Thursday, April 21, 2016
Program Better.Brighter – Center of Excellence Part 6 (Siri 32)
Borang Perlaksanaan Cadangan
Nilai (S.W.O.T.)
Bagi mengenalpasti perkara atau
projek yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pembinaan Cadangan Nilai, borang
S.W.O.T. digunakan. Sila rujuk rajah di bawah
Langkah pertama untuk menentukan
perkara atau projek ini ialah dengan menentukan apakah kekuatan dan kelemahan
yang ada pada pasukan kita dalam usaha untuk membina cadangan nilai. Bagi
membantu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan tersebut, gunakan kriteria
seperti yang dinyatakan dalam rajah di bawah;
Selepas mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan, tentukan pula apakah ancaman yang dihadapi oleh pasukan
disebabkan oleh kekuatan dan kelemahan itu tadi. Perlu dingatkan bahawa
kekuatan dan kelemahan itu merupakan SEBAB manakala ancaman itu pula adalah
AKIBAT yang diterima. Perlu diingatkan bahawa ancaman ini datang dari pelanggan
disebabkan ketidakupayaan kita menyampaikan cadangan nilai itu kepada mereka.
Sila rujuk rajah di bawah;
Perlu diingatkan bahawa segala
kekuatan, kelemahan dan ancaman ini merupakan ‘bahan mentah’ dalam usaha untuk
menentukan perkara atau projek yang perlu dilaksanakan bagi mencapai cadangan
nilai.
Berikutnya, berdasarkan ‘bahan
mentah; ini, gunakanlah kaedah ‘pembinaan perhubungan’ (relationship building)
bagi menentukan perkara atau projek yang perlu dilaksanakan. Sebagai contoh,
projek ‘semua anggota kerja sumber manusia mendapat Sijil Program
Better.Brighter pada 30hb Jun 2016’ berasal dari ‘Budaya Bangau’ (Kelemahan)
Sila rujuk rajah di bawah;
Perlu diingatkan disini, semua
perkara atau projek ini perlu berada di dalam bidang kuasa kumpulan.
Walaubagiamanapun, bagi perkara atau projek yang di luar bidang kuasa pasukan yang
mesti diaksanakan kerana tanpanya pasti menggugat tugas pasukan, cukup dengan
melaksanakan pengumpulan data yang menunjukkan kegagalan perkara tersebut
semasa didalam tugas yang menyebabkan kerja terganggu. Data ini digunakan
sebagai bukti kepada pihak pengurusan yang lebih tinggi agar mereka benar-benar
mengambil tindakan terhadap perkara itu.
Sekiranya, pihak pengurusan
atasan tidak mengambil tindakan terhadap apa yang dibuktikan oleh data
tersebut, disyorka agar pasukan terus mengumpul data tersebut kerana data
tersebut boleh dijadikan sebagai bukti bilamana berlakau kejanggalan dalam
tugas tersebut.
Bagi membantu pasukan menentukan
perkara atau projek yang benar-benar mampu membina cadangan nilai tersebut,
gunakanlah maklumat seperti di dalam rajah di bawah sebagai pedoman dalam
menentukan perkara atau projek tesebut;
Akhir sekali, bagi memastikan
setiap perkara atau projek itu meneruti amalan ISO, disyorkan mengkategori
setiap perkara dan projek berdasarkan panduan seperti yang dinyatakan dalam
rajah dibawah;
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment