Tahap 7 - Perlaksanaan Intervensi Better.Brighter Fasa 3
Pengalaman menunjukkan ramai anggota kerja tidak
bersungguh-sungguh untuk membina kompetensi diri yang sebenarnya mempunyai
nilai yang sangat tinggi dalam pasaran. Adalah amat merugikan jika seorang
anggota kerja itu hanya bertugas untuk melaksana tugas yang dipertanggungjawab
tetapi pada masa yang sama tidak berusaha untuk membina kompetensi diri.
Secara psikologinya, bilamana seorang anggota kerja itu
telah mempunyai kompetensi diri, ianya akan turut membina mindset positif
beliau. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, mindset positif anggota kerja
sangat penting kerana ianya amat kuat dalam mempengaruhi pencapaian nilai dan
‘business results’ Unit Bisnes.
Bagi mencapai maksud di atas, Intervensi Better.Brighter
Fasa 3 dilaksanakan untuk anggota kerja Unit Bisnes itu. Satu pendekatan yang
diberi mana ‘packaging expertise’ digunakan. Walaupun kaedah ini telah pun
dikongsi dalam Intervensi Better.Brighter Fasa 1, namun pada tahap ini,
perkongsian ilmu yang lebih terperinci akan dilaksanakan bagi mempengaruhi
anggota kerja agar benar-benar serius dalam soal peningkatan kompetensi diri
mereka.
Kandungan Intervensi Better.Brighter Fasa 3 (Business Model
You) (2 hari 1 malam)
Bab 1: Apa makna
Matlamat Peribadi dalam tugas?
Bab 2: Penetapan
Matlamat Peribadi – Business Model You
Bab 3: Perancangan
Perlaksanaan Matlamat Peribadi.
Bab 3: Hukum-Hukum
Tuhan
Bab 4: Cerita Ben
Bab 5: Meditasi dan
Penegasan Diri
Bab 6: Apa Pilihan
Anda?
Output dari intervensi ini ialah penerangan untuk bagaimana
menyediakan Pelan Perancangan Matlamat dan Pelan Perlaksanaan Matlamat Diri
dalam tugas berdasarkan Business Model You. Sila rujuk Rajah 7 dibawah.
 |
Rajah 7 : Business Model You |
Pengukuran dilaksanakan pada akhir sessi intervensi ini bagi
mengetahui maklumat tentang jumlah sumber dan masa yang telah dilaburkan ke
atas intervensi ini. Pengukuran ini juga dilaksanakan bagi mengetahui pandangan
anggota kerja samada intervensi ini boleh membantu dalam tugas mereka.
(Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 1)
Bila pulang dari intervensi ini, para anggota kerja diminta
untuk mula menetapkan apa ilmu, kemahiran, atau pengalaman yang mahu mereka
perolehi dari tugas mereka dan kemudiannya berusaha ‘membungkus’ (package)
perkara yang dikumpul itu ke dalam bentuk yang mampu membawa nilai kepada diri
sendiri seperti Pengiktirafan (Sijil), Produk, Perkhidmatan, Konsultansi atau
Modul Seminar.
Inisiatif ini amat perlu dilakukan agar disamping membantu
unit bisnesnya mencapai hajatnya (Intervensi Better.Brighter Fasa 2), anggota
kerja itu tidak juga melupakan untuk menaik taraf dirinya. Perkara ini juga
mudah dilakukan bilamana anggota kerja tersebut telah mempunyai mindset yang
sewajarnya (Intervensi Better.Brighter Fasa 1, Intervensi 7 Habits of Highly
Effective People dan Intervensi Let’s Talk (Arbinger)). Sudahnya ini mewujudkan
suasana ‘win-win’ antara unit bisnes dan anggota kerjanya.
No comments:
Post a Comment