Wednesday, June 1, 2016
Program Better.Brighter – Pembentukan Passion (Siri 36)
Apa itu
Passion atau ‘Nyala Rasa’ itu?
Orang yang
ada passion ini sebenarnya ibarat orang yang sudah jatuh cinta terhadap
matlamat atau projek yang beliau perlu capai. Orang yang ada passion ini
sebenarnya benar-benar serius, benar-benar penuh emosi dan laksanakan apa yang
patut dilaksanakan tanpa bertangguh. Pernahkah kita mengalami saat-saat
sebegini di dalam kehidupan kita sebelum ini?
Sekiranya
kita pernah mengalami saat-saat sebegini sebelum ini, bukankah mudah untuk kita
mencapai apa yang dihajati?
Ramai orang
membicarakan soal passion ini dan ramai juga orang mengesyorkan agar punya
passion dalam apa yang dilaksanakan. Mudah bercakap agar punya passion di dalam
tugas tetapi adakah kita jelas-sejelasnya bagaimana mahu membentuk passion
dalam diri?
Bagi
memahami bagaimana passion itu
terbentuk, sila rujuk rajah dibawah;
Berdasarkan rajah di atas, ambil tindakan dengan segera
sebaik sahaja kita telah menetapkan matlamat atau projek itu. Bila ini
dilakukan, di dalam perjalanan menuju pencapaian matlamat atau projek itu nanti,
kita bakal melihat perkara baru atau cara pandang baru yang positif tentang
matlamat atau projek kita itu.
Perkara baru dan cara pandang baru ini tidak mungkin kita
akan perolehi jika tidak memulakan langkah bertindak. Bilamana kita berterusan
mengambil tindakan, lama kelamaan perkara baru dan cara pandang yang kita temui
di sepanjang perjalanan menuju pencapai matlamat atau projek itu bakal
menimbulkan suka (bahasa fikiran sedar atau ‘menteri’)
Bilamana suka ada dalam diri kita, sudah semestinya kita
tidak akan berhenti atau berpatah balik. Suka akan membuatkan kita terus
mengambil tindakan. Ini bakal membawa kita bertemu dengan lebih lagi perkara
baru dan cara pandang baru positif tentang matlamat atau projek kita itu.
Lama kelamaan, suka di dalam diri itu bakal bertukar menjadi
perasaan cinta (bahasa fikiran separuh sedar atau ‘genie’). Perasaan cinta
inilah yang dinamakan sebagai passion. Bila passion sudah ada di dalam diri,
kita bakal melihat diri kita akan bertindak laju bagi mencapai matlamat atau
projek tersebut.
Jadi apakah rahsia untuk membentuk passion di dalam diri?
Mudah sahaja! Mulakan ambil tindakan! Benarlah kata-kata pujangga barat iaitu,
“Don’t worry that you are not strong enough before you begin. It is in the
journey that God makes you strong!” atau dalam kata lain, “Jangan khuatir jika
anda tidak kuat semasa anda baru bermula. Di dalam perjalanan itu nanti Tuhan
akan membuatkan anda kuat!”
Beritahu kepada diri sendiri berkali-kali bahawa kita mampu
capai apa sahaja yang kita mahukan! Bersemukalah dengan ketakutan atau ‘fear’
yang dihadapi kerana ‘FEAR’ itu bermakna ‘False Evidence Appear Real’!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment