Friday, January 1, 2016
Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 3 (Siri 16)
Operasi Diri Seorang Manusia
Selepas kita mengenali bahagian diri seorang manusia itu,
berikut mari kita lihat bagaimana ke empat-empat bahgian diri ini bekerjasama
atau beroperasi sebagai satu sistem untuk menghasilkan hasil dalam hidup
seseorang manusia itu baik untuk satu hasil yang positif atau negatif.
Penting untuk kita mengetahui bagaimana bahagian diri ini bekerjasama
atau beroperasi sebagai satu sistem kerana ianya akan mampu membantu kita untuk
mengetahui dimanakah di dalam diri kita yang bermasalah lalu menghalang kita
mendapat hasil yang positif dalam hidup.
Berdasarkan rajah di atas, anda dapat lihat bahawa sebarang
idea yang masuk berjumpa dengan Menteri melalui deria-deria itu tidak positif
maupun negatif keadaannya.
Namun bila idea itu hadir bersama Menteri, Menteri anda akan
mula memikirkan (menganalisa atau merancang) idea tersebut. Analisa atau
perancangan ini kemudiannya akan diserahkan kepada Raja untuk dibuat pilihan/keputusan.
Menteri anda dikatakan berfungsi dengan baik sekiranya bagi
sebarang idea yang hadir pada Menteri, Menteri anda sentiasa bertanyakan soalan
berikut: “Adakah idea ini boleh bawa
capai hajat saya?”. Analisa atau Perancangan
yang dilaksanakan oleh Menteri anda bergantung kepada cara pandang anda
terhadap idea tersebut.
Bercakap mengenai cara pandang ini, adakah kita menyedari
cara pandang kita tentang kehidupan ini? Hakikatnya, jika betul cara pandang
kita tentang sesuatu perkara itu, maka sudahnya akan betulah analisa atau
perancangan kita. Atas sebab itu, prihatinlah dengan cara pandang anda!
Sebelum Raja membuat keputusan sama ada menerima atau
menolak idea tersebut, Raja memerlukan bukti-bukti bagi menyokong keputusannya.
(Bayangkan operasi dalam satu mesyuarat)
Bukti-bukti ini datang dari 4 sumber utama seperti berikut;
- Sumber dari idea
logik (Menteri)
- Sumber dari Ilham
atau Bisikan Malaikat
- Sumber dari nafsu
atau perasaan (Genie)
- Sumber dari Bisikan
Syaitan
Setiap masa, keempat-empat sumber ini berlumba-lumba untuk
mempengaruhi Raja. Sudahnya sumber yang paling kuat akan berjaya mempengaruhi Raja.
Selepas Raja membuat keputusan, Menteri akan melaksanakan dua kerja utama
seperti berikut;
Merancang dan memaklumkan segala arahan Raja kepada Rakyat
untuk mengambil tindakan lalu mengeluarkan Hasil. Rakyat akan hanya mengambil
tindakan sesuai dengan keputusan Raja.
Memaklumkan kepada Genie segala arahan Raja. Jika ini
dilaksanakan berkali-kali, arahan Raja ini akan diterima oleh Genie.
Satu idea yang disampaikan kepada Genie secara berkali-kali
ini akhirnya akan tinggal tetap di dalam Genie. Idea ini dipanggil TABIAT.
Tabiat adalah perkara yang kita lakukan tanpa memerlukan campurtangan
Menteri. Contoh tabiat ialah hisap rokok lepas makan, datang lewat, berbelanja
besar, tidak tinggal sembahyang, kuat membaca, membawa kereta dan sebagainya.
Dari penerangan ini, boleh disimpulkan bahawa terdapat dua
kumpulan utama yang cuba mempengaruhi Raja.
Satu kumpulan cuba membawa kepada kehancuran manakala satu kumpulan lagi
cuba membawa kepada kebaikan.
Itu sebab mengapa penting sangat untuk menjaga Raja ini agar
tidak dikotori. Jika ianya kotor, sudah pasti ianya tidak mampu memimpin diri
ke arah kebaikan dan Raja mudah sangat dipengaruhi oleh kuasa-kuasa yang mahu
membawa negeri (diri) kepada kehancuran.
Bagaimanakah caranya untuk memelihara Raja agar tidak
dikotori? Mudah sahaja. Turuti Perintah Tuhan dan cara yang ditunjukkan oleh
pesuruhNya 24/7! Fikirkan …
Ringkasan dari rajah di atas ialah …
Fikiran + Perasaan + Pilihan/Keputusan + Tindakan
menghasilkan Hasil dalam kehidupan. Manakala William James, seorang pemikir
barat telah mendefinasikan sikap sebagai gabungan fikiran, perasaan, pilihan/keputusan
dan tindakan.
Sebagai contoh, apakah sikap anda terhadap kerja anda
sebenarnya bermakna apakah fikir anda terhadap kerja anda, apakah rasa anda
terhadap kerja anda, apakah keputusan anda terhadap kerja anda dan apakah
tindakan anda terhadap kerja anda.
Dari kenyataan di atas membuktikan Hasil bersamaan dengan
Sikap. Dalam kata lain, jika anda mahu Hasil yang baik maka Sikap anda terlebih
dulu perlu baik.
Cerita mudah tetapi ramai yang tidak mengetahuinya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment