Sunday, October 16, 2016
Sistem Budaya Juara
Situasi
Dunia bisnes kian kompetitif. Sesuatu unit bisnes itu perlu
mampu melahirkan nilai yang dikehendaki oleh pelanggannya melalui produk atau
perkhidmatan mereka pada kadar sumber tenaga, kos dan masa yang paling optima
agar kekal relevan dalam industri yang disertainya.
Komplikasi
Namun satu cabaran yang dihadapi oleh sesuatu unit bisnes
ialah kemampuan sesuatu pengurusan unit bisnes itu membina anggota kerja yang
sudi memberi yang terbaik dalam tugas mereka bagi mencapai hasrat di atas.
Impak
Kegagalan membina anggota kerja agar sudi memberi yang
terbaik dalam tugas bakal menyaksikan unit bisnes tersebut ketinggalan dalam
persaingan bisnes mereka dan seterusnya membuatkan mereka tidak lagi relevan
dalam industri yang disertainya.
Syor
Bagi menangani keadaan ini, diperkenalkan satu sistem
transformasi anggota kerja bernama Sistem Budaya Juara seperti dibawah;
Sistem Budaya Juara merupakan satu ‘pengembaraan’ anggota
kerja bagi mencapai matlamat unit bisnes dengan berpandukan ilmu dari beberapa
siri Program ‘Budaya Juara’, pengamalan ilmu tersebut dan ‘coaching’ terhadap
pengamalan ilmu tersebut yang dilaksanakan secara bersepadu. Ilmu 'Budaya
Juara' ini unik, praktikal dan sangat sesuai untuk mempengaruhi anggota kerja
agar mahu membantu unit bisnes mencapai matlamat yang ditetapkan.
Tindakan
Saya ingin mengajak tuan puan membuat pelaburan bagi
melaksanakan Sistem Budaya Juara untuk unit bisnes tuan puan.
Faedah
Diyakini faedah berikut mampu diraih dengan perlaksanaan
sistem ini dalam unit bisnes tuan puan;
1) Perubahan
mindset yang lebih positif terhadap tugas
2) Kemampuan
memberi nilai melalui produk/perkhidmatan kepada pelanggan secara terancang,
berterusan dan secara bekerjasama oleh anggota kerja unit bisnes.
3) Kemampuan
membangunkan kompetensi anggota kerja secara terancang dan berterusan.
Kesimpulan
Sistem Budaya Juara merupakan satu sistem transformasi
angota kerja yang melibatkan semua anggota kerja dalam sesuatu unit bisnes itu
bagi mencapai matlamat unit bisnes yang telah ditetapkan secara bersepadu.
Sistem ini mudah dan praktikal untuk diamalkan dalam suasana bisnes dan dunia
sekarang.
Pengalaman menunjukkan penglibatan semua angota kerja
terutamanya mereka di kalangan pemimpin unit bisnes amat kritikal bagi
merangsang kejayaan yang diimpikan. Moga tuan puan mendapat faedah dari
pelaburan dan pengamalan SBJ ini!
Sejahtera! Bahagia! Kaya!
Nota: Setiap intervensi ‘Budaya Juara’ ini juga boleh dilaksanakan secara individu namun disyorkan untuk melaksanakan SBJ secara keseluruhan bagi mendapat impak maksima dari SBJ ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment