Bila setiap anggota kerja itu mempunyai niat untuk memberi, maka adalah lebih mudah untuk memberi jika mereka memberi secara gotong royong. Kerja susah akan menjadi lebih mudah dan masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja itu menjadi lebih singkat.
Saturday, March 26, 2016
Program Better.Brighter – Center of Excellence Part 2 (Siri 28)
Perlaksanaan COE pada peringkat Spiritual
Bila bercakap mengenai spiritual, kita bercakap tentang soal
apakah pilihan atau niat hati. Pada peringkat ini, disyorkan agar para pemimpin
sesuatu pasukan menggalakkan anggota kerjanya memasang niat untuk memberi dan
gotong royong dalam melaksanakan tugas mereka.
Kenapa Memberi dan Gotong Royong?
Selalu kita lihat anggota kerja dalam tugasnya hanya
sentiasa melaksanakan tugasnya berdasarkan apa yang disuruh oleh ketuanya
sahaja. Jarang sekali mereka punya keinginan untuk melakukan kerja melebihi apa
yang disuruh. Sudahnya, mentaliti sebegini akan membuatkan anggota kerja itu
menjadi bosan dengan kerjanya lalu menghasilkan hasil kerja yang ala kadar
sahaja.
Bagi menangani isu ini, bilamana seseorang anggota kerja itu
mula mempunyai niat untuk memberi dalam
tugasnya, dengan serta merta dunia pekerjaannya menjadi lebih luas dan rasa
bertanggungjawab mula timbul dalam dirinya.
Dengan niat memberi, mereka juga mulai sedar bahawa mereka
mahu memberi yang terbaik untuk TNB tetapi kerana Tuhannya tanda syukur atas
nikmat yang Tuhan telah berikan kepadanya. Ini sudah tentu membuatkan mereka
tidak berkira di dalam tugasnya kerana mereka sedar bilamana mereka memberi,
mereka pasti akan menerima kembali dari Tuhannya.
Hanyanya mereka menyerahkan kepada Tuhannya untuk apa yang
bakal diterimanya. Mereka sedar apa yang bakal diterima itu mungkin datang
melalui TNB atau di luar TNB. Mereka memahami hakikat ini kerana mereka sedar
segalanya milik Tuhan dan terpulang kepada Tuhan untuk memberi mereka dalam
bentuk yang ditetapkan Tuhannya.
Bila setiap anggota kerja itu mempunyai niat untuk memberi, maka adalah lebih mudah untuk memberi jika mereka memberi secara gotong royong. Kerja susah akan menjadi lebih mudah dan masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja itu menjadi lebih singkat.
Bagi memudahkan anggota kerja mengingati niat memberi dan
gotong royong ini, maka disyorkan menampal wajah pelakun tersohor filem Tamil
bernama MGR. Bukankah MGR itu singkatan dari perkataan Memberi dan Gotong
Royong?
Jika kita mengkaji riwayat hidup MGR ini, kita dapati dia
bukan sahaja merupakan seorang pelakun yang hebat, malah kisah hidupnya diluar
filem ialah beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri negeri Tamil
Nadu iaitu sebuah negeri di selatan
India.
Sesuatu yang menarik tentang MGR ini ialah baik dalam filem
mahupun di luar filem, beliau sangat
mengutamakan memberi dan bila memberi beliau akan mengajak orang lain untuk
sama-sama bergotong royong untuk menberi.
Jadi bukan semata-mata satu kebetulan kita menggunakan wajah
MGR untuk mengingati konsep memberi dan gotong royong ini. Malah kita boleh
menjadikan beliau sebagai idola kita bilamana bercakap tentang konsep memberi
dan gotong royong ini. Walaubagaimana nama MGR sebenarnya ialah Marudur Gopalamenon Ramachandran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment