Saturday, January 23, 2016
Program Better.Brighter – Matlamat bersama TNB (Siri 23)
Agar kita benar-benar mengoptima diri dalam tugas,
semestinya kita perlu mempunyai matlamat dalam tugas bersama TNB ini. Program
Better.Brighter ini menekankan agar kita punya matlamat dalam tugas kita secara
individu mahupun secara berpasukan. Sila rujuk rajah di bawah;
Rajah di atas menunjukkan bahawa matlamat secara individu di
dalam tugas boleh dibina dengan menggunakan kaedah ‘Packaging Expertise’.
Sebenarnya dengan melaksanakan ‘Packaging Expertise’ ini, kita juga sebenarnya
telah mengamalkan Building Capacity.
Rajah di atas juga menunjukkan bahawa matlamat secara berpasukan
di dalam tugas boleh dibina dengan menggunakan kaedah ‘Center of Excellence’.
Sebenarnya dengan melaksanakan ‘Center of Excellence’ ini, kita juga sebenarnya
telah mengamalkan Building Performance dan Building Growth.
Selepas menetapkan matlamat secara peribadi mahupun secara
berpasukan menggunakan kaedah ‘Packaging Expertise’ dan ‘Center of Excellence’
ini, kita juga sebenarnya telah jelas soal ‘Why’ apa yang kita mahukan di dalam
tugas kita. Bagi menjelaskan pula soal ‘How’ untuk mencapai matlamat-matlamat
ini, kaedah perlaksanaan ‘PDCA’ digunapakai.
Tegasnya, bila soal ‘Why’ dan ‘How’ matlamat kita di dalam
tugas sudah jelas, ini bakal memudahkan kita melaksana perubahan dan seterusnya
mencapai apa yang terkandung di dalam Transformasi 1TNB iaitu, !Saya Untung,
TNB Untung, TNB Untung Saya Untung’!
Rajah keseluruhan ‘Why’ dan ‘How’ matlamat diri dan
berpasukan ini ialah seperti rajah di bawah;
Berikut kita akan melihat satu persatu dengan terperinci apa
itu;
Perancangan Matlamat
Diri – Packaging Expertise
Perancangan Matlamat Pasukan – Center of Excellence
Perancangan Perlaksanaan Matlamat - PDCA
Program Better.Brighter – Apa itu Matlamat? (Siri 22)
Selepas kita mengenali diri melalui pendekatan Stick Person
dan Profail Diri D.I.S.C., dapatlah kita rumuskan bahawa;
1. Diri kita mempunyai binaan yang sama (semua
punya intelektual, emosional, spiritual dan fizikal) dan Tuhan beri kita
kehebatan yang sama (keupayaan intelektual, emosional, spiritual dan fizikal).
– Konsep Stick Person.
2. Namun kita semua juga adalah unik kerana kita
punya tingkah laku yang berbeza. Perbezaan tingkah laku ini wujud disebabkan
faktor genetik dan pendedahan kepada kehidupan melalui keluarga, kawan-kawan
dan masyarakat. – Profail Diri D.I.S.C.
Sememangnya diri kita ini hebat. Soal yang paling penting
perlu kita tanyakan pada diri selepas mengetahui kita ini memang hebat ialah
bagaimana untuk kita gunakan diri ini agar kita tidak membazir sumber diri yang
hebat ini.
Kaedah yang paling mudah dan praktikal untuk menggunakan
sumber diri ini ialah dengan menetapkan matlamat dan gunakan diri ini (intelektual,
emosional, spiritual dan fizikal) untuk mencapai matlamat anda itu. Fikirkan …
Satu persoalan, bagaimana dengan bermatlamat ianya membantu
mengoptima penggunaan diri?
Berdasarkan rajah di atas, bilamana Fikiran (Menteri),
Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) fokus kepada perkara
yang sama iaitu matlamat maka pada ketika itu kita katakan diiri dalam keadaan
terurus kerana kesemua fokus kepada satu perkara yang sama (matlamat).
Dalam keadaan ini kesemua sumber diri ini (Fikiran
(Menteri), Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) berpadu dan
bekerjasama bagi menghasilkan hasil yang diingini. Tidak wujud ‘kebocoran
sumber’!
Sebaliknya, bila setiap sumber diri ini (Fikiran (Menteri),
Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) tidak mempunyai
matlamat, maka pada keadaan ini, sumber diri mempunyai agenda mereka
tersendiri. Dalam kata lain, keempat-empat sumber diri ini dalam keadaan kacau
bilau. Inilah keadaan dimana kita melihat seorang manusia itu nampaknya terlalu
sebok tetapi beliau tidak mencapai apa-apa di dalam hidupnya!
Roda Kehidupan
Di dalam program Better.Brighter ini dinyatakan bahawa
seseorang manusia itu mempunyai 8 cabang hidup seperti di bawah;
Kerohanian – Soal hubungan dengan Tuhan
Emosi – Soal keadaan perasaan
Intelek – Soal keadaan ilmu
Fizikal – Soal keadaan kesihatan tubuh badan
Kerjaya/Pelajaran – Soal pembangunan kerjaya (pekerja) dan
pelajaran (pelajar)
Kewangan – Soal kedudukan kewangan
Famili - Soal
hubungan dengan ahli keluarga
Masyarakat – Soal hubungan dengan ahli masyarakat.
Bagi memastikan diri seorang manusia itu dioptima
penggunaannya, dituntut manusia itu punya matlamat dalam setiap cabang
hidupnya. Tetapi sebelum matlamat dikenalpasti untuk setiap cabang hidup ini,
program Better.Brighter mengesyorkan dikaji dahulu adakah kita berpuas hati
atau sebaliknya di dalam setiap cabang hidup ini. Bila kita punya tidak
kepuasan di dalam mana-mana cabang hidup ini, ianya bakal memberi ‘tenaga’
untuk kita lakukan sesuatu bagi menaiktaraf cabang hidup tersebut. Sesuatu yang perlu dilakukan itu bermula
dengan menetapkan matlamat.
Rajah di atas dikenali sebagai Roda Kehidupan. Setiap jari
di dalam roda ini mewakilli satu cabang hidup. Dan bagi setipa jari itu pula di
beri skala 0 (di pusat roda) hingga 5.
Kita diperlukan menanda di atas jari roda ini berdasarkan kepada
pendapat diri sendiri dimanakah kedudukan kita di dalam setiap cabang hidup
itu. (Silaq rujuk rajah di atas).
Selepas di tanda kedudukan titik pada setiap jari itu,
sambungkan titik-titik ini lalu membentuk gambaran roda kehidupan diri kita
sendiri. Sekiranya bentuk roda kehidupan kita itu bersegi-segi, sudah
semestinya kita tidak akan selesa dalam mengharungi lebuhraya kehidupan ini.
Maklumat ini memberi kesedaran kepada diri sendiri agar
menaiktaraf hidup masing-masing (dengan berusaha meningkatkan kedudukan
titik-titik di atas setiap jari roda kehidupan). Untuk menaiktaraf kehidupan
semuanya bermula dengan kita jelas apa yang mahu dicapai (matlamat) untuk
setiap cabang kehidupan kita ini.
Nota: Seterusnya kita akan memfokuskan kepada matlamat di
dalam tugas bersama TNB.
Sunday, January 3, 2016
Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 8 (Siri 21)
Kesimpulan ‘Building Trust and Relationship’
Bagi ‘Building Trust
and Relationship’, program Better.Brighter telah mengesyorkan ianya perlu
bermula dengan kenal diri. Dan bagi tujuan untuk kenal diri, dua alat utama
telah digunakan iaitu Stick Person dan Analisa
Profail Diri D.i.S.C. Melalui kedua-dua alat ini, dapat kita lihat bahawa
setiap manusia itu sama binannya, mempunyai potensi yang besar dan unik dari
segi tingkahlakunya.
Berteraskan kepada kefahaman ini, maka mudah untuk kita
mulai hormati (respect) setiap manusia itu tidak kira apa juga
latarbelakangnya. Ini semestinya langkah pertama untuk membina hubungan yang
baik antara satu sama lain dan seterusnya menwujudkan saling mempercayai antara
satu sama lain. (Building Trust and Relationship)
Rumusan kepada ‘Building
Trust and Relationship’ ialah seperti rajah dibawah;
Berdasarkan rajah di atas, satu amalan yang sangat
dianjurkan agar hasrat dalam rajah di atas terbina ialah salam semut. Mari mulai
sekarang, semasa kita ber ‘salam semut’ dengan seseorang itu, mari kita ‘salam’
fikirannya, perasaannya, pilihannya dan tindakannya walaupun ianya berbeza
dengan kita kerana kita sedar latarbelakang kita berbeza.
Dengan izin Tuhan, ini bakal menimbulkan semangat ‘Building
Trust and Relationship’!
Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 7 (Siri 20)
Cara Penggunaan Analisa Profail Diri D.i.S.C.
Sebenarnya Analisa Profail Diri D.i.S.C. ini boleh digunakan
untuk banyak tujuan bagi memudahkan kehidupan. Walaubagaimanapun, Analisa
Profail Diri D.i.S.C. boleh menjadi ‘pisau dengan dua mata’ jika salah
digunakan.
Adalah merupakan satu kesilapan besar bilamana kita
menganggap lapuran D.i.S.C. diri ini sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah
lagi lantas menyebabkan kita mahu berubah. Sebaliknya, Analisa Profail Diri
D.i.S.C. ini perlu dijadikan ‘guide’ untuk menambahbaik kehidupan. Antara
penggunaan Analisa Profail Diri D.i.S.C. ialah seperti berikut;
1) Sebagai ‘guide’ untuk mencapai matlamat.
Sebagai contoh, sekiranya kita mendapati kita punya tingkah
laku ‘Dominance’ yang rendah tetapi untuk mencapai matlamat kita perlu punya
tingkah laku ‘Dominance’ yang tinggi, maka akan timbul kesedaran dalam diri
bahawa kita mesti lebih bertingkah laku ‘Dominance’ dalam menjalani kehidupan.
2) Sebagai ‘guide untuk memimpin pasukan.
Sebagai contoh, sekiranya kita mendapati kita punya tingkah
laku ‘Dominance’ yang rendah tetapi untuk memimpin pasukan kita perlu punya
tingkah laku ‘Dominance’ yang tinggi, maka akan timbul kesedaran dalam diri bahawa
kita mesti lebih bertingkah laku ‘Dominance’ semasa memimpin pasukan.
3) Sebagai ‘guide’ untuk melaksanakan tugas.
Sebagai contoh, sekiranya kita mendapati kita punya tingkah
laku ‘Influence’ yang rendah tetapi untuk melayani pelanggan, kita perlu punya
tingkah laku ‘Influence’ yang tinggi, maka akan timbul kesedaran dalam diri
bahawa kita mesti lebih bertingkah laku ‘Influence’ semasa memimpin pasukan.
Analisa Profail Kumpulan D.i.S.C.
Analisa Profail Diri D.i.S.C. ini juga boleh digunakan untuk
mengenalpasti profail kumpulan. Caranya ialan seperti berikut;
Langkah 1: Jumlahkan D,I,S dan C yang tinggi sahaja dalam
satu kumpulan seperti rajah di bawah;
Langkah 2: Bentuk carta seperti di bawah untuk mengetahui
profail kumpulan
Langkah 3: Plot graf profail kumpulan bagi membantu
melaksanakan analisa profail kumpulan seperti dibawah;
Hasil daripada graf profail kumpulan ini, dapat kita gunakan
untuk melihat samada profail kumpulan sedia ada itu bersesuaian dengan profail
tugas kumpulan itu perlu laksanakan. Jika berlaku ketidaksesuaian, maka akan
timbul kesedaran dalam kumpulan tersebut untuk ‘calibrate’ tingkahlaku dalam
kumpulan agar tugas kumpulan itu dapat dilaksanakan dengan baik.
Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 6 (Siri 19)
Perbezaan antara tingkahlaku D.i.S.C. ini dinyatakan di
dalam rajah di bawah;
Ciri-ciri bagi setiap tingkahlaku ini ialah seperti
rajah-rajah yang tertera di bawah;
Seterusnya bila kita selidiki empat jenis tingkahlaku ini
dengan lebih mendalam, dapat kita lihat satu kesamaan antara jenis-jenis
tingkah laku ini seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah ini,
Sebagai contoh, dari rajah di atas, seseorang yang mempunyai
tingkah laku ‘Dominance’ yang tinggi di dapati mempunyai tingkah laku yang sama
dengan seseorang yang mempunyai tingkah laku ‘Steadiness’ yang rendah.
Kadangkala, usaha untuk mengetahui tingkah laku seseorang
itu tidak dapat dilaksanakan kerana kita tdak mempunyai lapuran ‘D.i.S..C.
beliau. Untuk itu, kita juga sebenarnya boleh mengagak tingkahlakunya
berdasarkan pemerhatian kita kepada tingkahlakunya. Dibawah disenaraikan pula,
tingkahlaku yang boleh kita perhatikan pada setiap jenis tingkah laku;
Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 5 (Siri 18)
Analisa Profail Diri D.i.S.C.
Selepas kita mengenali diri melalui konsep stick person,
dapat kita rumuskan bahawa seorang manusia itu memang hebat dan binaan diri
semua manusia itu asasnya sama. Namun, apakah yang membuatkan setiap manusia
itu unik atau berbeza antara satu sama lain?
Keunikan setiap manusia itu terletak pada ilmu, kemahiran
dan pengalaman yang diperolehinya dalam hidup lalu membentuk tingkah-laku diri
masing-masing. Tingkah-laku inilah yang memberi keunikan atau perbezaaan antara
setiap manusia itu. Fikirkan …
Jika dilihat dari segi pembangunan seorang manusia, beliau
akan mengalami tiga fasa utama dalam kehidupannya sebelum beliau dewasa.
Ketiga-tiga fasa itu ialah seperti rajah di bawah;
Berdasarkan kepada rajah di atas, juga disyorkan bagaimana
harus kita melayani setiap manusia pada setiap fasa agar manusia itu mampu
menerima ilmu, kemahiran dan pengalaman yang baik agar membentuk tingkah-laku
yang baik dalam diri manusia itu.
Berdasarkan kepada gambarajah stick person di atas,
tingkah-laku itu letaknya di dalam Genie. Hebatnya manusia pada ketika ini
ialah manusia mampu mengetahui apakah tingkah laku yang kita simpan di dalam
Genie ini.
Manusia telah menwujudkan satu kaedah yang diberi nama
Analisa Profail Diri (Self Profiling Analysis). Sebenarnya terdapat berbagai
jenis Analisa Profail Diri dengan setiap analisa ini mempunyai tujuan khusus
dalam melihat tingkah laku manusia.
Bagi program Better.Brighter, telah dipilih satu Analisa
Profail Diri bernama D.i.S.C. bermaksud
Dominance-Influence-Compliance-Steadiness. Analisa ini telah dipelopori oleh
seorang bernama Dr William Marston. Doktor ini mempunyai berbagai kelebihan.
Antaranya ialah beliau merupakan juga pereka ‘Lie Detector Machine’ dan pereka
watak ‘Wonder Woman’.
Analisa Profai Diri D.i.S.C. ini telah dibangunkan
berdasarkan kepada kajian keberangkalian ke atas satu kelompok manusia yang
besar mengenai tingkah-laku seseorang manusia itu bila berdepan dengan sesuatu
situasi atau pengalaman.
Bagi mengetahui tingkah laku seseorang manusia itu, ianya
bermula dengan menjawab beberapa soalan. Dalam program Better.Brighter para
peserta perlu menjawab sebanyak 24 set soalan. Analisa akan dibuat terhadap
jawapan seseorang itu kepada soalan-soalan ini dan satu lapuran D.i.S.C. untuk
diri beliau akan dikeluarkan.
Lapuran ini menerangkan latarbelakang tingkah laku beliau.
(Contoh lapuran ialah seprti rajah di atas). Barang diingat, lapuran ini
dikeluarkan berdasarkan kepada input yang telah diberi oleh beliau sendiri dan
bukan merupakan satu tekaan semata-mata. Darjah ketepatan analisa D.i.S.C. ini
adalah sekitar 87% dan dalam ketepatan ini sudah cukup bagus untuk memberi gambaran
tingkah-laku seseorang itu.
Berdasarkan darfi lapuran ini kemudiannya dapat ditentukan
apakah tingkahlaku seseorang itu. Berdasarkan Analisa Profail Diri D.I.S.C.
ini, manusia itu diklasifikasi kepada empat kumpulan tingkahlaku yang nyata
iaitu Dominance, Influence, Compliance dan Steadiness.
Berdasarkan lapuran di atas juga, seseorang itu dikatakan
mempunyai Dominance, Influence, Compliance dan Steadiness yang tinggi jika
‘titik’ dalam lapuran beliau itu berada di atas ‘garisan tengah melintang’
dalam lapuran D.i.S.C.nya. Sebaliknya beliau dikatakan mempunyai Dominance,
Influence, Compliance dan Steadiness yang rendah jika ‘titik’ dalam lapuran
beliau itu berada di bawah ‘garisan tengah melintang’ dalam lapuran
D.i.S.C.nya.
Friday, January 1, 2016
Pogram Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 4 (Siri 17)
Sekiranya dalam hidup ini, anda menerima hasil yang negatif,
tanyakan pada diri anda hasil negatif ini berpunca dari mana?
Berdasarkan dari rajah di atas, jelas kelihatan ianya
berpunca dari tindakan yang negatif. Tindakan yang negatif ini pula berpunca
dari keputusan negatif yang anda buat. Keputusan negatif ini banyak dipengaruhi
oleh rasa negatif dan fikir yang negatif.
Jadi jika anda mahu mengubah hasil yang negatif kepada
positif, jelas kelihatan dari rajah di atas, anda perlu mulakan dengan melayan
satu idea yang positif dan kemudiannya idea ini disalurkan melalui sistem
‘stick person’ ini. Satu masa ianya akan keluar sebagai satu hasil yang positif
di atas tapak tangan anda.
Penjagaan Hati (Raja)
Hati yang di anggap sebagai Raja di dalam diri (negeri) seorang
manusia ini perlu diberi perhatian istimewa agar ianya tidak dikotori. Sebelum
ini, kita sudah pun sedia maklum bahawa jika raja ini dikotori, maka raja ini akan
mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang cuba menghancur diri (negeri) baik
dari dalam atau luar diri.
Cara paling asas untuk menjaga hati (raja) ini ialah dengan
melaksanakan solat (bagi yang beragama Islam) atau meditasi (bagi yang beragama
lain). Nilai solat/meditasi kita bertambah baik, maka bertambah baiklah keadaan
hati (raja). Moga seleaps ini kita diberi kekuatan untuk memelihara
solat/meditasi kita dengan lebih baik.
Penggunaan Konsep Stick Person
Sebenarnya ada banyak penggunaan konsep Stick Person
ini.Antara penggunaannya ialah seperti berikut;
1) Memahami dengan mudah apa maknanya Kesedaran
Diri.
Berdasarkan konsep Stick Person ini, kesedaran diri boleh
ditakrifkan seperti rajah dibawah;
Sekiranya seseorang itu memahami apa yang dimaksudkan dengan
kesedaran diri seperti yang dinyatakan di dalam rajah di atas, maka mudah
beliau bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan di dalam hidupnya.
Sebaliknya, dalam hidup ini beliau sentiasa akan menjadi mangsa keadaan dan
selalu suka menyalahkan orang lain (Budaya Bangau).
2) Membantu melihat Manusia sebagai ‘Orang’
Berdasarkan konsep Stick Person ini, mudah bagi seseorang
itu ‘nampak’ fikiran, perasaan, pilihan dan tindakan orang lain. Bila kita
mudah ‘nampak’ maka mudah kita menghargai mereka walaupun fikiran, perasaan,
pilihan dan tindakan mereka berbeza dengan diri kita sendiri kerana kita sedar
kita punya latarbelakang yang berbeza. Ini sudahya memudahkan kita melihat
manusia sebagai ‘orang’ dan bukan ‘barang’. Ini akhirnya bakal memudahkan kita
membina hubungan baik dan menwujudkan saling mempercayai di kalangan kita.
(Building Trust and Relationship)
3) Menganalisa Hasil yang diterima atau Merancang
Hasil yang mahu dicapai
Melalui konsep Stick Person ini juga mudah kita menganalisa
sebarang hasil yang telah diterima atau merancang sebarang hasil yang mahu
dicapai kerana melalui ilmu bagaimana operasi diri, kita mudah ‘nampak’ apa
yang terbina mahupun perlu dibina dalam diri sendiri. Bila kita ‘nampak’, ini
memudahkan memperbaiki diri untuk mendapat hasil yang diingini.
Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 3 (Siri 16)
Operasi Diri Seorang Manusia
Selepas kita mengenali bahagian diri seorang manusia itu,
berikut mari kita lihat bagaimana ke empat-empat bahgian diri ini bekerjasama
atau beroperasi sebagai satu sistem untuk menghasilkan hasil dalam hidup
seseorang manusia itu baik untuk satu hasil yang positif atau negatif.
Penting untuk kita mengetahui bagaimana bahagian diri ini bekerjasama
atau beroperasi sebagai satu sistem kerana ianya akan mampu membantu kita untuk
mengetahui dimanakah di dalam diri kita yang bermasalah lalu menghalang kita
mendapat hasil yang positif dalam hidup.
Berdasarkan rajah di atas, anda dapat lihat bahawa sebarang
idea yang masuk berjumpa dengan Menteri melalui deria-deria itu tidak positif
maupun negatif keadaannya.
Namun bila idea itu hadir bersama Menteri, Menteri anda akan
mula memikirkan (menganalisa atau merancang) idea tersebut. Analisa atau
perancangan ini kemudiannya akan diserahkan kepada Raja untuk dibuat pilihan/keputusan.
Menteri anda dikatakan berfungsi dengan baik sekiranya bagi
sebarang idea yang hadir pada Menteri, Menteri anda sentiasa bertanyakan soalan
berikut: “Adakah idea ini boleh bawa
capai hajat saya?”. Analisa atau Perancangan
yang dilaksanakan oleh Menteri anda bergantung kepada cara pandang anda
terhadap idea tersebut.
Bercakap mengenai cara pandang ini, adakah kita menyedari
cara pandang kita tentang kehidupan ini? Hakikatnya, jika betul cara pandang
kita tentang sesuatu perkara itu, maka sudahnya akan betulah analisa atau
perancangan kita. Atas sebab itu, prihatinlah dengan cara pandang anda!
Sebelum Raja membuat keputusan sama ada menerima atau
menolak idea tersebut, Raja memerlukan bukti-bukti bagi menyokong keputusannya.
(Bayangkan operasi dalam satu mesyuarat)
Bukti-bukti ini datang dari 4 sumber utama seperti berikut;
- Sumber dari idea
logik (Menteri)
- Sumber dari Ilham
atau Bisikan Malaikat
- Sumber dari nafsu
atau perasaan (Genie)
- Sumber dari Bisikan
Syaitan
Setiap masa, keempat-empat sumber ini berlumba-lumba untuk
mempengaruhi Raja. Sudahnya sumber yang paling kuat akan berjaya mempengaruhi Raja.
Selepas Raja membuat keputusan, Menteri akan melaksanakan dua kerja utama
seperti berikut;
Merancang dan memaklumkan segala arahan Raja kepada Rakyat
untuk mengambil tindakan lalu mengeluarkan Hasil. Rakyat akan hanya mengambil
tindakan sesuai dengan keputusan Raja.
Memaklumkan kepada Genie segala arahan Raja. Jika ini
dilaksanakan berkali-kali, arahan Raja ini akan diterima oleh Genie.
Satu idea yang disampaikan kepada Genie secara berkali-kali
ini akhirnya akan tinggal tetap di dalam Genie. Idea ini dipanggil TABIAT.
Tabiat adalah perkara yang kita lakukan tanpa memerlukan campurtangan
Menteri. Contoh tabiat ialah hisap rokok lepas makan, datang lewat, berbelanja
besar, tidak tinggal sembahyang, kuat membaca, membawa kereta dan sebagainya.
Dari penerangan ini, boleh disimpulkan bahawa terdapat dua
kumpulan utama yang cuba mempengaruhi Raja.
Satu kumpulan cuba membawa kepada kehancuran manakala satu kumpulan lagi
cuba membawa kepada kebaikan.
Itu sebab mengapa penting sangat untuk menjaga Raja ini agar
tidak dikotori. Jika ianya kotor, sudah pasti ianya tidak mampu memimpin diri
ke arah kebaikan dan Raja mudah sangat dipengaruhi oleh kuasa-kuasa yang mahu
membawa negeri (diri) kepada kehancuran.
Bagaimanakah caranya untuk memelihara Raja agar tidak
dikotori? Mudah sahaja. Turuti Perintah Tuhan dan cara yang ditunjukkan oleh
pesuruhNya 24/7! Fikirkan …
Ringkasan dari rajah di atas ialah …
Fikiran + Perasaan + Pilihan/Keputusan + Tindakan
menghasilkan Hasil dalam kehidupan. Manakala William James, seorang pemikir
barat telah mendefinasikan sikap sebagai gabungan fikiran, perasaan, pilihan/keputusan
dan tindakan.
Sebagai contoh, apakah sikap anda terhadap kerja anda
sebenarnya bermakna apakah fikir anda terhadap kerja anda, apakah rasa anda
terhadap kerja anda, apakah keputusan anda terhadap kerja anda dan apakah
tindakan anda terhadap kerja anda.
Dari kenyataan di atas membuktikan Hasil bersamaan dengan
Sikap. Dalam kata lain, jika anda mahu Hasil yang baik maka Sikap anda terlebih
dulu perlu baik.
Cerita mudah tetapi ramai yang tidak mengetahuinya!
Penerangan Sistem Better.Brighter
Situasi
TNB sedang berdepan dengan berbagai cabaran agar ianya kekal
relevan di dalam industri pembekalan elektrik di dalam dan di luar negara.
Faktor utama yang memungkinkan TNB terus kekal relevan ialah dengan memastikan
para pelanggan TNB benar-benar yakin dengan jenama TNB untuk memenuhi keperluan
mereka.
Kerumitan
Salah satu kerumitan utama bagi memastikan pelanggan terus
yakin dengan jenama TNB ialah tidak wujudnya satu kaedah yang mudah, sistematik
dan praktikal yang boleh digunakan oleh seseorang pemimpin bagi satu unit
bisnes dalam TNB itu dalam memimpin anggota kerjanya untuk mentransformasi unit
bisnesnya bagi mencapai segala matlamat yang telah ditetapkan untuk unit
bisnesnya.
Impak
Ketidakwujudan kaedah memimpin ini bakal meninggalkan kesan
negatif kepada perkhidmatan yang diberikan oleh unit bisnes itu kepada
pelanggannya. Ini membawa kepada hilang keyakinan pelanggan kepada perkhidmatan
yang ditawarkan oleh unit bisnes itu.
Syor
Bagi membantu menangani cabaran ini, maka pihak Leadership
Development Center telah menwujudkan satu sistem kepimpinan yang boleh
digunapakai oleh setiap pemimpin yang memimpin sesuatu unit bisnes dalam TNB.
Sistem ini mudah, bersistematik dan praktikal dan sesuai dengan iklim TNB itu
sendiri. Terdapat 7 langkah utama dalam Sistem Better.Brighter ini seperti
dibawah;
Dari rajah di atas, dapat dilihat bahawa Sistem
Better.Brighter bukan semata-mata satu seminar sahaja tetapi sistem ini
menggunapakai konsep 70:20:10 yang bermakna
10% sumber diperuntukkan untuk melaksanakan penerangan di
dalam kelas
20% sumber digunakan untuk melaksanakan perbincangan dan
bimbingan oleh IM
70% sumber digunakan untuk melaksanakan aktiviti yang
dibincang di dalam kelas (10%) dan bersama IM (20%).
Nota: Sumber melingkupi soal tenaga, kewangan dan masa.
Diyakini, konsep 70:20:10
ini merupakan pendekatan yang diperlukan dewasa ini dalam melaksana
sesuatu pelan transformasi agar pelaburan yang dibuat dalam melaksanakan sistem
ini bagi sesuatu unit bisnes itu benar-benar berbaloi.
Harus diingatkan juga bahawa segala aktiviti di dalam Sistem
Better.Brighter ini bukan semata-mata satu ‘Business As Usual’ atau satu
‘Flavour of the Month’ tetapi segala aktiviti yang dilaksanakan itu adalah
merupakan satu perkara yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kepuasan
pelanggan sesuatu unit bisnes dalam TNB itu sendiri.
Tindakan Yang Diperlukan
Bagi memastikan sistem ini mendatangkan hasil yang diingini,
perkara-perkara dibawah ini perlu ditekankan;
Para pemimpin unit Bisnes mesti komited untuk memimpin,
menyokong dan memantau sendiri segala perlaksanaan aktiviti Sistem
Better.Brighter dalam Unit Bisnesnya. Tugas ini sesekali tidak boleh ditugaskan
kepada anggota kerja lain.
Setiap anggota kerja Unit Bisnes itu mesti komited untuk
mengikuti sistem ini tanpa pengecualian bagi menwujudkan kefahaman yang sama
tentang apa yang perlu dilaksanakan.
Aktiviti Sistem Better.Brighter mesti dilakukan sebaik
sahaja tamat menghadiri Program Better.Brighter (4 hari 3 malam) dan terus dilaksanakan
secara berterusan.
Pengalaman menunjukkan, kegagalan untuk komited kepada tiga
perkara di atas bakal menyaksikan kegagalan unit bisnes itu mencapai matlamat
yang telah ditetapkan.
Faedah
Antara faedah yang bakal diperolehi hasil dari pengamalan Sistem Better.Brighter ini ialah;
Memahami segala inisiatif TNB dan pertalian antara
inisiatif-inisiatif ini dalam bahasa yang mudah.
Penwujudan Pelan Strategik Unit Bisnes yang mudah dan
praktikal menerusi penggunaan ‘Business Model Canvas’.
Penwujudan ‘Building Trust and Relationship’ dengan satu
kaedah Kenal Diri bernama ‘Stick Person’ dan ‘D.i.S.C.’.
Penwujudan ‘Building Capacity’ dengan satu kaedah yang
praktikal bernama ‘Packaging Expertise’.
Penwujudan ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’
dengan satu kaedah yang praktikal bernama ‘Center of Excellence’.
Pemantauan berterusan terhadap aktiviti Sistem
Better.Brighter selepas tamat menghadiri program
Better.Brighter (4 hari 3 malam).
Better.Brighter (4 hari 3 malam).
Ringkasnya, faedah yang boleh diperolehi melalui pengamalan
sistem Better.Brighter ini ialah seperti yang tertera pada rajah di bawah;
Untuk keterangan lanjut atau bagi tujuan perlaksanaan Sistem
ini di dalam Unit Bisnes, sila hubungi Mior Azli Mior Md Isa, Pusat Pembangunan
Kepimpinan TNB di talian 019-224-5079.
Tahun Baru 2016
Saya menulis artikel ini sekitar jam 11.50 mlm. Beberapa minit lagi, tahun 2015 akan meninggalkan kita buat selamanya. Dengan izin Tuhan, masa yang berlalu ini tidak akan datang lagi menjenguk kita. Itulah kehidupan.
Tahun 2015 terasa cepat sangat berlalu. Aku rasa faktor ini ialah disebabkan banyak masa aku ditumpukan dalam membangun program BB, membangun para fasiltator baru BB dan tidak ketinggalan memfasilitator program BB ini sendiri.
Boleh aku katakan bahawa tahun 2015 ini banyak masa aku duduk di hotel dari duduk di rumah sendiri. But no complaints. Itu sebenarnya apa yang pernah aku lihat diri aku sendiri bakal lakukan satu hari nanti.
Teringat cerita Bob Proctor kira-kira 20 tahun lalu kepada aku bahawa bukan ramai yang sanggup keluar masuk hotel untuk melaksanakan seminar. Namun, aku rasa aku telah pun melakukannya sepanjang 2015 ini. :)
Sudahnya apa yang aku capai dalam tahun 2015 ini?
Aku terasa macam tidak ada pencapaian yang bermakna. Tapi bila difikirkan kembali, ada beberapa pencapaian yang signikan. Yang terulung bagi aku semestinyalah penwujudan Sistem Better.Brighter itu sendiri. Jika pada awalnya, program ini hanya bersifat seminar bagi menangani masalah mindset terhadap tugas tetapi dalam diam-diam ianya telah dipertingkatkan hingga menjadi satu program transformasi organisasi.
Peningkatan ini sebenarnya bermula semasa aku didedahkan dengan konsep 70-20-10 yang aku perolehi semasa aku melawat MARELCO of Philiphines di pertengahan tahun 2015. Tak sia-sia susah payah semasa disana telah membawa idea untuk peningkatan program ini. Syukur!
Disamping itu pencapaian kedua yang memberangsangkan ialah
keupayaan melahirkan beberapa orang fasilitator baru program ini. Aku
sebenarnya tidak berapa arif untuk membangunkan mereka ini. Banyak yang ‘Trial
and Error’ saja. Tetapi sekali lagi aku beruntung kerana bakal fasilitator
program ini amat komited. Aku jangka jika diberi beberapa waktu lagi mereka
bakal menjadi fasilitator yang berwibawa.
Pencapaian ketiga bagi aku ialah bagaimana aku dapat melihat dengan mata kepala aku sendiri bagaimana beberapa unit bisnes yang telah mengikuti program ini telah berjaya melaksanakan transformasi untuk unit bisnes mereka. Ini satu pengalaman yang sangart berharga.
Akhir sekali, aku tahu dan aku yakin apa yang telah dibina ini bukan murah harganya. Senang-senang makan ratus ribu. Hanyanya ramai orang tidak tahu. Aku harap Tuhan akan buka pintu seluas-luasnya untuk aku bawa idea ini ke tengah masyarakat dan organisasi.
Waktu dah melintasi jam 12. Selamat Tahun Baru 2016!
Now these are my wishes. Moga aku dapat pelihara solat aku dengan lebih baik. Moga hubungan aku dengan Tuhan, famili dan sahabat semua makin baik. Aku mohon untuk diri aku, famili dan sahabat aku semua mendapat sejahtera, bahagia, kaya dunia akhirat. Tidak ketinggalan, aku mohon Sistem BB ini mampu assist unit bisnes dalam dan luar TNB berjaya melaksana transformasi.
Aamiin!
Subscribe to:
Posts (Atom)