Saturday, January 23, 2016
Program Better.Brighter – Apa itu Matlamat? (Siri 22)
Selepas kita mengenali diri melalui pendekatan Stick Person
dan Profail Diri D.I.S.C., dapatlah kita rumuskan bahawa;
1. Diri kita mempunyai binaan yang sama (semua
punya intelektual, emosional, spiritual dan fizikal) dan Tuhan beri kita
kehebatan yang sama (keupayaan intelektual, emosional, spiritual dan fizikal).
– Konsep Stick Person.
2. Namun kita semua juga adalah unik kerana kita
punya tingkah laku yang berbeza. Perbezaan tingkah laku ini wujud disebabkan
faktor genetik dan pendedahan kepada kehidupan melalui keluarga, kawan-kawan
dan masyarakat. – Profail Diri D.I.S.C.
Sememangnya diri kita ini hebat. Soal yang paling penting
perlu kita tanyakan pada diri selepas mengetahui kita ini memang hebat ialah
bagaimana untuk kita gunakan diri ini agar kita tidak membazir sumber diri yang
hebat ini.
Kaedah yang paling mudah dan praktikal untuk menggunakan
sumber diri ini ialah dengan menetapkan matlamat dan gunakan diri ini (intelektual,
emosional, spiritual dan fizikal) untuk mencapai matlamat anda itu. Fikirkan …
Satu persoalan, bagaimana dengan bermatlamat ianya membantu
mengoptima penggunaan diri?
Berdasarkan rajah di atas, bilamana Fikiran (Menteri),
Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) fokus kepada perkara
yang sama iaitu matlamat maka pada ketika itu kita katakan diiri dalam keadaan
terurus kerana kesemua fokus kepada satu perkara yang sama (matlamat).
Dalam keadaan ini kesemua sumber diri ini (Fikiran
(Menteri), Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) berpadu dan
bekerjasama bagi menghasilkan hasil yang diingini. Tidak wujud ‘kebocoran
sumber’!
Sebaliknya, bila setiap sumber diri ini (Fikiran (Menteri),
Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) tidak mempunyai
matlamat, maka pada keadaan ini, sumber diri mempunyai agenda mereka
tersendiri. Dalam kata lain, keempat-empat sumber diri ini dalam keadaan kacau
bilau. Inilah keadaan dimana kita melihat seorang manusia itu nampaknya terlalu
sebok tetapi beliau tidak mencapai apa-apa di dalam hidupnya!
Roda Kehidupan
Di dalam program Better.Brighter ini dinyatakan bahawa
seseorang manusia itu mempunyai 8 cabang hidup seperti di bawah;
Kerohanian – Soal hubungan dengan Tuhan
Emosi – Soal keadaan perasaan
Intelek – Soal keadaan ilmu
Fizikal – Soal keadaan kesihatan tubuh badan
Kerjaya/Pelajaran – Soal pembangunan kerjaya (pekerja) dan
pelajaran (pelajar)
Kewangan – Soal kedudukan kewangan
Famili - Soal
hubungan dengan ahli keluarga
Masyarakat – Soal hubungan dengan ahli masyarakat.
Bagi memastikan diri seorang manusia itu dioptima
penggunaannya, dituntut manusia itu punya matlamat dalam setiap cabang
hidupnya. Tetapi sebelum matlamat dikenalpasti untuk setiap cabang hidup ini,
program Better.Brighter mengesyorkan dikaji dahulu adakah kita berpuas hati
atau sebaliknya di dalam setiap cabang hidup ini. Bila kita punya tidak
kepuasan di dalam mana-mana cabang hidup ini, ianya bakal memberi ‘tenaga’
untuk kita lakukan sesuatu bagi menaiktaraf cabang hidup tersebut. Sesuatu yang perlu dilakukan itu bermula
dengan menetapkan matlamat.
Rajah di atas dikenali sebagai Roda Kehidupan. Setiap jari
di dalam roda ini mewakilli satu cabang hidup. Dan bagi setipa jari itu pula di
beri skala 0 (di pusat roda) hingga 5.
Kita diperlukan menanda di atas jari roda ini berdasarkan kepada
pendapat diri sendiri dimanakah kedudukan kita di dalam setiap cabang hidup
itu. (Silaq rujuk rajah di atas).
Selepas di tanda kedudukan titik pada setiap jari itu,
sambungkan titik-titik ini lalu membentuk gambaran roda kehidupan diri kita
sendiri. Sekiranya bentuk roda kehidupan kita itu bersegi-segi, sudah
semestinya kita tidak akan selesa dalam mengharungi lebuhraya kehidupan ini.
Maklumat ini memberi kesedaran kepada diri sendiri agar
menaiktaraf hidup masing-masing (dengan berusaha meningkatkan kedudukan
titik-titik di atas setiap jari roda kehidupan). Untuk menaiktaraf kehidupan
semuanya bermula dengan kita jelas apa yang mahu dicapai (matlamat) untuk
setiap cabang kehidupan kita ini.
Nota: Seterusnya kita akan memfokuskan kepada matlamat di
dalam tugas bersama TNB.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment