Monday, October 24, 2016
Nilai dan Kerja
Apakah nilai (value) yang anda beri melalui tugas anda? Jika
anda seorang juruteknik yg bertugas menyambung kabel, adakah anda tahu apakah
nilai yang anda beri melalui tugas anda itu kepada pelanggan anda?
Saya tertanya adakah kita paham tentang ...
1. Apa itu Value?
2. Bagaimana kenalpasti Value?
3. Bagaimana bina Value?
Kalau tiga soalan ini anda tidak tahu jawapannya, macam mana
nak 'creating value'?
Perkataan 'nilai' ini sangat penting dewasa ini bagi
memastikan anda tetap relevan dalam tugas anda. Ini adalah kerana terdapat
ramai orang yang telah menyediakan produk atau perkhidmatan yang anda sendiri
tawarkan. Ini semestinya mewujudkan saingan yang sangat sengit.
Di mata pelanggan pula, mereka mempunyai pilihan yang sangat
banyak. Namun di mata mereka, sesiapa yang mampu memberi nilai yang dimahukan
oleh mereka di dalam produk atau perkhidmatan yang mereka cari sudah pasti
mendapat perhatian mereka.
Semestinya, jika anda mahu terus relevan di mata pelanggan,
anda semestinya berusaha mengenalpasti nilai yang diperlukan oleh pelanggan
dalam tugas anda dan seterusnya berusaha membina nilai tersebut!
Sebagai contoh, jika saya seorang juruteknik penyambung
kabel, apakah nilai yg saya beri pada pelanggan saya dan yg pasti nilai itu
diperlukan oleh pelanggan saya? Bagi saya nilai yg diperlukan oleh pelanggan
saya ialah hasil kerja penyambungan kabel yang disiapkan tepat pada masanya,
pada kos yang paling optima dan keadaan safety yg terbaik. Semestinya saya berusaha
utk bina nilai2 ini dalam tugas saya sebagai juruteknik penyambung kabel
(produk/perkhidmatan).
Saya fikir, inilah yang dimaksudkan oleh DSCEO TNB bila
beliau bercakap tentang 'Value Creation'.
Akhir kata, satu renungan … “What's important is not the
work that you do but the value that you can offer through your work. Your value
is what makes you indispensable.”
Better.Brighter Together!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment