Monday, February 29, 2016
Amalan Asas Program Better.Brighter (Part 1)
Nota : Artikel ini akan memberi garis panduan untuk
bagaimana mengamalkan Sistem Better.Brighter ini bila pulang dari Program
Better.Brighter.
Saya tertarik dengan satu soalan yang dikemukakan oleh seorang
Pengurus semasa malam ketiga program BB baru–baru ini. “Bagaimana untuk amal
idea-idea BB ini bila pulang nanti?” Soalan ini nampak mudah tetapi ‘not easy’
untuk dijawab agar benar-benar praktikal untuk diamalkan.
Bila direnungkan, sememangnya terdapat banyak idea yang
dikongsi selama 4 hari 3 malam itu. ‘First things first’, agar dapat
menwujudkan keyakinan, kekuatan dan istiqamah dalam mengamalkan idea BB ini
nanti, disyorkan dilaksanakan perkara-perkara berikut terlebih dahulu.
Soal spiritual dan emosional perlu dipupuk dahulu. Maka
mohon diamalkan dahulu salam semut antara anggota kerja secara berterusan.
Amalkan salam semut menuruti kefahaman yang telah dikongsi iaitu bila kita
salam semut, niatkan di dalam hati bahawa kita ‘respect’ fikiran, perasaan,
pilihan dan tindakan sahabat yang didakap itu walaupun ianya berbeza dengan
kita sendiri kerana kita sedar kita semua datang dari latarbelakang yang
berbeza.
Salam semut ini perlu dimulakan amalannya oleh ‘Immediate
Manager’ kerana semestinya anak buah ‘Immediate Manager’ tersebut malu untuk
memulakannya dahulu.
Perkara kedua yang perlu diamalkan bila kita pulang dari BB
ialah melaksanakan ‘Packaging Expertise’. Di dalam amalan Packaging Expertise’
ini pula, mulakan dengan merangka S.W.O.T. masing-masing bagi mengenali
matlamat yang mahu dicapai di dalam tugas dengan serta merta.
Para ‘Immediate Manager’ perlu prihatin mengenai
perlaksanaan S.W.O.T. anak buahnya. ‘Immediate Manager’ perlu bertindak sebagai
sahabat atau abang/kakak dan bukannya sebagai ‘boss’ semasa membuat susulan
S.W.O.T. ini. Bila ini dilakukan oleh ‘Immediate Manager’ secara berterusan,
akan wujud keyakinan di dalam diri anak buahnya bahawa ketuanya memang prihatin
dengan dirinya.
Satu perkara menarik bila amalan-amalan Salam Semut dan
S.W.O.T. untuk Packaging Expertise ini mula diamalkan secara berterusan, akan
wujud hubungan dan keyakinan secara spiritual dan emosional antara ‘Immediate
Manager’ dan anak buahnya.
Jika diperhatikan, amalan salam semut ini akan membawa
kepada ‘Building Trust and Relationship’ manakala amalan S.W.O.T. untuk
Packaging Expertise pula akan membawa kepada ‘Building Capacity’.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment