Wednesday, March 2, 2016
Program Better.Brighter – Center of Excellence Part 1 (Siri 27)
Kita katakan sebelum ini bahawa untuk menetapkan matlamat
peribadi diri dalam tugas ialah dengan menggunakan kaedah Packaging Expertise,
maka penetapan matlamat secara berpasukan dalam tugas ialah dengan menggunakan
kaedah Center of Excellence.
Apa itu Center of Excellence (COE)?
Secara asasnya, COE bermaksud saya dan pasukan saya (pasukan
bersamaan dengan unit atau unit bisnes) berusaha untuk menjadikan pasukan kami
menjadi Pusat Kecemerlangan (COE). Tanda bahawa pasukan kami menjadi Pusat
Kecemerlangan ialah bilamana SIKAP dan HASIL pasukan kami mencapai piawaian
yang ditetapkan. Ini sudahnya menjadikan pasukan kami menjadi sumber rujukan
kepada orang lain bagi mencapai tahap Pusat Kecemerlangan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bilamana pasukan kami
menjadi Pusat Kecemerlangan, secara langsung mahupun tidak langsung membuatkan
pasukan kami mampu ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’ di dalam tugas
kami.
‘Building Performance’ dalam tugas kami bermaksud kami mampu
untuk mengekalkan prestasi kerja berdasarkan piawaian usaha perniagaan yang
ditetapkan. Manakala ‘Building Growth’ bermaksud kami mampu mengadakan
pertumbuhan di dalam sektor usaha perniagaan pasukan kami.
Bagaimana untuk mencapai tahap COE ini?
Jika diperhalusi amalan COE ini, ianya merupakan apa yang
kita lakukan dalam tugas kita sekarang. Inilah sebenarnya kerja harian kita.
Namun, dalam banyak perkara kita lihat anggota kerja TNB tidak mampu untuk
menwujudkan sikap ‘passionate’ dalam tugas mereka. Tahap terbaik yang mampu
dicapai kebanyakan anggota kerja hanyalah tahap ‘compliance’ dalam tugas
mereka.
Itulah, bagi menwujudkan tahap ‘passionate’ dalam kerja dan
menwujudkan hasil kerja yang bertahap ‘world’ ini, dinyatakan berikut resepi
kejayaan COE yang perlu dituruti oleh sesuatu pasukan dalam TNB ini. Resepi
kejayaan COE ini ialah seperti dipaparkan dalam rajah di bawah;
Berdasarkan kepada rajah di atas, dapat dilihat bahawa resepi
kejayaan COE ini ialah dengan melaksanakan pendekatan menyeluruh terhadap
seseorang anggota kerja itu. Wujud satu kaedah khusus bagi mempengaruhi
seseorang anggota kerja itu pada tahap intelektual, emosional dan spiritualnya
lalu mengakibatkan beliau bertindak sungguh-sungguh dalam tugasnya yang
sudahnya bakal membawa tercapai hasil kerja yang diingini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment