Wednesday, June 1, 2016
Program Better.Brighter – Susulan (Siri 38)
Perlaksanaan aktiviti-aktiviti di atas sebenarnya merupakan
tuntutan kepada kita untuk melaksanakan perubahan. Bila bercakap tentang perubahan ini pula,
kita perlu jelas tentang dua perkara iaitu Mengapa (WHY) perlu berubah dan
Bagaimana (HOW) perlu berubah.
Sebelum ini, ada dinyatakan di awal nota Program
Better.Brighter itu bahawa …
“Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu
berubah, tetapi mereka tidak nampak keperluan mengapa (WHY) perlu berubah dan tidak tahu bagaimana (HOW)
berubah.”
Kenapa
begitu?
Setiap orang itu punya cara pandang berbeza bila bersemuka
dengan satu idea yang sama. Bila berbeza cara pandang, ianya akan memberi WHY
yang berbeza dalam menggunapakai idea itu untuk berubah. Yang jelas, ada WHY
yang kuat dan ada WHY yang lemah.
Kajian menunjukkan mereka-mereka yang berubah ini punya WHY
untuk berubah yang sangat kuat berbanding mereka yang tidak berubah.
Bukan itu sahaja, mereka yang mampu berubah ini selalunya
punya WHY untuk berubah yang sangat peribadi sifatnya. Kenapa begitu? Sebab WHY
mereka berubah tidak mungkin boleh dijadikan WHY orang lain untuk berubah.
Tegasnya, untuk berubah, WHY itu mesti punya sifat yang
sangat peribadi dan kuat kesannya kepada diri sendiri hingga tidak senang duduk
kita dibuatnya sehingga tercapai hajat tersebut.
Tidak keterlaluan dikatakan, dalam melaksana perubahan,
terlebih dahulu, kita perlu kenalpasti WHY yang sangat peribadi dan kuat
kesannya kepada diri sendiri sebelum mengenalpasti HOW untuk laksana perubahan
agar kita tidak buang masa!
Apa pun …
Why yang Kuat + How yang Mantap = Perubahan Terhebat!
Akhir kata, adakah WHY anda cukup kuat hingga mampu laksana
apa sahaja HOW anda? Moga kita mampu berubah dan berjaya mencapai apa sajaha
hajat kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment