Sunday, November 20, 2016
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 1
Situasi (Situation)
Dunia bisnes kian kompetitif. Sesuatu Unit Bisnes itu perlu
mampu melahirkan nilai (value) (yang diukur melalui ‘business results’) yang
dikehendaki oleh pelanggannya melalui produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
pada kadar tenaga, kos dan masa yang paling optima agar kekal relevan di mata
pelanggan mereka. Perkara ini amat kritikal bagi setiap Unit Bisnes yang baru
ditubuhkan di bawah inisiatif VUP. (Rujuk takrif Nilai dalam nota kaki)
Bagi mencapai hasrat di atas, Ketua Unit Bisnes cuba
menwujudkan anggota kerja yang bermindset positif bagi mencapai hasrat di atas.
Atas sebab itu, Ketua Unit Bisnes selalu menekankan untuk memberi latihan yang
bersesuaian bagi mencapai keperluan ini.
Komplikasi (Complication)
Namun, kelihatan latihan yang diberi itu tidak mampu
meninggalkan kesan positif yang berpanjangan di kalangan anggota kerja mereka.
Komplikasi ini timbul kerana timbul halangan dari organisasi dan pengurusan
dalam tugas anggota kerja untuk mereka mengamalkan apa yang diperolehi di dalam
kelas. Antara halangan organisasi dan pengurusan yang dikenalpasti ialah;
a) Strategi
Organisasi yang tidak jelas.
b) Corak
Pengurusan
c) Politik
Dalaman
d) Konflik
dalam unit atau antara unit
Sekiranya halangan-halangan ini diselesaikan sebelum sesuatu
latihan itu dilaksanakan, barulah Ketua Unit Bisnes itu menyediakan
persekitaran yang kondusif untuk memudahkan anggota kerja mengamal apa yang
diperolehi dalam kelas.
Impak (Impact)
Akibat dari komplikasi ini, ianya menimbulkan beberapa impak
negatif seperti berikut;
a) ‘Return
of Expectation’ yang rendah terhadap latihan yang dilaburkan.
b) Anggota
kerja menjadi ‘cynical’
c) Ketua
Unit Bisnes merasakan mereka telah melakukan perubahan namun anggota kerja
merasakan itu hanya sebagai satu ‘flavour of the month’
Impak-impak negatif ini menandakan gagalnya usaha Ketua Unit
Bisnes mewujudkan anggota kerja yang bermindset positif lalu menyaksikan Unit
Bisnes tersebut ketinggalan dalam persaingan bisnes mereka dan seterusnya
membuatkan mereka tidak lagi relevan di mata pelanggan mereka.
Syor (Position)
Kenapa impak-impak negatif di atas berlaku ialah disebabkan
oleh faktor-faktor berikut;
1) Cara
pandang Ketua Unit Bisnes yang melihat Unit Bisnes itu sebagai satu
‘aggregation of individuals’. Dengan cara pandang sebegini, Ketua Unit itu
berpendapat anggota kerja perlu dibekalkan dengan ilmu, kemahiran dan sikap
yang bersesuaian berdasarkan semata-mata latihan yang dikenalpasti.
Namun, latihan yang dikenalpasti itu tidak mengambilkira
faktor bahawa Unit Bisnes itu sebenarnya merupakan satu sistem yang mempunyai
beberapa elemen yang saling berhubungkait iaitu peranan, tanggungjawab dan
perhubungan. Elemen-elemen ini selalunya ditentukan oleh oleh struktur
organisasi, proses kerja, gaya kepimpinan, latarbelakang profession pekerjaan
& budaya hidup dan polisi & amalan Bahagian Sumber Manusia.
2) Kegagalan
pihak Sumber Manusia untuk bersemuka dengan Ketua Unit Bisnes untuk menjelaskan
bahawa kegagalan perlaksanaan sesuatu strategi itu bukan semata-mata berpunca
daripada kekurangan kompetensi seseorang anggota kerja tetapi juga adalah
disebabkan oleh polisi dan amalan Ketua Unit Bisnes itu sendiri.
Sudahnya adalah lebih mudah untuk pihak HR memberitahu Ketua
Unit Bisnes bahawa anggota kerjanya memerlukan latihan sahaja kerana kegagalan
itu adalah disebabkan kekurangan kompetensi anggota kerja berbanding polisi dan
amalan Ketua Unit Bisnes itu sendiri.
Bagi menangani suasana yang tidak diingini ini, disyorkan
Ketua Unit Bisnes mengambil kira langkah-langkah berikut;
a) Menetapkan
nilai dan hala strategik Unit Bisnes dengan jelas.
b) Mendapatkan
maklumbalas daripada anggota kerja tentang halangan kepada perlaksanaan
strategi dan pembelajaran. (taboo and elephant)
c) Merekabentuk
semula peranan, tanggungjawab dan perhubungan dalam organisasi berdasarkan
daripada maklumbalas anggota kerja di atas.
d) Melaksanakan
‘coaching’ terhadap anggota kerja bagi memudahkan mereka mengasilimasi diri
mereka dalam suasana organisasi yang baru.
e) Melaksana
latihan yang bersesuaian dengan keperluan suasana organisasi yang baru.
f) Mengukur
perubahan prestasi dari segi tingkahlaku anggota kerja (Pengukuran Prestasi
Kirkpatrick Level 3) dan ‘business results’ Unit Bisnes (Pengukuran
Prestasi Kirkpatrick Level 4).
g) Melaksana
tindakan pembetulan berdasarkan keputusan pengukuran yang dibuat.
Bagi melaksana langkah-langkah di atas, diperkenalkan satu
sistem transformasi anggota kerja bernama Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan
(SILK). Sila rujuk Rangkakerja SILK dalam Rajah 1.
SILK merupakan satu ‘pengembaraan’ anggota kerja satu Unit
Bisnes bagi mewujudkan mindset yang positif dalam tugas agar mudah mencipta
nilai (yang diukur melalui ‘business results’) dalam produk atau perkhidmatan
yang ditawarkan dengan berpandukan ilmu dari beberapa siri modul seminar,
pengamalan ilmu dari modul seminar tersebut dalam tugas dan ‘coaching’ terhadap
pengamalan ilmu dalam modul seminar tersebut yang dilaksanakan secara bersepadu
(integrated).
Dalam kata lain, SILK menggunakan pendekatan 70:20:10 dalam
perlaksanaannya. Ilmu yang terkandung dalam modul seminar ini unik, praktikal
dan sangat sesuai untuk mempengaruhi anggota kerja bagi mencapai maksud yang
dinyatakan.
Seperkara lagi, perlaksanaan SILK ini perlu dibuat dengan
menumpukan perlaksanaannya kepada satu unit bisnes pada satu–satu masa. Ini
dibuat kerana disedari bahawa tahap pembangunan satu Unit Bisnes itu tidak sama
dengan Unit Bisnes yang lain. Dengan melaksanakan SILK sebegini, tumpuan khas
boleh dibuat terhadap keperluan satu Unit Bisnes itu.
Tindakan (Action)
Diharap para Ketua Unit Bisnes dalam TNB sudi membuat
pelaburan bagi melaksana SILK ini untuk Unit Bisnes masing-masing.
Faedah (Benefit)
Diyakini faedah berikut mampu diraih dengan perlaksanaan
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK)
dalam Unit Bisnes;
1) Perubahan
mindset yang lebih positif terhadap tugas yang sangat penting bagi membantu
mencapai ‘business results’ atau KPI. Ini terutamanya penting bagi menangani
kecelaruan mindset anggota kerja di dalam unit bisnes-unit bisnes baru di bawah
inisiatif VUP.
2) Kemampuan
mencipta nilai (value creation) produk/perkhidmatan yang ditawarkan kepada
pelanggan yang diukur berdasarkan ‘business results’ atau KPI secara terancang,
berterusan dan secara bekerjasama oleh anggota kerja Unit Bisnes.
3) Kemampuan
membangunkan kompetensi anggota kerja secara terancang dan berterusan. Ini
semestinya mencipta nilai (value creation) diri di dalam pasaran.
4) Pembangunan
anggota kerja secara menyeluruh iaitu yang menyentuh pembangunan dari segi Intelektual,
emosional, spiritual dan fizikal.
5) Pembinaan
Empat ‘Thrust’ utama TNB (Building Trust & Relationships, Building
Capacity, Building Performance and Building Growth) secara terancang dan
berterusan dalam unit bisnes bagi membantu TNB mencapai segala hajat yang
ditetapkan.
Nota Kaki:
1) Setiap
intervensi SILK juga boleh dilaksanakan secara individu namun disyorkan untuk
melaksanakan SILK secara keseluruhan bagi mendapat impak maksima dari SILK ini.
2) Definisi
Nilai - Untuk tujuan kertas kerja ini,
Nilai (Value) ditakrifkan sebagai …
• Bagaimana
Unit Bisnes membantu pelanggan mereka menyelesai kerja atau masalah pelanggan
mereka?
• Apakah
kelebihan yang Unit Bisnes beri kepada pelanggan mereka berbanding pesaing
(competitor) mereka?
… melalui produk atau perkhidmatan yang Unit Bisnes tawarkan
kepada pelanggan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment