Sunday, January 3, 2016
Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 5 (Siri 18)
Analisa Profail Diri D.i.S.C.
Selepas kita mengenali diri melalui konsep stick person,
dapat kita rumuskan bahawa seorang manusia itu memang hebat dan binaan diri
semua manusia itu asasnya sama. Namun, apakah yang membuatkan setiap manusia
itu unik atau berbeza antara satu sama lain?
Keunikan setiap manusia itu terletak pada ilmu, kemahiran
dan pengalaman yang diperolehinya dalam hidup lalu membentuk tingkah-laku diri
masing-masing. Tingkah-laku inilah yang memberi keunikan atau perbezaaan antara
setiap manusia itu. Fikirkan …
Jika dilihat dari segi pembangunan seorang manusia, beliau
akan mengalami tiga fasa utama dalam kehidupannya sebelum beliau dewasa.
Ketiga-tiga fasa itu ialah seperti rajah di bawah;
Berdasarkan kepada rajah di atas, juga disyorkan bagaimana
harus kita melayani setiap manusia pada setiap fasa agar manusia itu mampu
menerima ilmu, kemahiran dan pengalaman yang baik agar membentuk tingkah-laku
yang baik dalam diri manusia itu.
Berdasarkan kepada gambarajah stick person di atas,
tingkah-laku itu letaknya di dalam Genie. Hebatnya manusia pada ketika ini
ialah manusia mampu mengetahui apakah tingkah laku yang kita simpan di dalam
Genie ini.
Manusia telah menwujudkan satu kaedah yang diberi nama
Analisa Profail Diri (Self Profiling Analysis). Sebenarnya terdapat berbagai
jenis Analisa Profail Diri dengan setiap analisa ini mempunyai tujuan khusus
dalam melihat tingkah laku manusia.
Bagi program Better.Brighter, telah dipilih satu Analisa
Profail Diri bernama D.i.S.C. bermaksud
Dominance-Influence-Compliance-Steadiness. Analisa ini telah dipelopori oleh
seorang bernama Dr William Marston. Doktor ini mempunyai berbagai kelebihan.
Antaranya ialah beliau merupakan juga pereka ‘Lie Detector Machine’ dan pereka
watak ‘Wonder Woman’.
Analisa Profai Diri D.i.S.C. ini telah dibangunkan
berdasarkan kepada kajian keberangkalian ke atas satu kelompok manusia yang
besar mengenai tingkah-laku seseorang manusia itu bila berdepan dengan sesuatu
situasi atau pengalaman.
Bagi mengetahui tingkah laku seseorang manusia itu, ianya
bermula dengan menjawab beberapa soalan. Dalam program Better.Brighter para
peserta perlu menjawab sebanyak 24 set soalan. Analisa akan dibuat terhadap
jawapan seseorang itu kepada soalan-soalan ini dan satu lapuran D.i.S.C. untuk
diri beliau akan dikeluarkan.
Lapuran ini menerangkan latarbelakang tingkah laku beliau.
(Contoh lapuran ialah seprti rajah di atas). Barang diingat, lapuran ini
dikeluarkan berdasarkan kepada input yang telah diberi oleh beliau sendiri dan
bukan merupakan satu tekaan semata-mata. Darjah ketepatan analisa D.i.S.C. ini
adalah sekitar 87% dan dalam ketepatan ini sudah cukup bagus untuk memberi gambaran
tingkah-laku seseorang itu.
Berdasarkan darfi lapuran ini kemudiannya dapat ditentukan
apakah tingkahlaku seseorang itu. Berdasarkan Analisa Profail Diri D.I.S.C.
ini, manusia itu diklasifikasi kepada empat kumpulan tingkahlaku yang nyata
iaitu Dominance, Influence, Compliance dan Steadiness.
Berdasarkan lapuran di atas juga, seseorang itu dikatakan
mempunyai Dominance, Influence, Compliance dan Steadiness yang tinggi jika
‘titik’ dalam lapuran beliau itu berada di atas ‘garisan tengah melintang’
dalam lapuran D.i.S.C.nya. Sebaliknya beliau dikatakan mempunyai Dominance,
Influence, Compliance dan Steadiness yang rendah jika ‘titik’ dalam lapuran
beliau itu berada di bawah ‘garisan tengah melintang’ dalam lapuran
D.i.S.C.nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment