Wednesday, December 7, 2016
Kata-Kata Pedoman untuk Perniagaan
Pedoman 1: ”Ready, Fire, Aim“
Kata-kata hikmat ini memang menjadi salah satu kegemaran dan
amalan saya ketika mahu memulakan perniagaan. Ianya lebih kurang sama dengan
ayat di atas tadi.
Jangan pula terus tembak tak tentu hala dan membuang tenaga.
Sebab itu perkataan ‘ready’ di atas tu penting. Ertinya bersedia terlebih
dahulu menghadapi sasaran dan kemudiannya jangan fikir banyak untuk membidik.
Terus tembak, dan mula membidik hasil dari tembakan pertama
tadi untuk menemui sasaran.
Pedoman 2: ”You become what you think about .“
Ramai orang pernah dengar ayat ini dan ramai juga orang yang
dikatakan menyebutkan ayat yang sama. Walau siapapun sebenarnya yang menyebut
ayat ini, ianya memang tepat sekali.
Oleh itu pilihlah, dan impikan serta bayangkan apa yang anda
ingin jadi. Bergerak dan berusaha ke arah itu sehingga anda semakin dekat
menghampirinya.
Semakin jelas bayangan yang anda nampak dalam fikiran anda,
semakin hampir anda merealisasikannya.
Justeru itu, amat penting dengan siapa anda bergaul, buku
apa yang anda baca, maklumat apa yang anda tapis masuk ke dalam minda. Ia
membantu anda membetulkan fikiran dan menyempurnakan bayangan yang anda lihat
dalam kepala.
Pedoman 3: “When
everything seems to be going against you, remember that the airplane takes off
against the wind, not with it.”
Kalau asyik cari alasan demi alasan untuk menyahkan rasa
bersalah dan kegagalan anda, tak akan ke mana.
Memang semua kejayaan dihalang oleh berbagai rintangan. Dan
rintangan itulah yang perlu digunakan untuk menaikkan diri anda.
Hadapilah segala rintangan, cari jalan dan selesaikannya
satu persatu, sehinggalah anda dapat melonjakkan diri naik ke atas.
Pedoman 4: “If you’re
not a risk taker, you should get the hell out of business.”
Memag agak keras kata-kata ini. Tetapi itulah hakikatnya.
Kalau tunggu segalanya sempurna tiada risiko, anda memang hanya sesuai untuk
terus hidup dengan jadi pemakan gaji yang tegar.
Namun itulah yang sering dijadikan alasan oleh semua orang
yang selesa makan gaji dari terjun menjadi seorang usahawan. Takut tak makan
lah, takut susah, takut gagal, takut itu dan takut ini….
Pedoman 5 : “It does not matter how slowly you go as long as
you do not stop.”
Kehidupan dan juga kejayaan bukanlah satu perlumbaan antara
anda denan orang lain. Ia lebih kepada perubahan terhadap diri anda sendiri.
Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Ukur perubahan
terhadap diri sendiri. Tak kisah samada cepat atau lambat.
Jangan nak kejar rakan anda yang dah ada kereta besar,
syarikat berjaya, wang jutaan ringgit dan sebagainya. Anda bukan berlumba
dengan dia.
Berusaha dan terus berusaha, yang penting anda tidak
berhenti daripada berusaha sehingga jaya.
Pedoman 6: “Do not be embarrassed by your failures, learn
from them and start again.”
Saya tahu ramai yang dah kecundang dalam perniagaan dan
terpaksa cari jalan lain untuk terus hidup menyara kehidupan.
Tak perlu malu dengan kegagalan yang telah anda lalui. Yang
penting belajar kesilapan dan kegagalan tersebut dan buat sekali lagi dengan
cara berbeza.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment