Tuesday, July 5, 2016
Pandang Kerja sebagai Bisnes.
Bolehkah kita lihat kerja kita bersama TNB
sebagai satu bisnes? Jika boleh, bagaimanakah cara paling mudah untuk kita
melaksanakannya?
Secara individu, mudah kita melihat kerja
kita sebagai satu bisnes bilamana kita mampu bina produk atau perkhidmatan yang
boleh kita tawarkan kepada pelanggan kita. Produk atau perkhidmatan ini
merupakan apa saja ilmu, kemahiran ataupun pengalaman di dalam skop kerja kita
yang boleh kita ‘bungkus’ (package) lalu ditawarkan kepada pelanggan. Lagi
tinggi nilai produk atau perkhidmatan ini di mata pelanggan, lagi mahal harga
produk atau perkhidmatan kita itu.
Sebagai contoh, jika kerja kita terlibat
dalam mengurus projek talian atas, soalnya mampukah kita ‘membungkus’ segala
ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam mengurus projek itu menjadi satu
perkhidmatan pengurusan perlaksanaan projek talian atas? Semestinya
perkhidmatan sebegini boleh kita tawarkan satu dunia! (Dalam bahasa program
Better.Brighter, usaha ini dinamakan ‘Packaging Expertise’)
Manakala bagi membina mentaliti bisnes
dalam satu kumpulan (unit, jabatan atau anak syarikat), apa kata kita urus
kumpulan kita bukan sebagai satu ‘functional job’ tetapi urus kumpulan kita
sebagai satu entiti unit bisnes. Secara simboliknya, jika kita datang dari unit
Pengurusan Projek Talian Atas, apa kata selepas ini, unit kita dikenali sebagai
‘Pengurusan Projek Talian Atas Sdn Bhd’?
Semestinya satu entiti ‘Sdn Bhd’ akan
mencari jalan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya agar
mendapat untung berganda dengan melaksana perkhidmatan mereka secara paling
produktif dan kos efektif. Bila ini terlaksana, bukankah entiti ‘Sdn Bhd’ bakal
membuka lagi ruang dan peluang untuk mengembangkan bisnesnya baik di dalam mahupun
di luar Negara? (Dalam bahasa program Better.Brighter, usaha ini dinamakan ‘Center
of Excellence’)
Bisnes perlu dipandang mudah. Jika bisnes
dipandang susah, pasti awal-awal lagi bisnes kita punya masalah. Soalnya,
bagaimana untuk membantu memandang bisnes itu mudah? Untuk membantu hal ini,
kita perlukan satu pendekatan atau alat. Untuk itu, disyorkan kita gunakan satu
pendekatan atau alat yang diberi nama ‘Business Model Canvas’. Dengan alat ini,
mudah kita melihat bisnes dan yang pentingnya tidak ada perkara penting dalam
bisnes itu kita terlepas pandang.
Diyakini, dngan bermindset sebegini, mudah
untuk kita seronok dalam tugas dan terasa apa yang kita lalui dalam tugas itu
ibarat kita dalam satu pengembaraan. Bukankah ini yang sangat kita mahukan
dalam tugas kita?
Diyakini juga, pendekatan di atas
memudahkan kita punya mindset bisnes, baik secara individu mahupun secara berkumpulan.
Bukankah ini semua penting agar mampu kita sebagai anggota kerja TNB membantu
mencapai DDRC?
Better.Brighter Together!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment