Monday, February 29, 2016
Amalan Asas Program Better.Brighter (Part 2)
Dalam banyak perkara perlaksanaan COE ini adalah B.A.U.
kerja hakiki kita namun ianya telah diberi cara pandang baru. Bagi memudahkan
menwujudkan cara pandang baru ini, disyorkan dahulu untuk mengamalkan S.W.O.T.
untuk COE semasa mengadakan mesyuarat unit.
Para ‘Immediate Manager’ perlu sentiasa mengingatkan agar
para anak buahnya untuk mengamalkan ‘Memberi’ dan ‘Bergotong Royong’ (M.G.R.)
semasa melaksanakan S.W.O.T. untuk COE ini.
Amalan COE ini bukankah jika diperhatikan betul-betul bakal
membawa kepada ‘Building Peerformance’ dan ‘Building Growth’?
Tegasnya, tiga perkara yang perlu dilaksanakan sebaik pulang
dari BB ialah;
Salam Semut (Building Trust and Relationship)
S.W.O.T. untuk Packaging Expertise (Building Capacity)
S.W.O.T. untuk COE (Building Performance & Growth)
Saya mesti tegaskan sekali lagi, tiga amalan di atas mesti
diamalkan dan diketuai oleh ‘Immediate Manager’ kerana anak buahnya mahu melihat
samada ketuanya serius untuk mengamalkan idea BB. Amalkan perkara ini dengan
seronok dan bukannya dipaksa.
Tiga amalan ini sebenarnya merupakan kaedah asas bagi para
‘Immediate Manager’ menwujudkan ‘engagement’ anak buahnya terhadap tugas yang
mahu dilaksanakan. Bak kata Dato KJ baru-baru ini, kerja-kerja untuk
‘influence’ anak buah agar ‘engage’ dalam kerja perlu dilakukan sendiri oleh
‘Immediate Manager’ dan tidak boleh di ‘delegate’ kepada orang lain!
Diyakini bila tiga amalan ini kita laksana dengan
berterusan, ianya akan memberi kita kekuatan dan kenikmatan untuk mengamal
idea-idea lain dalam BB ini.
Selepas amalan-amalan asas iaitu Salam Semut, SWOT untuk
‘Packaging Expertise’ (PE) dan SWOT untuk ‘Center of Excellence’ (COE) mula
menjadi amalan di dalam sesuatu unit bisnes itu, ada yang bertanya dengan saya
apakah yang perlu dilakukan selanjutnya?
Bila soalan ini diajukan kepada saya, orang pertama yang
saya nampak ialah Ketua Unit Bisnes (contoh: Pengurus Kawasan Rawang) dan Ketua
Unit di dalam sesuatu Unit Bisnes itu (contoh: Ketua Unit Projek, Ketua Unit
Sengaraan dan lain-lain di dalam Pejabat Pengurus Kawasan Rawang).
Kenapa mereka?
Sebenarnya terhampar di depan mereka satu peluang untuk
pimpin unit bisnes atau unit mereka sendiri sebagai satu entiti perniagaan.
Maksudnya mereka berpeluang untuk asah daya kepimpinan mereka dengan menjadikan
unit bisnes atau unit mereka sebagai satu entiti perniagaan yang
‘menguntungkan’.
‘Menguntungkan’ disini di dalam definasi program
Better.Brighter bermakna berjaya menyampaikan Cadangan Nilai (Value
Proposition) kepada pelanggan – bagi mereka yang mengikuti penerangan Business
Model Canvas sudah pasti faham apa makna Cadangan Nilai ini
Dalam kata lain, jika mereka berjaya menjadikan unit bisnes
atau unit mereka ‘menguntungkan’, dengan sendirinya ini tanda daya kepimpinan
mereka telah berjaya ditambahbaik. Tambah pula ketika ini, TNB sedang rancak
cuba melahirkan sebanyak mungkin pemimpin di berbagai peringkat seperti melalui
inisiatif pencarian CEO.
Adakah mereka nampak peluang ini atau mereka langsung
‘karam’ di dalam kesebokan tugas hingga langsung tidak nampak apa yang berlaku
disekeliling mereka?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment