Tuesday, March 1, 2016
Masa 2.0
Demi masa..
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan..
Yang beriman dan beramal saleh
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Kalimah – kalimah ini memperlihatkan oleh manusia bahawa
masa itu amat sangat penting. Kita selalu berkata, ‘Masa itu emas.’ Akan
tetapi, kita tidak boleh membelinya. Masa juga, bukan milik manusia. Jika masa
milik manusia, alamatnya manusia boleh menggunakan masa dengan sesuka hati.
Boleh putarkan masa ke bila – bila masa dengan kehendak diri.
Masa itu bukan berjalan dan bukan berlari. Sebaliknya, masa
itu tidak akan berhenti.. sekalipun manusia itu mati. Masa, itu tidak pernah
tidur. Yang tidur hanyalah kita. Dek kerana itu, ramai yang mengeluh ‘tidak
cukup masa’. Bukan kerana ‘tidak cukup masa’, tetapi kita telah memperlekehkan
masa itu sendiri. Kita buang masa!
Jadi… seharusnya
bagaimana?
Manfaatkanlah masa!
Dahulu, kini, dan kemudian. Ini adalah fasa masa yang boleh
mengubah seseorang. Tapi, manusia sering dihantui tentang masa – masa yang
sudah terjadi dan belum terjadi. Akhirnya, tergadailah masa kini.
Jangan begitu…
Ambilah kebaikan daripada masa dahulu, untuk merubah yang
kini dan yang akan membentuk diri pada kemudian hari. Jangan dipinggirkan,
ditinggalkan kesemuanya. Kerana, semua itu bernilai meskipun kita sudah
ketinggalan.
Bagi yang
memanfaatkan masa, tahniah. Bagi yang ketinggalan masa, berubahlah. Bagi yang
lebih masa, lebihkanlah ibadah. Kerana, kita akan ditanya kelak tentang apa
yang kita lakukan. Pertanyaan yang merujuk pada penggunaan masa.
Manfaatkanlah masa.
Tidak kira apa jua. Orang yang berjaya, adalah orang yang mampu manfaatkan
masanya. Maka terteralah ayat ‘manusia yang baik, adalah manusia yang mampu
memanfaatkan orang lain.’ Jadi, jika kita manfaatkan masa, tidak mustahil kita
mampu manfaatkan apa – apa yang ada disekeliling kita.
Masa..
Pergi menjauh dari sisi
Tetapi..
Aku berjanji dan aku tidak akan berhenti
Dan akan terus mempeduli
Untuk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment