Sunday, March 19, 2017
Abah dan Baju Sekolah Hutang
Seminggu dua nak buka sekolah ni teringat zaman kecik dulu
sewaktu arwah abah masih hidup ... masa nilah abah akan naik motor ke sana ke
mari pergi jumpa sedara mara yang senang sikit untuk pinjam duit beli baju
sekolah kami adik beradik. Kadang2 abah pinjam dengan kawan2 abah, tokey kedai
tempat abah sarapan pagi2 dan mcm2 orang lagilah.
Abah tak pernah bagi tahu dia berhutang sana sini untuk beli
keperluan sekolah adik beradik. Tapi kami tahu ... kami faham. Dan kesusahan
itu menjadikan kami berusaha habis-habisan untuk berikan result yang bagus
untuk abah.
Tapi zaman dulu kasut sekolah boleh pakai lama ... lambat
pulak ketat .. budak2 sekolah sekarang ni setahun sampai dua tiga kali tukar
kasut ... cepat betul membesar ... hehehe ...
Pernah satu masa sewaktu darjah 4 nak masuk darjah 5 abah
balik lewat malam dalam hujan. Tak dengar pulak bunyi enjin motosikal abah.
Tahu2 pintu dah diketuk dan terdengar suara abah memangggil. Mak dan adik2 dah
tidur. Masa tu saya yang bukak pintu. Abah kesejukan terketar-ketar. Abah
berikan saya baju sekolah dan buku2 keperluan sesi persekolahan yang baru.
Tak ada apa2 yang keluar dari mulut abah melainkan dia
mintak saya buatkan teh panas satu.
Malam tu berlalu begitu sajalah tanpa apa2 perbincangan.
Sehinggalah saya balik dari luar negara selepas habis
belajar bertahun kemudian, satu malam sewaktu musim hujan seperti sekarang
nilah abah mula bukak cerita ...
"Kau ingat tak abang .. masa kau kecik dulu satu masa
tu abah balik tengah malam dalam hujan lebat, kau bukakkan pintu dan abah bawa
balik buku-buku dan pakaian sekolah baru untuk kau dan adik-adik ... ingat
tak?" Abah tanya ...
Saya hanya senyum dan mengangguk sambil teruja nak dengar
cerita abah ...
"Sebenarnya masa tu abah baru balik dari cari duit cuba
untuk pinjam duit dengan sedara mara kita untuk belikan kau dan adik2 baju
sekolah dan buku ... tapi tak dapat ..."
" Akhirnya abah jumpa kawan lama abah satu masa dulu
diapun susah jugak bukan orang senang ... tapi senang sikitlah dari kita ...
Dialah yang berikan abah pinjam duit RM100 utk belikan buku2. Pakaian sekolah
tu pun abah hutang dengan tuan kedai... dia bagi hurtang sebab dia tahu anak2
abah semua pandai2 belajar ."
Masa tu tanpa sedar air mata saya sudah laju keluar. Bibir
tak boleh berkata-kata ... terkedu. Hati rasa sangat sebak. Abah terus
berbicara ...
"Malam tu motor abah rosak .... abah tolak motor dari
Kota Bharu balik ke Pasir Puteh dalam gelap sebab kedai dah tutup dan abah tak
ada duit nak baiki motor. Abah tolak motor tu dalam hujan bercahayakan langit
dan lampu kenderaan lain sejauh hampir 50km. "
" Sekarang abang dah balik dari luar negara ... abang
dah berjaya ... abang kerja bagus2 .. abang bantulah orang macam abah yg ramai
kat luar sana ... abang jadilah orang baik-baik ... jangan kedekut dengan
rezeki yg Allah bagi pinjam ... abah tak ada harta nak bagi kat kau dan
adik-adik. Abah hanya ada kasih sayang dan ilmu yang abah mampu berikan
sekadarnya ... "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment