Sunday, December 4, 2016
Renungan Akhir Tahun 2016 Part 2
”The new sources of power is not money in a the hands of a
few, but information in the hands of many “
Kehebatan dan kekuasaan bukan lagi ada pada orang yang punya
banyak duit dalam simpanan mereka. Sebaliknya, kekuasaan berterabur dalam
bentuk maklumat yang diketahui oleh ramai orang.
Ringkasannya adalah bahawa dalam dunia teknologi maklumat sekarang
ini, wang saja bukan lagi menjadi faktor kepada kekuasaan. Kekuasaan dan
kehebatan ada pada maklumat. Bagaimana kita mendapatkan dan meliat maklumat.
Dan maklumat pula terlalu banyak dipegang dan disimpan oleh
berbagai orang di seluruh dunia sekarang ini. Maklumat juga dapat dikongsikan
sekelip mata dan mampu disebarkan di seluruh pelusuk dunia.
Kata-kata ini adalah petikan daripada John Naisbitt, seorang
penulis dan penceramah dalam sains masa depan yang hebat dilahirkan pada tahun
1929. Bukunya yang amat terkenal bertajuk Megatrend diterbitkan pada tahun 1982
amat terkenal di seluruh dunia.
Kata-kata tersebut boleh membawa erti, orang yang berupaya
mengumpul maklumat sebanyak mungkin dari sumber-sumber yang sahih dan boleh
dipercayai mampu menjadi hebat dan berkuasa. Asalkan dia sanggup membuat
analisa yang baik terhadap segala maklumat yang didapatinya.
Untuk mengamalkan kata-kata hikmat ini, anda perlu sentiasa
membina jaringan sekerap mungkin. Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat yang
berkenaan dengan industri yang sedang anda ceburi.
Jalin perhubungan dengan mereka yang punya pengaruh, juga
dengan rakan-rakan dalam industri yang sama, juga dengan rakan-rakan usahawan
dalam industri yang berbeza.
Aktif juga bersama dengan masyarakat setempat dan tidak lupa
juga sentiasa berhubungan dengan kawan-kawan samada lama atau baru.
Dan jangan lupa maklumat daripada teknologi internet yang
terlalu banyak sekarang ini. Anda hanya perlu bertanya pada google untuk
mendapatkan jutaan maklumat yang berguna.
Sediakan diri untuk mampu belajar maklumat, teknologi dan
perkara baru dengan cekap dan pantas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment