Thursday, July 7, 2016
WHY & HOW Revisited
Sebelum ini, ada dinyatakan di dalam Program Better.Brighter
itu bahawa …
“Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu
berubah, tetapi mereka tidak nampak keperluan mengapa (WHY) perlu berubah dan
tidak tahu bagaimana (HOW) berubah.”
Entah kenapa, lately ini, kata-kata di atas sangat dekat
dengan saya terutamanya semasa saya sedang mencari jawapan tentang mengapa ada
yang berubah dan ada yang tidak berubah walaupun mereka menerima maklumat yang
sama.
Kenapa begitu?
Setiap orang itu punya cara pandang berbeza bila bersemuka
dengan satu idea yang sama. Bila berbeza cara pandang, ianya akan memberi WHY
yang berbeza dalam menggunapakai idea itu untuk berubah. Yang jelas, ada WHY
yang kuat dan ada WHY yang lemah.
Saya mula mengkaji isu ini dengan melihat contoh-contoh
orang yang mampu berubah. Satu perkara yang tidak dapat saya sangkal ialah
mereka-mereka yang berubah ini punya WHY untuk berubah yang sangat kuat
berbanding mereka yang tidak berubah.
Bukan itu sahaja, saya lihat mereka yang mampu berubah ini
selalunya punya WHY untuk berubah yang sangat peribadi sifatnya. Kenapa saya
kata begitu? Sebab WHY mereka berubah tidak mungkin boleh dijadikan WHY orang
lain untuk berubah.
Tegasnya, untuk berubah, WHY itu mesti punya sifat yang
sangat peribadi dan kuat kesannya kepada diri sendiri hingga tidak senang duduk
kita dibuatnya sehingga tercapai hajat tersebut.
Tidak keterlaluan saya kata katakan, dalam melaksana
perubahan, terlebih dahulu, kita perlu kenalpasti WHY yang sangat peribadi dan
kuat kesannya kepada diri sendiri sebelum mengenalpasti HOW untuk laksana
perubahan agar kita tidak buang masa!
Bukan itu sahaja, WHY sebegini diperlukan agar kita punya
'stamina' untuk berdepan dengan sebarang cabaran yang ditemui dalam usaha untuk
mencapai hajat yang dikehendaki.
Apa pun …
Why yang Kuat + How yang Mantap = Perubahan Terhebat!
Satu persoalan. Sehingga kini bila kita ingin melakukan satu
perubahan, adakah kita hanya memberi penekanan kepada soal HOW sahaja tanpa
menitik-beratkan soal WHY? Atau kita langsung tidak menitik-beratkan kedua-dua
soal WHY dan HOW ini???
Ringkasnya, bila bercakap soal WHY dan HOW ini, kita boleh
ringkaskan cerita ini seperti rajah terlampir.
Jelas dari rajah ini, seorang pemimpin punya WHY dan HOW
yang sangat tinggi. Bagaimana untuk garap WHY dan HOW yang tinggi ini di dalam
diri? Untuk itu, saya teringat kaedah yang dikongsi oleh Ian dan Anthony dalam
program F.E.D. tempohari.
Akhir kata, adakah WHY anda cukup kuat hingga mampu laksana
apa sahaja HOW anda? Moga kita mampu berubah. Aamiin!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment