Monday, February 29, 2016
Amalan Asas Program Better.Brighter (Part 3)
Saya yakin bilamana tiga amalan asas yang dinyatakan di
perenggan atas mula menjadi amalan di dalam unit bisnes atau unit mereka, ini permulaan yang sangat baik untuk
mengamalkan apa yang terkandung di dalam Sistem Better.Brighter ini kerana semua
anggota kerja yang terlibat telah punya keyakinan dan bersedia untuk
melaksanakan aktiviti seterusnya.
Kenapa? Seperti saya katakan sebelum ini, bilamana spiritual
dan emotional anggota kerja telah berjaya di ‘engage’kan dengan mengamalkan
tiga amalan asas program Better.Brighter ini, mereka sanggup turuti ketua
mereka ke mana sahaja!
Apa yang perlu dilakukan oleh Ketua Unit Bisnes dan Ketua
Unit ini ialah hanya ‘adopt’ dan ‘adapt’ apa yang terkandung di dalam Sistem
Better.Brighter ini di dalam memimpin Unit Bisnes dan Unit masing-masing.
Dengan izin Tuhan, perlahan-lahan kita bakal menyaksikan satu transformasi
kepimpinan dan transformasi unit bisnes/unit.
Namun, satu renungan untuk Ketua Unit Bisnes/Ketua Unit.
Bagi memudahkan untuk mengasilimasi Sistem Better.Brighter di dalam unit
bisnes/unit mereka, perlu diamalkan kata-kata Jim Collins. Kata beliau, untuk menjadi pemimpin yang berpengaruh,
pertama, kita perlu mempunyai sifat merendah diri (humble) untuk mendengar dan
belajar dari kesilapan kita. Kedua, kita perlu mempunyai stamina yang tinggi
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan (tidak mudah menyerah kalah).
Pastikan anda ‘seronok’ dan bukan terpaksa untuk amalkan
sistem Better.Brighter ini. Anggap ini satu pengembaraan dalam membawa ‘kapal
anda’ (Unit Bisnes/Unit) ke satu destinasi yang anda mahu capai. Apapun, jika anda punya cabaran untuk amal
ini semua, ingatlah kami di TNB Leadership Development Center (LDC) sentiasa
sudi ‘assist’ anda menangani sebarang cabaran yang mendatang. LDC rakan kepimpinan
anda! Kami bukan ‘tukang audit’!
Akhir kata, "Cubalah dan perhatikanlah, nescaya kau
jadi orang yang tahu."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment