Friday, January 1, 2016
Pogram Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 4 (Siri 17)
Sekiranya dalam hidup ini, anda menerima hasil yang negatif,
tanyakan pada diri anda hasil negatif ini berpunca dari mana?
Berdasarkan dari rajah di atas, jelas kelihatan ianya
berpunca dari tindakan yang negatif. Tindakan yang negatif ini pula berpunca
dari keputusan negatif yang anda buat. Keputusan negatif ini banyak dipengaruhi
oleh rasa negatif dan fikir yang negatif.
Jadi jika anda mahu mengubah hasil yang negatif kepada
positif, jelas kelihatan dari rajah di atas, anda perlu mulakan dengan melayan
satu idea yang positif dan kemudiannya idea ini disalurkan melalui sistem
‘stick person’ ini. Satu masa ianya akan keluar sebagai satu hasil yang positif
di atas tapak tangan anda.
Penjagaan Hati (Raja)
Hati yang di anggap sebagai Raja di dalam diri (negeri) seorang
manusia ini perlu diberi perhatian istimewa agar ianya tidak dikotori. Sebelum
ini, kita sudah pun sedia maklum bahawa jika raja ini dikotori, maka raja ini akan
mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang cuba menghancur diri (negeri) baik
dari dalam atau luar diri.
Cara paling asas untuk menjaga hati (raja) ini ialah dengan
melaksanakan solat (bagi yang beragama Islam) atau meditasi (bagi yang beragama
lain). Nilai solat/meditasi kita bertambah baik, maka bertambah baiklah keadaan
hati (raja). Moga seleaps ini kita diberi kekuatan untuk memelihara
solat/meditasi kita dengan lebih baik.
Penggunaan Konsep Stick Person
Sebenarnya ada banyak penggunaan konsep Stick Person
ini.Antara penggunaannya ialah seperti berikut;
1) Memahami dengan mudah apa maknanya Kesedaran
Diri.
Berdasarkan konsep Stick Person ini, kesedaran diri boleh
ditakrifkan seperti rajah dibawah;
Sekiranya seseorang itu memahami apa yang dimaksudkan dengan
kesedaran diri seperti yang dinyatakan di dalam rajah di atas, maka mudah
beliau bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan di dalam hidupnya.
Sebaliknya, dalam hidup ini beliau sentiasa akan menjadi mangsa keadaan dan
selalu suka menyalahkan orang lain (Budaya Bangau).
2) Membantu melihat Manusia sebagai ‘Orang’
Berdasarkan konsep Stick Person ini, mudah bagi seseorang
itu ‘nampak’ fikiran, perasaan, pilihan dan tindakan orang lain. Bila kita
mudah ‘nampak’ maka mudah kita menghargai mereka walaupun fikiran, perasaan,
pilihan dan tindakan mereka berbeza dengan diri kita sendiri kerana kita sedar
kita punya latarbelakang yang berbeza. Ini sudahya memudahkan kita melihat
manusia sebagai ‘orang’ dan bukan ‘barang’. Ini akhirnya bakal memudahkan kita
membina hubungan baik dan menwujudkan saling mempercayai di kalangan kita.
(Building Trust and Relationship)
3) Menganalisa Hasil yang diterima atau Merancang
Hasil yang mahu dicapai
Melalui konsep Stick Person ini juga mudah kita menganalisa
sebarang hasil yang telah diterima atau merancang sebarang hasil yang mahu
dicapai kerana melalui ilmu bagaimana operasi diri, kita mudah ‘nampak’ apa
yang terbina mahupun perlu dibina dalam diri sendiri. Bila kita ‘nampak’, ini
memudahkan memperbaiki diri untuk mendapat hasil yang diingini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment