Thursday, July 7, 2016
Perbezaan TAHU dan SEDAR
Bila seseorang TAHU ttg satu perkara, tak semestinya beliau
akan amal. Sebaliknya bila seseorang SEDAR ttg satu perkara, pasti beliau akan
amal. Macam langit dgn bumi!
Sebagai contoh, ramai orang TAHU 'Building Trust and
Relationship' (BTAR) itu penting utk capai hasil yg diingini, tetapi sudahnya
hal ini hanya merupakan sekadar teori dlm hidup mereka.
Sebaliknya jika mereka SEDAR peri pentingnya BTAR ini dlm
menghasilkan hasil yg diingini, pasti mereka punya kekuatan utk amal BTAR ini.
Sudahnya, mengapa ada yg sekadar TAHU dan ada yg benar2
SEDAR walau mereka terima info yg sama?
Ini semua bergantung kpd cara pandang masing2 ttg info yg
diterima. Manakala cara pandang itu pula kuat dipengaruhi oleh latar belakang
masing2. (Even yg baca artikel ini pun punya cara pandang yg berbeza!)
Itulah, saya lihat dlm prog BB ini ramai yg TAHU bahawa BB
ini baik utk hidup mereka namun soalnya berapa ramai yg SEDAR prog BB ini baik
utk hidup mereka?
Tak payah pening2 kepala. Jika hasil mereka baik selps
pulang dr prog BB, itu tanda mereka SEDAR. Jika hasilnya sama atau makin teruk,
sah itu tanda mereka sekadar TAHU BB itu baik.
Mudahkan?
Jadi apa yg perlu kita lakukan jika kita berhasrat utk
berhijrah dari sekadar TAHU kepada benar2 SEDAR? Jawapannya ialah rajin2lah
semak cara pandang diri kita sendiri ttg perkara itu hingga timbul cara pandang
baru yg membuatkan kita mulai SEDAR ttg perkara itu!
Mungkin ada yg ingin bertanya mengapa kita perlu PRIHATIN
(CARE) dgn hal2 ini? Senang saja. Jawapannya ialah sebab hidup kita atas dunia
ini sementara dan kian lama kian singkat bukan makin panjang!
Saya SEDAR cara pandang orang ttg BB itu pelbagai dan
semuanya dipengaruhi oleh latar belakang masing2. Saya juga SEDAR saya tak
mampu utk ubah cara pandang mereka sebab itu semua PILIHAN diri masing2. Ini
semua di luar kawalan saya.
As for me,saya SEDAR saya perlu tumpu kpd apa yg ada dlm
kawalan saya iaitu saya akan terus beri yg terbaik bila bawa prog BB ini utk
org2 di luar sana kerana Dia sebgai tanda syukur saya pd Dia! Kenapa? Sebab
saya SEDAR prog BB ini sgt baik utk hidup saya sendiri.
Saya SEDAR jika inilah rupa pegangan saya, dgn izin Tuhan
hati saya tak mungkin akan serabut!
I rest my case :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteGiaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.