Saturday, March 26, 2016
Program Better.Brighter – Center of Excellence Part 3 (Siri 29)
Perlaksanaan COE pada peringkat Emosional
Bila bercakap mengenai emosional, kita bercakap tentang soal
apakah para pemimpin perlu lakukan untuk menyentuh emosi yang dipimpin agar
timbul keinginan untuk turut serta dalam melaksanakan aktiviti ‘Center of
Excellence’ ini. Barang diingat, dalam banyak perkara, yang dipimpin akan hanya
kisah untuk melaksanakan aktiviti ‘Center of Excellence’ ini bilamana mereka
mula melihat bahawa pemimpin mula kisah dengan diri mereka.
Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh pemimpin?
Dalam program ini, ditekankan agar pemimpin melaksanakan apa
yang dinamakan sebagai empat AM iaitu, SALAM, TAAM, IKRAM dan KALAM.
SALAM bermaksud pemimpin akan sentiasa mengutamakan memberi
ucapan selamat atau salam kepada yang dipimpin. Contoh aktiviti SALAM ialah
salam semut, memberi salam atau selamat pagi.
TAAM bermaksud pemimpin sentiasa memberi makan atau belanja
makan mereka yang dipimpinnya. Sebut pasal makan, manusia itu tidak kira apa
juga bangsanya, akan cepat ‘lembut’ bila dibelanja makan. Perhatikan keadaan
sekeliling anda. Pasti anda sedar akan hakikat ini.
IKRAM bermaksud pemimpin memberi layanan kepada yang
dipimpin. Contoh layanan ialah sungguh-sungguh mendengar kata-kata yang
dipimpin, melawat pimpinannya yang
sakit, mengutamakan yang dipimpin bilamana ada majlis keraian dan sebagainya.
KALAM bermaksud pemimpin berkomunikasi dengan penuh hikmah
dan hemah dengan yang dipimpinnya. KALAM disini jugabermaksud pemimpin selalau
berdoa untuk kesejahteraan yang dipimpinnya.
Empat perkara ini perlu dilakukan oleh pemimpin bukan dengan
nada terpaksa tetapi lakukanlah bersahaja
dengan hati yang rela dan ikhlas. Apapun
memang jelas, senang kita bercakap untuk melaksanakan perkara-perkara ini
tetapi ianya sangat memerlukan kita mengenepikan ego diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment