Tahap 3 - Perlaksanaan Intervensi Better.Brighter Fasa 2
Bagi menyusun dan mengembeling segala sumber bagi melaksana
Packaging Expertise (Building Capacity) dan Center of Excellence (Building
Performance dan Building Growth) bagi mencapai ‘business results’ yang akan
membawa terbinanya nilai kepada pelanggan Unit Bisnes, Intervensi Better.Brighter
Fasa 2 dikongsi dengan semua ‘leaders’ dan ‘informal leaders’ dalam Unit Bisnes
tersebut.
 |
Rajah 4: Business Model Canvas |
Bagi mencapai maksud di atas, satu alat pengurusan bernama
‘Business Model Canvas’ digunakan (Rajah 4). Melalui penggunaan alat ini juga, maksud
mindset bisnes, business model dan value creation yang selalu disebut oleh Dato
Seri CEO akan diterangkan dalam bahasa yang mudah.
Melalui intervensi ini juga, akan dijajarkan semua ‘business
results’ Unit Bisnes kepada semua nilai yang dikehendaki oleh pelanggan Unit
Bisnes tersebut.
Kandungan Intervensi Better.Brighter Fasa 2 (Business Model
Canvas) (3 hari 2 malam)
Bab 1: Penglibatan
Diri secara holistik dalam melaksana BMC
Bab 2: Mindset
Bisnes dan Asas Bisnes
Bab 3: Pembentukan
‘Unit Sdn Bhd’
Bab 4: Pengenalan
BMC
Bab 5: Langkah-langkah
Pembinaan BMC
Bab 6: Ringkasan BMC
Bab 7: Contoh
Syarikat Besar Dunia yang mengamal BMC
Bab 8: Kaedah
Penceritaan (Storytelling) BMC
Bab 9: Melayari
Persekitaran Bisnes Anda
Bab 10: Corak (Pattern) BMC
Bab 11: Pembinaan BMC yang ‘disruptive’
Bab 12: BMC & Blue Ocean Strategy
Bab 13: Cerita ‘Carl and Beth’ – Pengembaraan BMC
Bab 14: Perancangan Perlaksanaan BMC dalam Unit Bisnes –
P.D.C.A.
Bab 15: Kebaikan dan Kelebihan BMC
Bab 16: Mempengaruhi Anggota Kerja melaksana BMC
Bab 17: Muhassabah ‘Unit Sdn Bhd’
Bab 18: Apa Pilihan Anda?
Output dari intervensi ini ialah para ‘leaders’ dan
‘informal leaders’ akan mampu menyusun perlaksanaan Packaging Expertise dan
Center of Excellence bagi membina ‘business results’ Unit Bisnes.
Pengukuran dilaksanakan pada akhir sessi intervensi ini bagi
mengetahui maklumat tentang jumlah sumber dan masa yang telah dilaburkan ke
atas intervensi ini. Pengukuran ini juga dilaksanakan bagi mengetahui pandangan
anggota kerja samada intervensi ini boleh membantu dalam tugas mereka.
(Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 1)
Bila pulang dari intervensi ini, para peserta diminta
melihat Unit Bisnes dimana mereka berada sebagai satu entiti bisnes. Seterusnya
mereka diminta untuk merancang perlaksanaan strategi Unit Bisnes mereka
menggunakan Business Model Canvas (BMC). Perlaksanaan BMC ini jadi mudah
bilamana perhubungan dan saling mempercayai (trust) sudah sedia terujud. (Hasil
dari Intervensi Better.Brighter Fasa 1)
No comments:
Post a Comment