Monday, February 29, 2016
Program Better.Brighter – Rumusan Building Capacity (Siri 26)
Berdasarkan rajah di atas, dapatlah dirumuskan bahawa
bilamana kita semua di dalam TNB ini melaksanakan Packaging Expertise untuk
diri kita sendiri, maka dengan sendirinya makna ‘Building Capacity’ ini akan
tercapai.
Apapun, penting sangat pulang sahaja daripada program
Better.Brighter ini, kita semua mesti laksanakan apa yang disarankan di dalam
rajah di atas agar kita tidak ‘sejuk’. Rugi besar jika ini kita tidak di ambil
tindakan teruntama kepada diri sendiri.
Apapun, satu perkara perlu sangat diambil perhatian. Apakah SEBAB kita sendiri (hal logik -
Menteri) yang MENYEBABKAN kita mahu
laksana Packaging Expertise? Perlu difahami, lain orang lain SEBAB nya. Tak mungkin sama.
Juga, SEBAB ini
mesti cukup kuat hingga mampu menyentuh emosi (Genie) dan spiritual (Raja) diri
kita sendiri.
Jika SEBAB ini
tidak cukup kuat, memang kita tidak punya kekuatan yang diperlukan untuk capai
Packaging Expertise kita akibat tarikan zon selesa! Fikirkan ...
Sebenarnya kepentingan melaksanakan ‘packaging expertise’
untuk diri sendiri pernah disuarakan oleh Steve Jobs seperti kata-katanya
dibawah ini.
Sedarilah! Dalam kerjaya, kita punya dua pilihan. Pertama
melihat kerja semata-mata hanya mahu mengejar pangkat. Kedua melihat kerja
sebagai peluang untuk meningkat ilmu dan kemahiran.
Sebaliknya, jika kita menumpukan kepada soal
mempertingkatkan ilmu dan kemahiran, jelas dari rajah di atas bahawa peluang ini
sebenarnya bertambah besar dengan peredaran masa. Ini sudahnya memudahkan untuk
mengamalkan ‘Abundant Mentality’ (Satu cara fikir yang senang berasa cukup
dalam hidup)
Sedarilah! Usaha untuk melaksana ‘packaging expertise’ ini
umpama satu larian marathon iaitu usaha ini perlu dibuat secara berterusan
dengan ‘steady’ iaitu bukan laju atau perlahan. Usaha ini tidak boleh dilakukan
dengan tergesa-gesa seperti larian 100 meter kerana ianya bakal memudahkan kita
tersungkur (cepat patah semangat) dalam melaksanakannya. Rujuk rajah di bawah.
Akhir sekali, renungi kata-kata di bawah ini. Jika kita
harus gantungkan kata-kata ini di dinding, lakukan! Kerana kata-kata ini sangat
penting untuk kita pegang dalam hidup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment