Wednesday, December 7, 2016
Kata-Kata Peringatan Kehidupan dari Al Quran
”Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan
dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan
kamu keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah
Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.“ - Surah
Al-Baqarah Ayat 268
Ayat di atas mesti kita pegang degngan erat. Percayalah akan
limpah kurnia Allah yang maha luas. Allah akan pasti memberikan anda kurniaan
yang banyak dan melimpah ruah.
Tak perlu takut dengan bisikan syaitan yang menakut-nakutkan
anda dengan kesusahan dan kemiskinan atau kegagalan.
Buat pelaburan, samada wang atau masa serta tenaga untuk
membina kejayaan yang lebih tinggi. Tak perlu takut rugi, tak perlu risau mati
kebuluran.
Asalkan ianya menuju kepada kebaikan, yakinlah benar-benar
pada limpah kurniaan Allah. Berusahalah dan bersabar dengan penuh istiqamah.
”Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka
ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang
kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan
sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya,
– kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang
yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk
memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta
mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila
mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa
kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam
perjuangan perang Sabil, mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah
juga orang-orang yang bertaqwa. “ - Surah Al-Baqarah ayat 177
Ayat-ayat di atas untuk kita ambil iktibar apakah maksud
sebenar perkara kebaikan yang perlu kita amalkan.
Dalam menjalankan perniagaan, tidak boleh tidak kita pasti
menghadapi berbagai masalah terutamanya kesempitan duit untuk menjayakan
perniagaan kita.
Ketika itu, usahawan perlu bersabar dan tetap berusaha
menyelesaikan segalanya dengan memilih jalan yang halal dan lurus.
Kesabaran itu juga merupakan satu kebaikan dan hasilnya akan
pulang balik pada usahawan apabila apa yang diusahakannya berjaya.
Kata-Kata Pedoman untuk Perniagaan
Pedoman 1: ”Ready, Fire, Aim“
Kata-kata hikmat ini memang menjadi salah satu kegemaran dan
amalan saya ketika mahu memulakan perniagaan. Ianya lebih kurang sama dengan
ayat di atas tadi.
Jangan pula terus tembak tak tentu hala dan membuang tenaga.
Sebab itu perkataan ‘ready’ di atas tu penting. Ertinya bersedia terlebih
dahulu menghadapi sasaran dan kemudiannya jangan fikir banyak untuk membidik.
Terus tembak, dan mula membidik hasil dari tembakan pertama
tadi untuk menemui sasaran.
Pedoman 2: ”You become what you think about .“
Ramai orang pernah dengar ayat ini dan ramai juga orang yang
dikatakan menyebutkan ayat yang sama. Walau siapapun sebenarnya yang menyebut
ayat ini, ianya memang tepat sekali.
Oleh itu pilihlah, dan impikan serta bayangkan apa yang anda
ingin jadi. Bergerak dan berusaha ke arah itu sehingga anda semakin dekat
menghampirinya.
Semakin jelas bayangan yang anda nampak dalam fikiran anda,
semakin hampir anda merealisasikannya.
Justeru itu, amat penting dengan siapa anda bergaul, buku
apa yang anda baca, maklumat apa yang anda tapis masuk ke dalam minda. Ia
membantu anda membetulkan fikiran dan menyempurnakan bayangan yang anda lihat
dalam kepala.
Pedoman 3: “When
everything seems to be going against you, remember that the airplane takes off
against the wind, not with it.”
Kalau asyik cari alasan demi alasan untuk menyahkan rasa
bersalah dan kegagalan anda, tak akan ke mana.
Memang semua kejayaan dihalang oleh berbagai rintangan. Dan
rintangan itulah yang perlu digunakan untuk menaikkan diri anda.
Hadapilah segala rintangan, cari jalan dan selesaikannya
satu persatu, sehinggalah anda dapat melonjakkan diri naik ke atas.
Pedoman 4: “If you’re
not a risk taker, you should get the hell out of business.”
Memag agak keras kata-kata ini. Tetapi itulah hakikatnya.
Kalau tunggu segalanya sempurna tiada risiko, anda memang hanya sesuai untuk
terus hidup dengan jadi pemakan gaji yang tegar.
Namun itulah yang sering dijadikan alasan oleh semua orang
yang selesa makan gaji dari terjun menjadi seorang usahawan. Takut tak makan
lah, takut susah, takut gagal, takut itu dan takut ini….
Pedoman 5 : “It does not matter how slowly you go as long as
you do not stop.”
Kehidupan dan juga kejayaan bukanlah satu perlumbaan antara
anda denan orang lain. Ia lebih kepada perubahan terhadap diri anda sendiri.
Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Ukur perubahan
terhadap diri sendiri. Tak kisah samada cepat atau lambat.
Jangan nak kejar rakan anda yang dah ada kereta besar,
syarikat berjaya, wang jutaan ringgit dan sebagainya. Anda bukan berlumba
dengan dia.
Berusaha dan terus berusaha, yang penting anda tidak
berhenti daripada berusaha sehingga jaya.
Pedoman 6: “Do not be embarrassed by your failures, learn
from them and start again.”
Saya tahu ramai yang dah kecundang dalam perniagaan dan
terpaksa cari jalan lain untuk terus hidup menyara kehidupan.
Tak perlu malu dengan kegagalan yang telah anda lalui. Yang
penting belajar kesilapan dan kegagalan tersebut dan buat sekali lagi dengan
cara berbeza.
Sunday, December 4, 2016
Renungan Akhir Tahun 2016 Part 3
”If you’re not embarrassed by you first product, you’he
launched too late “
Ayat ini memang ada banyak kebenarannya terutamanya jika
anda mahu menjadi seorang usahawan.
Ramai orang yang terlalu idealistik. Mereka mahu produk yang
terlalu sempurna sebelum memulakan perniagaan.
Untuk sempurnakan sesuatu produk, memang perlukan masa, duit
dan kerahan tenaga yang banyak dan tidak ada orang yang mampu sediakan kesemua
tersebut.
Oleh itu terima hakikat bahawa segalanya bermula dari bawah.
Sedikit demi sedikit naik ke atas menempuh satu perjalanan yang amat panjang.
Jadilah seorang yang realistik. Asalkan sesuatu produk itu
boleh diterima dalam keadaan minimum yang termampu, lancarkannya segera dan tak
perlu tunggu sehingga anda boleh merasa bangga dengan produk yang anda
keluarkan.
Renungan Akhir Tahun 2016 Part 2
”The new sources of power is not money in a the hands of a
few, but information in the hands of many “
Kehebatan dan kekuasaan bukan lagi ada pada orang yang punya
banyak duit dalam simpanan mereka. Sebaliknya, kekuasaan berterabur dalam
bentuk maklumat yang diketahui oleh ramai orang.
Ringkasannya adalah bahawa dalam dunia teknologi maklumat sekarang
ini, wang saja bukan lagi menjadi faktor kepada kekuasaan. Kekuasaan dan
kehebatan ada pada maklumat. Bagaimana kita mendapatkan dan meliat maklumat.
Dan maklumat pula terlalu banyak dipegang dan disimpan oleh
berbagai orang di seluruh dunia sekarang ini. Maklumat juga dapat dikongsikan
sekelip mata dan mampu disebarkan di seluruh pelusuk dunia.
Kata-kata ini adalah petikan daripada John Naisbitt, seorang
penulis dan penceramah dalam sains masa depan yang hebat dilahirkan pada tahun
1929. Bukunya yang amat terkenal bertajuk Megatrend diterbitkan pada tahun 1982
amat terkenal di seluruh dunia.
Kata-kata tersebut boleh membawa erti, orang yang berupaya
mengumpul maklumat sebanyak mungkin dari sumber-sumber yang sahih dan boleh
dipercayai mampu menjadi hebat dan berkuasa. Asalkan dia sanggup membuat
analisa yang baik terhadap segala maklumat yang didapatinya.
Untuk mengamalkan kata-kata hikmat ini, anda perlu sentiasa
membina jaringan sekerap mungkin. Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat yang
berkenaan dengan industri yang sedang anda ceburi.
Jalin perhubungan dengan mereka yang punya pengaruh, juga
dengan rakan-rakan dalam industri yang sama, juga dengan rakan-rakan usahawan
dalam industri yang berbeza.
Aktif juga bersama dengan masyarakat setempat dan tidak lupa
juga sentiasa berhubungan dengan kawan-kawan samada lama atau baru.
Dan jangan lupa maklumat daripada teknologi internet yang
terlalu banyak sekarang ini. Anda hanya perlu bertanya pada google untuk
mendapatkan jutaan maklumat yang berguna.
Sediakan diri untuk mampu belajar maklumat, teknologi dan
perkara baru dengan cekap dan pantas.
Renungan Akhir Tahun 2016 Part 1
”You are the average of the 5 people you hang around with “
Kata-kata hikmat ini rasanya ramai yan dah pernah dengar.
Kalau anda belum pernah dengar ayat ini, sekarang anda dah tahu tentangnya dan
boleh cuba amalkannya.
Fikirkan 5 atau 6 orang kawan atau kenalan yang anda sering bersama. Siapa mereka ?, di mana kedudukan mereka ? bagaimana sikap mereka ?
Cuba fikirkan masak-masak dan buat analisa secara jujur.
Apakah mereka lebih berjaya daripada anda dan dapat membantu
anda belajar perkara-perkara baru yang mendatangkan manfaat terhadap matlamat
anda.
Jika 5 atau 6 orang yang sering anda berjumpa dan bersama
tak masuk dalam kategori tersebut, ertinya sudah tiba masanya untuk anda tukar
dengan kumpulan lain secara perlahan-lahan.
Berusahalah untuk mencari mereka samada secara offline
mahupun secara online. Bina hubungan dan kerap bersama mereka.
Lebih kerap anda bertemu, berhubungan dan bertukar fikiran
dengan orang-orang yang berjaya, maka lebih hampir dan mudah untuk anda turut
sama menempah kejayaan.
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 10
Lain-Lain Intervensi Kepimpinan
Bagi memastikan SILK ini sentiasa dinamik atau sesuai dengan
situasi dan keperluan sesuatu masa itu, sebarang intervensi kepimpinan baru
boleh diperkenalkan dalam SILK ini di masa depan atau sebarang intervensi kepimpinan sedia ada
boleh dihentikan perlaksanaannya sekiranya tidak relevan lagi.
Kesimpulan
Sistem Intervensi Kepimpinan (SILK) merupakan satu sistem
transformasi kepimpinan dan anggota kerja yang melibatkan semua pemimpin dan
anggota kerja dalam sesuatu Unit Bisnes bagi membina mindset positif anggota
kerja (mindset diukur melalui perubahan tingkahlaku) bagi memudahkan pencapaian
nilai produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan (nilai diukur
melalui ‘business results’) secara
bersepadu. Sistem ini mudah dan praktikal untuk diamalkan dalam suasana bisnes
dan dunia sekarang.
Diyakini, SILK ini amat membantu Unit-Unit Bisnes yang baru
ditubuh dibawah inisiatif VUP bagi mencapai nilai dan ‘business results’
masing-masing.
Pengalaman menunjukkan penglibatan semua anggota kerja
terutamanya mereka di kalangan pemimpin unit bisnes amat kritikal dalam
melaksana SILK ini bagi merangsang kejayaan yang diimpikan.
Moga Unit Bisnes yang menggunapakai SILK ini mendapat faedah
dari pelaburan dan pengamalan SILK ini!
Better.Brighter Together!
Untuk keterangan lanjut, hubungi Mior Azli Mior Md Isa di
saluran berikut;
Hand Phone : 019-224-5079
Email : miorami@tnb.com.my
Blog : miorazliatsssabasic.blogspot.com
Apa Pilihan Anda?
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 9
Tahap 8 – Pengukuran Pencapaian ‘Business Results’
Segala intervensi yang dilaksanakan sepanjang perjalanan
SILK diukur keberkesanannya berdasarkan kepada dua kriteria.
Pengukuran pertama ialah pengukuran dari segi tingkahlaku
(behaviour) anggota kerja Unit Bisnes (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level
3). Pengukuran ini akan menentukan samada wujud perubahan mindset anggota
kerja.
Pengukuran kedua ialah pengukuan dari segi pencapaian
‘business results’ Unit Bisnes
(Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 4). Pengukuran ini akan
menentukan samada nilai yang ada dalam produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
itu telah tercapai atau sebaliknya.
Perlu dtekankan sekali lagi disini bahawa perubahan
tingkahlaku anggota kerja Unit Bisnes (Kirkpatrick Level 3) akan memberi banyak
pengaruh kepada pencapaian ‘business results’ Unit Bisnes (Kirkpatrick Level
4). Kenyataan ini berpandukan kepada katanya sebuah buku bertajuk ‘Evaluating
Training Programs: The Four Levels’ tulisan Donald Kirkpatrick di muka surat 26
seperti di bawah;
“Trainers must begin with desired results and then determine
what behaviour is needed to accomplish them. Then trainers must determine the
attitudes, knowledge, and skills that are necessary to bring about the desired
behaviour(s). The final challenge is to present the training program in a way
that enables the participants not only to learn what they need to know but also
react favourably to the program.”
Pengukuran Tingkahlaku (Kirkpatrick Level 3) ini bukan
terhasil dari semata-mata dari apa yang dilakukan di dalam kelas tetapi juga
dari usaha mempraktikkan ilmu yang ditemui dalam kelas serta usaha membimbing
pengamalan ilmu itu di dalam tugas. Dalam kata lain, hasil pengukuran
tingkahlaku (Kirkpatrick Level 3) adalah hasil dari pengamalan pendekatan 70:20:10.
Hasil pengukuran ‘business results’ (Kirkpatrick Level 4)
pula semestinya berkadar terus dengan perubahan tingkahlaku (behaviour) yang
dicerap (Kirkpatrick Level 3) hasil dari intervensi SILK sebelum ini.
Seperti yang dikatakan di awal kertas kerja ini, ‘business
results’ adalah hasil dari pengelolaan ‘hardware’ dan ‘software’ sesuatu Unit
Bisnes itu. Manakala pengelolaan ‘’hardware’ dan ‘software’ dilaksanakan oleh
anggota kerja Unit Bisnes tersebut (humanware). Semestinya tingkah laku
(behaviour) yang diukur disini (Kirkpatrick Level 3) adalah perubahan
‘humanware’ selepas melalui intervensi SILK ini. Atas sebab itu, perubahan
‘humanware’ ini semestinya memberi kesan kepada ‘business results’ Unit Bisnes
tersebut.
Pengukuran yang dilaksanakan ini bukan bertujuan untuk
mencari salah sesiapa tetapi lebih kepada satu inisiatif untuk mengenalpasti
apakah tindakan selanjutnya bagi merapatkan jurang-jurang yang wujud.
Pengukuran ini juga amat penting bagi mengenalpasti
pembelajaran yang diperolehi selepas melaksana SILK dan juga bagi melihat
samada pelaburan yang dibuat ke atas Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK)
ini menguntungkan atau sebaliknya.
Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 8
Tahap 7 - Perlaksanaan Intervensi Better.Brighter Fasa 3
Pengalaman menunjukkan ramai anggota kerja tidak
bersungguh-sungguh untuk membina kompetensi diri yang sebenarnya mempunyai
nilai yang sangat tinggi dalam pasaran. Adalah amat merugikan jika seorang
anggota kerja itu hanya bertugas untuk melaksana tugas yang dipertanggungjawab
tetapi pada masa yang sama tidak berusaha untuk membina kompetensi diri.
Secara psikologinya, bilamana seorang anggota kerja itu
telah mempunyai kompetensi diri, ianya akan turut membina mindset positif
beliau. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, mindset positif anggota kerja
sangat penting kerana ianya amat kuat dalam mempengaruhi pencapaian nilai dan
‘business results’ Unit Bisnes.
Bagi mencapai maksud di atas, Intervensi Better.Brighter
Fasa 3 dilaksanakan untuk anggota kerja Unit Bisnes itu. Satu pendekatan yang
diberi mana ‘packaging expertise’ digunakan. Walaupun kaedah ini telah pun
dikongsi dalam Intervensi Better.Brighter Fasa 1, namun pada tahap ini,
perkongsian ilmu yang lebih terperinci akan dilaksanakan bagi mempengaruhi
anggota kerja agar benar-benar serius dalam soal peningkatan kompetensi diri
mereka.
Kandungan Intervensi Better.Brighter Fasa 3 (Business Model
You) (2 hari 1 malam)
Bab 1: Apa makna
Matlamat Peribadi dalam tugas?
Bab 2: Penetapan
Matlamat Peribadi – Business Model You
Bab 3: Perancangan
Perlaksanaan Matlamat Peribadi.
Bab 3: Hukum-Hukum
Tuhan
Bab 4: Cerita Ben
Bab 5: Meditasi dan
Penegasan Diri
Bab 6: Apa Pilihan
Anda?
Output dari intervensi ini ialah penerangan untuk bagaimana
menyediakan Pelan Perancangan Matlamat dan Pelan Perlaksanaan Matlamat Diri
dalam tugas berdasarkan Business Model You. Sila rujuk Rajah 7 dibawah.
![]() |
Rajah 7 : Business Model You |
Pengukuran dilaksanakan pada akhir sessi intervensi ini bagi mengetahui maklumat tentang jumlah sumber dan masa yang telah dilaburkan ke atas intervensi ini. Pengukuran ini juga dilaksanakan bagi mengetahui pandangan anggota kerja samada intervensi ini boleh membantu dalam tugas mereka. (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 1)
Bila pulang dari intervensi ini, para anggota kerja diminta
untuk mula menetapkan apa ilmu, kemahiran, atau pengalaman yang mahu mereka
perolehi dari tugas mereka dan kemudiannya berusaha ‘membungkus’ (package)
perkara yang dikumpul itu ke dalam bentuk yang mampu membawa nilai kepada diri
sendiri seperti Pengiktirafan (Sijil), Produk, Perkhidmatan, Konsultansi atau
Modul Seminar.
Inisiatif ini amat perlu dilakukan agar disamping membantu
unit bisnesnya mencapai hajatnya (Intervensi Better.Brighter Fasa 2), anggota
kerja itu tidak juga melupakan untuk menaik taraf dirinya. Perkara ini juga
mudah dilakukan bilamana anggota kerja tersebut telah mempunyai mindset yang
sewajarnya (Intervensi Better.Brighter Fasa 1, Intervensi 7 Habits of Highly
Effective People dan Intervensi Let’s Talk (Arbinger)). Sudahnya ini mewujudkan
suasana ‘win-win’ antara unit bisnes dan anggota kerjanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)