik mindset positif (fikiran, perasaan,
pilihan) di kalangan anggota kerja Unit Bisnes dengan menerangkan inisiatif
utama dalam TNB dalam bahasa yang mudah serta menceritakan bagaimana inisiatif
utama ini berhubung kait berdasarkan satu gambaran yang diberi nama Gambaran
Besar TNB. (Rujuk Rajah 2) Berikutnya akan diterangkan pula bagaimana untuk
mencapai Gambaran Besar TNB ini baik secara individu atau berpasukan
berpandukan kepada beberapa pendekatan dan alat. (Rujuk Rajah 3)
![]() |
Rajah 2: Gambaran Besar TNB |
![]() |
Rajah 3: Pendekatan Pencapaian Gambaran Besar TNB |
Kandungan Intervensi Better.Brighter Fasa 1 (4 hari 3 malam)
Bab 1 - Empat Renungan
Bab 2 - Ke Arah Better.Brighter!
Bab 3 - Kenal Diri - Konsep ‘Stick Person’
Bab 4 - Bagaimana Diri Beroperasi?
Bab 5 - Cara Pandang
Bab 6 - Perjalanan Malam – Muhassabah Hati
Bab 7 - Profail Diri – D.i.S.C.
Bab 8 - Packaging Expertise
Bab 9 - Center of Excellence
Bab 10 - Packaging Expertise dan Center of Excellence.
Bab 11 - Pembentukan
‘Passion’
Bab 12 - Masa
– Satu Renungan
Bab 13 - Susulan
Bab 14 - Pilihan
Saya?
Output dari intervensi ini ialah untuk memberi ilmu untuk
bagaimana mengubah mindset anggota kerja agar mereka tahu apakah kaedahnya
untuk menjadi lebih positif dan menyedarkan mereka bahawa mereka mesti memberi yang terbaik dalam tugas
serta kepentingan kerjasama antara mereka bagi mencapai nilai dan ‘business
results’ Unit Bisnes.
Pengukuran dilaksanakan pada akhir sessi intervensi ini bagi
mengetahui maklumat tentang jumlah sumber dan masa yang telah dilaburkan ke
atas intervensi ini. Pengukuran ini juga dilaksanakan bagi mengetahui pandangan
anggota kerja samada intervensi ini boleh membantu dalam tugas mereka.
(Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 1)
Bila pulang dari intervensi ini, para peserta diminta untuk
berusaha membina perhubungan yang lebih baik antara mereka agar wujud
kepercayaan atau ‘trust’ antara mereka
(Building Trust & Relationships), melaksana ‘Packaging Expertise’ untuk
diri (Building Capacity) dan melaksana ‘Center of Excellence’ secara berpasukan
(Building Performance and Building Growth) berdasarkan ilmu yang diperolehi
dari intervensi ini.
Usaha-usaha ini akhirnya akan membawa kepada terbinanya
tingkahlaku yang lebih baik di kalangan anggota kerja (tanda perubahan mindset)
dan tercapainya ‘business results’ (tanda pencapaian nilai yang ditawarkan
melalui produk atau perkhidmatan) Unit Bisnes tersebut.
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 2
Tahap 1 – Sessi Temubual bersama Pengurusan Unit Bisnes
Sejauh mana baiknya pengelolaan ‘hardware’ dan ‘software’
Unit Bisnes yang dilaksanakan oleh anggota kerja Unit Bisnes tersebut
semestinya bergantung kepada keberkesanan Ketua Unit Bisnes tersebut mengelola
‘humanware’ (fikiran, perasaan, pilihan - mindset anggota kerja) Unit Bisnes
tersebut.
Ringkasnya, nilai dan ‘business results’ akan tercapai
bilamana ‘humanware’ ditangani dengan baik oleh Ketua Unit Bisnes tersebut.
Itulah sebabnya pada tahap ini, sessi temubual dengan Ketua Unit Bisnes ialah
bagi;
a) Mengenalpasti nilai dan ‘business
results’ Unit Bisnes yang mahu dicapai. Pencapaian ini diukur berdasarkan
pencapaian ‘business results’ (KPI) – Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 4
b) Mengenalpasti cabaran Unit Bisnes mencapai nilai dan
‘business results’ yang bersangkutan dengan mindset anggota kerja. Perubahan
mindset ini diukur berdasarkan perubahan tingkahlaku (behaviour) anggota kerja
- Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 3
c) Memberi penerangan
mengenai Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) sebagai intervensi
menangani mindset anggota kerja kerana difahami bahawa mindset anggota kerja
mempunyai pengaruh kuat dalam menghasilkan nilai dan ‘business results’ Unit
Bisnes.
d) Mengenalpasti ‘support system’ seperti anggota kerja yang
bertanggungjawab khusus untuk memantau perlaksanaan SILK dalam Unit Bisnes.
Ouput dari sessi temubual ini ialah mengenalpasti senarai
nilai, ‘business results’, cabaran dari segi mindset anggota kerja Unit Bisnes
dan ‘support system’ perlaksanaan SILK. Disamping itu juga ialah untuk mendapat
komitmen dari Ketua Unit Bisnes agar sudi terlibat membimbing, memantau dan
menyokong perlaksanaan setiap tahap Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK)
di dalam Unit Bisnes mereka.
Diharap sessi temubual bersama Ketua Unit Bisnes ini akan
membuka mata ketua Unit bisnes untuk melihat segala intervensi yang terkandung
di dalam SILK ini sebagai jalan untuk membantu usaha beliau untuk mencapai
nilai dan ‘business results’ Unit Bisnes beliau dan bukan semata-mata hanya
untuk melaksana satu program sahaja. Ini diharapkan akan menimbulkan komitmen
beliau untuk membimbing, memantau dan menyokong perlaksanaan SILK di dalam Unit
Bisnes.
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 1
Situasi (Situation)
Dunia bisnes kian kompetitif. Sesuatu Unit Bisnes itu perlu
mampu melahirkan nilai (value) (yang diukur melalui ‘business results’) yang
dikehendaki oleh pelanggannya melalui produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
pada kadar tenaga, kos dan masa yang paling optima agar kekal relevan di mata
pelanggan mereka. Perkara ini amat kritikal bagi setiap Unit Bisnes yang baru
ditubuhkan di bawah inisiatif VUP. (Rujuk takrif Nilai dalam nota kaki)
Bagi mencapai hasrat di atas, Ketua Unit Bisnes cuba
menwujudkan anggota kerja yang bermindset positif bagi mencapai hasrat di atas.
Atas sebab itu, Ketua Unit Bisnes selalu menekankan untuk memberi latihan yang
bersesuaian bagi mencapai keperluan ini.
Komplikasi (Complication)
Namun, kelihatan latihan yang diberi itu tidak mampu
meninggalkan kesan positif yang berpanjangan di kalangan anggota kerja mereka.
Komplikasi ini timbul kerana timbul halangan dari organisasi dan pengurusan
dalam tugas anggota kerja untuk mereka mengamalkan apa yang diperolehi di dalam
kelas. Antara halangan organisasi dan pengurusan yang dikenalpasti ialah;
a) Strategi
Organisasi yang tidak jelas.
b) Corak
Pengurusan
c) Politik
Dalaman
d) Konflik
dalam unit atau antara unit
Sekiranya halangan-halangan ini diselesaikan sebelum sesuatu
latihan itu dilaksanakan, barulah Ketua Unit Bisnes itu menyediakan
persekitaran yang kondusif untuk memudahkan anggota kerja mengamal apa yang
diperolehi dalam kelas.
Impak (Impact)
Akibat dari komplikasi ini, ianya menimbulkan beberapa impak
negatif seperti berikut;
a) ‘Return
of Expectation’ yang rendah terhadap latihan yang dilaburkan.
b) Anggota
kerja menjadi ‘cynical’
c) Ketua
Unit Bisnes merasakan mereka telah melakukan perubahan namun anggota kerja
merasakan itu hanya sebagai satu ‘flavour of the month’
Impak-impak negatif ini menandakan gagalnya usaha Ketua Unit
Bisnes mewujudkan anggota kerja yang bermindset positif lalu menyaksikan Unit
Bisnes tersebut ketinggalan dalam persaingan bisnes mereka dan seterusnya
membuatkan mereka tidak lagi relevan di mata pelanggan mereka.
Syor (Position)
Kenapa impak-impak negatif di atas berlaku ialah disebabkan
oleh faktor-faktor berikut;
1) Cara
pandang Ketua Unit Bisnes yang melihat Unit Bisnes itu sebagai satu
‘aggregation of individuals’. Dengan cara pandang sebegini, Ketua Unit itu
berpendapat anggota kerja perlu dibekalkan dengan ilmu, kemahiran dan sikap
yang bersesuaian berdasarkan semata-mata latihan yang dikenalpasti.
Namun, latihan yang dikenalpasti itu tidak mengambilkira
faktor bahawa Unit Bisnes itu sebenarnya merupakan satu sistem yang mempunyai
beberapa elemen yang saling berhubungkait iaitu peranan, tanggungjawab dan
perhubungan. Elemen-elemen ini selalunya ditentukan oleh oleh struktur
organisasi, proses kerja, gaya kepimpinan, latarbelakang profession pekerjaan
& budaya hidup dan polisi & amalan Bahagian Sumber Manusia.
2) Kegagalan
pihak Sumber Manusia untuk bersemuka dengan Ketua Unit Bisnes untuk menjelaskan
bahawa kegagalan perlaksanaan sesuatu strategi itu bukan semata-mata berpunca
daripada kekurangan kompetensi seseorang anggota kerja tetapi juga adalah
disebabkan oleh polisi dan amalan Ketua Unit Bisnes itu sendiri.
Sudahnya adalah lebih mudah untuk pihak HR memberitahu Ketua
Unit Bisnes bahawa anggota kerjanya memerlukan latihan sahaja kerana kegagalan
itu adalah disebabkan kekurangan kompetensi anggota kerja berbanding polisi dan
amalan Ketua Unit Bisnes itu sendiri.
Bagi menangani suasana yang tidak diingini ini, disyorkan
Ketua Unit Bisnes mengambil kira langkah-langkah berikut;
a) Menetapkan
nilai dan hala strategik Unit Bisnes dengan jelas.
b) Mendapatkan
maklumbalas daripada anggota kerja tentang halangan kepada perlaksanaan
strategi dan pembelajaran. (taboo and elephant)
c) Merekabentuk
semula peranan, tanggungjawab dan perhubungan dalam organisasi berdasarkan
daripada maklumbalas anggota kerja di atas.
d) Melaksanakan
‘coaching’ terhadap anggota kerja bagi memudahkan mereka mengasilimasi diri
mereka dalam suasana organisasi yang baru.
e) Melaksana
latihan yang bersesuaian dengan keperluan suasana organisasi yang baru.
f) Mengukur
perubahan prestasi dari segi tingkahlaku anggota kerja (Pengukuran Prestasi
Kirkpatrick Level 3) dan ‘business results’ Unit Bisnes (Pengukuran
Prestasi Kirkpatrick Level 4).
g) Melaksana
tindakan pembetulan berdasarkan keputusan pengukuran yang dibuat.
Bagi melaksana langkah-langkah di atas, diperkenalkan satu
sistem transformasi anggota kerja bernama Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan
(SILK). Sila rujuk Rangkakerja SILK dalam Rajah 1.
SILK merupakan satu ‘pengembaraan’ anggota kerja satu Unit
Bisnes bagi mewujudkan mindset yang positif dalam tugas agar mudah mencipta
nilai (yang diukur melalui ‘business results’) dalam produk atau perkhidmatan
yang ditawarkan dengan berpandukan ilmu dari beberapa siri modul seminar,
pengamalan ilmu dari modul seminar tersebut dalam tugas dan ‘coaching’ terhadap
pengamalan ilmu dalam modul seminar tersebut yang dilaksanakan secara bersepadu
(integrated).
Dalam kata lain, SILK menggunakan pendekatan 70:20:10 dalam
perlaksanaannya. Ilmu yang terkandung dalam modul seminar ini unik, praktikal
dan sangat sesuai untuk mempengaruhi anggota kerja bagi mencapai maksud yang
dinyatakan.
Seperkara lagi, perlaksanaan SILK ini perlu dibuat dengan
menumpukan perlaksanaannya kepada satu unit bisnes pada satu–satu masa. Ini
dibuat kerana disedari bahawa tahap pembangunan satu Unit Bisnes itu tidak sama
dengan Unit Bisnes yang lain. Dengan melaksanakan SILK sebegini, tumpuan khas
boleh dibuat terhadap keperluan satu Unit Bisnes itu.
Tindakan (Action)
Diharap para Ketua Unit Bisnes dalam TNB sudi membuat
pelaburan bagi melaksana SILK ini untuk Unit Bisnes masing-masing.
Faedah (Benefit)
Diyakini faedah berikut mampu diraih dengan perlaksanaan
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK)
dalam Unit Bisnes;
1) Perubahan
mindset yang lebih positif terhadap tugas yang sangat penting bagi membantu
mencapai ‘business results’ atau KPI. Ini terutamanya penting bagi menangani
kecelaruan mindset anggota kerja di dalam unit bisnes-unit bisnes baru di bawah
inisiatif VUP.
2) Kemampuan
mencipta nilai (value creation) produk/perkhidmatan yang ditawarkan kepada
pelanggan yang diukur berdasarkan ‘business results’ atau KPI secara terancang,
berterusan dan secara bekerjasama oleh anggota kerja Unit Bisnes.
3) Kemampuan
membangunkan kompetensi anggota kerja secara terancang dan berterusan. Ini
semestinya mencipta nilai (value creation) diri di dalam pasaran.
4) Pembangunan
anggota kerja secara menyeluruh iaitu yang menyentuh pembangunan dari segi Intelektual,
emosional, spiritual dan fizikal.
5) Pembinaan
Empat ‘Thrust’ utama TNB (Building Trust & Relationships, Building
Capacity, Building Performance and Building Growth) secara terancang dan
berterusan dalam unit bisnes bagi membantu TNB mencapai segala hajat yang
ditetapkan.
Nota Kaki:
1) Setiap
intervensi SILK juga boleh dilaksanakan secara individu namun disyorkan untuk
melaksanakan SILK secara keseluruhan bagi mendapat impak maksima dari SILK ini.
2) Definisi
Nilai - Untuk tujuan kertas kerja ini,
Nilai (Value) ditakrifkan sebagai …
• Bagaimana
Unit Bisnes membantu pelanggan mereka menyelesai kerja atau masalah pelanggan
mereka?
• Apakah
kelebihan yang Unit Bisnes beri kepada pelanggan mereka berbanding pesaing
(competitor) mereka?
… melalui produk atau perkhidmatan yang Unit Bisnes tawarkan
kepada pelanggan mereka.
Wednesday, November 2, 2016
Business Analytics
Business analytics (BA) is the practice of iterative,
methodical exploration of an organization’s data with emphasis on statistical
analysis. Business analytics is used by
companies committed to data-driven decision making.
BA is used to gain insights that inform business decisions
and can be used to automate and optimize business processes. Data-driven companies treat their data as a
corporate asset and leverage it for competitive advantage. Successful business
analytics depends on data quality, skilled analysts who understand the
technologies and the business and an organizational commitment to data-driven
decision making.
Examples of BA uses include:
- Exploring data to find new patterns and relationships (data
mining)
- Explaining why a certain result occurred (statistical
analysis, quantitative analysis)
- Experimenting to test previous decisions (A/B testing,
multivariate testing)
- Forecasting future results (predictive modeling, predictive
analytics)
Once the business goal of the analysis is determined, an
analysis methodology is selected and data is acquired to support the
analysis. Data acquisition often
involves extraction from one or more business systems, cleansing, and
integration into a single repository such as a data warehouse or data
mart. The analysis is typically
performed against a smaller sample set of data.
Analytic tools range from spread sheets with statistical functions to
complex data mining and predictive modeling applications.
As patterns and relationships in the data are uncovered, new
questions are asked and the analytic process iterates until the business goal
is met. Deployment of predictive models
involves scoring data records (typically in a database) and using the scores to
optimize real-time decisions within applications and business processes. BA
also supports tactical decision making in response to unforeseen events, and in
many cases the decision making is automated to support real-time responses.
While the terms business intelligence and business analytics
are often used interchangeably, there are some key differences:
Recognizing the growing popularity of business analytics,
business intelligence application vendors are including some BA functionality
in their products. More recently, data
warehouse appliance vendors have started to embed BA functionality within the
appliance. Major enterprise system vendors are also embedding analytics, and
the trend towards putting more analytics into memory is expected to shorten the
time between a business event and decision/response.
Tuesday, November 1, 2016
Cerita Sultan Murad IV
Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta
berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau
merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa
ingin tahu apa sebabnya.
Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan
mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV
kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara
menyamar.
Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan
tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah
meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu
lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut.
Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang
di kawasan itu, "Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa
mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?"
Mereka berkata, "Orang ini suka minum minuman keras dan selalu
melakukan zina."
Sultan bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan
yg diberikan tetap sama.
Sultan membalas, "Tapi…bukankah ia umat Muhammad SAW? Mari kita angkat
jenazahnya, kita bawa ke rumahnya."
Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya.
Melihat suaminya meninggal, Dalam tangisnya si isteri berkata, "Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku
bersaksi bahawa engkau orang yang soleh."
Sultan terkejut!
Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang
disekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat.
Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya.
Si isteri menjawab, "Sudah kuduga pasti akan begini..Sebenarnya, setiap
malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu.
Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan ditumpahkannya ke tandas,
sambil berkata;
"Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari
meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat
keredhaan dari Ilahi."
Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk
memberikan mereka wang dan berkata;
"Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu
rumahmu sampai pagi."
Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku;
"Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa
para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah.
Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."
Orang-orang yang berada disekelilingnya selalu menyaksikannya
membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan.
Aku pernah berkata kepada suamiku; "Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin
yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan
jenazahmu.
Suaminya itu hanya tertawa dan berkata; "Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh
Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya."
Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata; "Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, besok pagi
kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.
Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh
Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat."
Subhanallah!
Biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah
yg mengenali kita. Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya
sahaja. Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada jatuh fitnah...moga
Allah meredhai hidup kita semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)