Wednesday, June 1, 2016
Program Better.Brighter – Masa – Satu Renungan (Siri 37)
Bila kita sebut soal masa, sedarilah masa kita di atas dunia
ini kian lama kian singkat. Jika kita bertangguh untuk melaksanakan apa yang
kita hajati seperti matlamat (Packaging Expertise) atau projek (Center of
Excellence), semestinya kita akan lebih tertekan untuk mencapainya kerana masa
kita kian singkat.
Bagi menimbulkan kesedaran tentang soal masa ini,
sebaik-baiknya kita muhassabah diri sendiri tentang masa dengan bertanya kan
pada diri sendiri terhadap empat soalan berikut.
Katakan, jika kita mesti tinggalkan dunia ini (meninggal
dunia) dalam masa 15 minit dari sekarang, apakah jawapan anda kepada
soalan-soalan berikut;
Soalan pertama sebenarnya berkaitan dengan soal adakah kita
jelas dengan apakah perkara penting di dalam hidup kita ini. Semestinya perkara
penting di dalam hidup kita itu sahajalah yang menjadi wasiat atau pesanan kita
kepada mereka yang kita tinggalkan. Persoalannya jika kita tidak jelas atau
tidak tahu apa yang penting di dalam kehidupan ini, kita akan hanya
mensia-siakan masa di dalam kehidupan ini.
Soalan kedua pula sebenarnya mahu melihat mutu perhubungan
kita dengan orang lain. Semestinya orang yang punya hubungan yang rapat dengan
kita sahaja benar-benar rela untuk menghantar kita ke tanah perkuburan sebagai tanda
penghormatan terakhir mereka kepada kita. Kenapa soal perhubungan dengan orang
lain ini penting bila kita bercakap soal masa? Lagi ramai kita punya hubungan
baik atau rapat dengan orang lain, bukankah lagi mudah kita melaksanakan
sebarang tugas yang melibatkan mereka. Sudahnya bukankah perhubungan baik itu
amat kritikal bagi melaksanakan kerja dalam masa yang paling optima?
Perhubungan Baik – Hasil Baik. Perhubungan Buruk – Hasil Buruk!
Soalan ketiga pula membicarakan adakah di dalam hdup ini kita
sentiasa bersedia membuat persediaan untuk meninggal dunia baik soal fikiran,
perasaan, spiritual atau fizikal? Bukan itu sahaja adakah kita telah membuat
persedaan untuk meninggalkan bekal secukupnya kepada mereka terutamanya orang
yang kita sayangi? Orang yang punya fikiran sebegini sudah tentu tidak akan
membuang masa untuk berusaha kerana beliau sedar beliau boleh dipanggil
Tuhannya bila-bila masa sahaja.
Soalan keempat ini pula membicarakan tentang bagaimanakah
corak perasaan diri sendiri di dalam kehidupan ini. Jika kita lihat tentang
tiga soalan pertama, bukankah tiga soalan pertama ini adalah cerita keselruhan
kehidupan kita sendiri? Semestinya perasaan yang timbul semasa menjawab tiga
soalan pertama itu melambangkan pula perasaan yang dominan di dalam kehidupan
kita juga. Perasaan ini pula melambangkan samada kita serius dengan kehidupan
atau sebaliknya. Seorang yang serius dengan kehidupan semestinya tidak akan
mebuang masa!
Akhir kata, saya teringat kata-kata seorang pujangga barat.
Kata beliau, “How we spend our days is, of course, how we spend our lives!”
Fikirkan …
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment