Kaedah penetapan matlamat meneggunakan alat S.W.O.T.
Monday, February 29, 2016
Program Better.Brighter – Penetapan Matlamat – S.W.O.T. (Siri 25)
Kaedah penetapan matlamat meneggunakan alat S.W.O.T.
(Nota: Kaedah penetapan matlamat ini akan menumpukan
penetapan matlamat di dalam cabang hidup kerjaya. Namun dengan kaedah yang sama
juga, kaedah ini boleh digunakan untuk menentukan matlamat dalam cabang hidup
yang lain.)
Berdasarkan rajah di atas, berikut diterangkan langkah demi
langkah kaedah penetapan matlamat di tempat kerja yang dilaksanakan oleh
‘Azam’;
1. Azam menyenaraikan segala kekuatan dan kelebihan
beliau dalam kerja di dalam kuadran ‘Strength’.
2. Azam menyenaraikan segala kelemahan dan
kekurangan beliau dalam kerja di dalam kuadran ‘Weaknesess’
Bagi Azam menyenaraikan perkara 1 dan 2 di atas, Azam perlu
mengambilkira 2 perkara berikut. Pertama, berdasarkan pengalaman masa lalu,
Azam perlu beri masa antara 2 hingga 4 minggu bagi menyenaraikan ‘Strength’ dan
‘Weaknesess’ beliau. Ini adalah agar tidak ada ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ yang
terlepas pandang. Kedua, Azam perlu meminta tolong sahabat beliau dalam
menyenaraikan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ beliau kerana sahabat beliau lebih
nampak ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ yang
ada pada beliau.
Selepas Azam berjaya menyenaraikan ‘Strength’ dan
‘Weaknesess’ beliau ini, buat pertama kali di dalam hidupnya, Azam jelas dengan
baik buruk beliau di dalam tugas. Ini sudah tentu menimbulkan keinginan dan gambaran
jelas perkara apa yang perlu ditambahbaik di dalam tugas beliau.
3. Senaraikan segala ‘Threat’ yang dialami oleh
Azam didalam kuadran ‘Threat’.
Berdasarkan kepada senarai ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ ini,
(dua perkara ini berada di dalam diri Azam), maka datang ‘Threat’ atau ancaman
dari luar diri Azam disebabkan kewujudan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ di dalam
diri Azam. Perlu diingatkan disini, setiap ‘Threat’ yang disenaraikan oleh Azam
di dalam kuadran ‘Threat’ mestilah mampu ditunjukkan kaitannya dengan salah
satu atau gabungan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ yang disenaraikan terdahulu.
Selepas mengisi ke tiga-tiga kuadran terdahulu (kuadran
Strength, Weaknesess dan Threat), pada ketika ini, Azam sudah mendapat gambaran
latarbelakang beliau di dalam kerjanya sendiri. Berpandukan latarbelakang ini,
Azam perlu …
4. Menyenaraikan segala matlamat yang mahu dicapai
di kuadran ‘Opportunities’ berpandukan senarai yang terkandung di dalam kuadran
Strength, Weaknesess dan Threat.
Sebagai contoh, disebabkan Azam tidak mahir menggunakan
perisian ‘powerpoint’ (maklumat dari kuadran ‘weaknesess’, maka Azam memasang
matlamat untuk memahirkan diri di dalam menggunakan perisian ‘powerpoint
(disenaraikan di dalam kuadran ‘opportunities’
Namun matlamat seumpama ini (memahirkan diri di dalam
powerpoint) tidak jelas. Tidak jelas disini bermakna matlamat ini tidak
mempunyai tanda pencapaian dan tarikh pencapaian yang nyata. Maka matlamat yang
jelas mempunyai dua kriteria iaitu;
a. Tanda pencapaian. Ianya bermaksud matlamat itu perlu
dinyatakan di dalam salah satu 5 bentuk yang dinyatakan iaitu pengiktirafan
(sijil), produk, servis, perundingan atau modul seminar. Tanda pencapaian ini
tidak boleh dibuat dalam pencapaian pangkat atau anugerah kerana walaubagaimana
bagus kita sekali pun, belum tentu TNB mahu berikan kepada kita. (Perhatian:
Tanda pencapaian di dalam salah satu 5 bentuk ini adalah didalam kawalan kita).
b. Tarikh
pencapaian. Tanpa menyatakan tarikh pencapaian yang nyata, maka fikiran kita
akan mudah terjebak ke dalam tarikan zon selesa. Tarikh yang nyata menyediakan
satu tekanan positif bagi kita serius untuk mencapai matlamat tersebut.
Sudahnya satu contoh matlamat yang jelas (seperti di dalam
rajah SWOT di atas) ialah ‘Menyiapkan modul asas dan cara guna 5S (Tanda
Pencapaian: Modul siap) pada 29 hb Jun 2016 (Tarikh pencapaian).
Bagi menguji samada matlamat ini benar-benar dimahukan Azam,
maka Azam harus mengajukan soalan-soalan berikut terhadap matlamat yang telah
dikenalpasti;
a. Adakah matlamat ini bakal mengurangkan atau
menghapuskan antara ancaman yang tersenarai dalam kuadran ‘threat’? (Ujian
untuk logik-menteri)
b. Adakah matlamat ini tidak melanggar perintah
Tuhan dan mengambil hak orang lain? (Ujian untuk spiritual- raja)
c. Adakah matlamat ini membuatkan anda benar-benar
bahagia atau gembira jika mencapainya? (Ujian untuk emosi-genie)
d. Adakah anda mempunyai kesihatan dan wang ringgit
untuk mencapai matlamat ini? (Ujian untuk fizikal-rakyat)
Sekiranya Azam mengiyakan kepada keempat-empat soalan ini,
maka ini menandakan matlamat ini baik untuk Azam dan dengan izin Tuhan, Azam
akan mampu menghadapi sebarang cabaran di dalam usaha untuk mencapainya kerana
memang jelas Azam mahukan matlamat ini!
Bilamana logik, emosi, spiritual dan fizikal Azam seiya
sekata atau berpadu mahukan matlamat ini, keadaan ini dikatakan sebagai Azam
sedang meraikan kehidupannya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment