Tuesday, July 5, 2016
Asam Garam Kehidupan
Kadangkala dalam hidup ini, kelihatan
masalah datang bertimpa-timpa dalam hidup kita. Sebagai manusia, sudah pasti
kita menjadi tertekan. Tekanan yang dihadapi itu pula terasa macam tak
tertanggung oleh diri sendiri. Tanpa disedari, kita mula bertanya kepada diri
sendiri mengapa (why) ini terjadi dan bagaimana (how) untuk mengatasinya. Jika
kita tidak kuat, silap hari bulan, macam-macam perkara negatif yang kita
lakukan lalu membawa kerugian kepada diri sendiri.
Satu syor, jika ini yang sedang kita hadapi,
apa kata mari kita tanganinya dari sudut pandang berikut.
Beritahu diri sendiri bahawa semestinya ada
satu rahsia atau kebaikan yang Tuhan ingin tunjukkan kepada kita mengapa (why)
masalah ini berlaku kepada kita. Hanyanya jawapan mengapa (why) ini berlaku
kepada kita tidak dapat kita ketahui sekarang tetapi jawapannya akan kita ketahui
di satu masa akan datang.
Beritahu juga diri bahawa masalah ini
sebenarnya satu ‘game’ yang mesti kita menangi. Bina mindset ‘I play to win!’
Bila kita punya mindset sebegini, dalam banyak hal, kita akan bertindak agresif
untuk mencari jalan bagaimana (how) menanganinya. Kita juga akan lebih positif,
senang bersabar dan tidak cepat melatah. Ini juga sebenarnya peluang untuk bina
sifat yakin pada Tuhan kerana kita tahu janji Tuhan iaitu bila kita beri yang
terbaik maka kita akan terima yang terbaik dariNya.
Moga hidup kita Better.Brighter!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment