Wednesday, June 1, 2016
Pekerja Bagaimana Yang Boss Mahu?
Sempena dengan siapnya nota Better.Brighter ini, saya tertarik dengan perkongsian seorang sahabat tentang satu artikel di dalam akhbatr SINAR HARIAN (saya yakin kalau beliau baca artikel ini, beliau akan tersenyum). Mari sama-sama kita renungkan maksud artikel ini dan apakah kaitannya dengan idea-idea yang ada dalam program Better.Brighter itu sendiri ...
SAYA berjumpa dengan kawan lama, Hussaini melalui staf saya
yang menemubual beliau untuk suatu tugasan. Baharu saya dapat tahu yang dia
sudah lama berjaya dalam perniagaan.
Sejak dulu lagi, dia jenis lelaki yang sentiasa on-the-go.
Suka bertukar kerja hingga saya pernah menganggap yang Hussaini akan lambat
‘jadi orang'.
Tetapi kini… bayangkan, jika dia mampu mengimport tiga
kontena pakaian setiap bulan untuk butik-butiknya, saya kira dia adalah seorang
jutawan senyap.
Saya mengajak Hussaini keluar minum apabila dia berkunjung
untuk suatu urusan di Shah Alam. Pakaiannya simple seperti orang biasa. Yang
tampak sedikit luarbiasa ialah telefon pintar xperia-z5-premium-dualnya.
Kami berbual fasal kerja dan kerjaya. Lantas menyentuh
mengenai pencari-pencari kerja pada hari ini. Katanya, di sebalik sukarnya
graduan memperoleh kerja, ada ramai lagi graduan yang tidak bekerja kerana
terlalu memilih. Ramai yang mahu jadi pekerja kolar putih, sedangkan peluang
untuk pekerjaan kolar biru banyak berlambak.
Saya sempat mengunjuk satu kajian dijalankan oleh portal
mencari kerja JobStreet.com Malaysia kepadanya. Kajian yang melibatkan 7,958
responden, mengumpul maklumat 10 syarikat manakah yang paling diidamkan oleh
rakyat negara ini bagi membentuk kerjaya. Syarikat-syarikat yang digemari
adalah Public Bank, Tenaga Nasional Berhad, Intel, Nestle, Air Asia, Maybank,
Sime Darby, Google, Shell dan Petronas.
Menurut laporan itu, di antara faktor yang menarik calon
untuk memilih sesebuah syarikat itu adalah faktor gaji, ganjaran, insentif,
budaya, suasana kerja, perkembangan kerjaya dan reputasi syarikat tersebut.
Biasalah bagi kebanyakan calon, apa yang menjadi perkara pokok ialah
pendapatan. Mereka mahu gaji yang besar apabila memilih sebuah syarikat yang
besar.
Hussaini tergelak kerana ramai yang mahu bekerja di tempat
yang besar, tetapi tidak sanggup membesarkan fikiran dan impian masing-masing
agar setanding dengan kehendak syarikat yang dianggotainya. Katanya, apabila
seseorang itu berjaya terpilih untuk bertugas di sesebuah syarikat, ia belum
membuktikan apa-apa.
Dia tidak boleh lagi bersandar kepada dokumen-dokumen yang
tampak bagus di kertas dan kemahiran menjawab soalan ketika temuduga.
Dokumen-dokumen kelayakan dan soal jawab pada sesi temuduga hanyalah proses
membuka pintu hingga calon itu dibenarkan masuk untuk bertugas.
Calon itu sebenarnya
hanya berjaya dari segi personalitinya. Belum lagi apa-apa. Yang mahu dilihat
majikan ialah sikapnya. Sebab, jika diukur daripada segi kelulusan semata-mata,
ada berpuluh calon lain yang punyai kelulusan serupa mahupun yang lebih baik
tatkala proses temuduga berlangsung. Kerana itu, dia hanya bernasib baik kerana
terpilih, Mungkin yang terbaik di antara yang baik.
Sebagai seorang majikan kepada lebih 100 orang pekerja,
Hussaini memerhati pekerjanya dari hari pertama. Yang dikenal pasti ialah
kedatangan. Apakah datang awal dan balik lewat dari waktu pejabat? Itu ciri
pertama yang menggambarkan seseorang itu berminat dari untuk bekerja. Ada
ciri-ciri keusahawanan kerana seseorang usahawan bekerja tidak mengira waktu.
Kedua ialah ketepatan masa samada ketepatan masa menghadiri
mesyuarat, menyiapkan tugas mahupun ketepatan masa menunaikan solat. Seandainya
jam bukan menjadi rujukan seseorang pekerja, seseorang itu tidak boleh menjadi
anggota pasukan kerja.
Ketidaktepatan waktu mungkin sekali menjadikan dia punca
kelewatan seluruh organisasi.
Menurut Hussaini, perkara ketiga yang dimahunya ialah rasa
empunya seseorang terhadap tugasnya. Rasa empunya ini bakal mencetuskan rasa
ketaatan yang tidak berbelah bahagi.
Menurutnya, dia sendiri perlu tekun dan fokus dengan misi
dan visi syarikatnya kerana ini adalah periuk nasinya. Jika kesemua warga
kerjanya punyai rasa sebegitu, insya-ALLAH poket masing-masing akan dapat
dipenuhkan pada setiap bulan.
Dan akhir sekali ialah pick-up. Maksud Hussaini, kemahiran
untuk mentafsir apa yang diimpikan oleh majikan hingga menjadikan ia realiti.
Dalam memberi tugasan, seseorang ketua mungkin melihat dari
sudut teori. Seseorang pekerja yang baik mampu menzahirkan idea majikannya
hingga menjadi realiti. ‘Bagaimana maksudnya?’ tanya saya. Jawab Hussaini,
andainya bos itu sultan dan pekerja itu bendahara dan suatu hari, sultan
terpandang buah nangka di atas pokok lalu berkata, ‘Cantik sungguh buah nangka
itu, bendahara.’ Tanpa menjawab, si bendahara terus memetik nangka, membelah
lalu mempersembahkannya kepada sultan lalu berkata, ‘Dipersilakan untuk santap,
tuanku!’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tanda org bijak
ReplyDeleteniat
hukum memberi dan menerima
perubahan
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteGiaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.