Sunday, March 19, 2017
Jurulatih
Peninju legenda sehebat MOHAMAD ALI sekali pun juga memiliki
JURULATIH. Beliau ialah ANGELO DUNDEE yang membantu ALI menjadi JUARA dunia
sebanyak 3 kali.
Padahal jika mereka BERDUA BERADU BERTANDING, sangat JELAS
Angelo Dundee tidak mungkin akan MENANG.
Mungkin kita tertanya tanya, mengapa org sehebat MOHAMAD ALI
masih memerlukan JURULATIH kalau sudah JELAS dia pasti MENANG melawan jurulatihnya?
KETAHUILAH...
Bahawa MOHAMAD ALI perlukan JURULATIH bukan kerana
jurulatihnya lebih HEBAT tapi kerana ia memerlukan seseorang untuk MELIHAT
hal-hal yang "TIDAK DAPAT DIA LIHAT SENDIRI"
Hal yang tidak dapat kita LIHAT dengan MATA sendiri itu yang
disebut : "BLIND SPOT" atau "TITIK BUTA".
Kita hanya boleh melihat "BLIND SPOT" dari bantuan
orang lain.
Dalam hidup, kita
perlukan seseorang untuk mengawasi kehidupan kita, SEKALIGUS untuk MENGINGATKAN
kita seandainya keutamaan hidup kita mulai keluar dari landasan.
Kita perlukan orang lain YANG :
×. MENASIHATI
×. MENGINGATKAN
×. MENEGUR
Jika kita MULAI melakukan SESUATU kesilapan yang MUNGKIN
tidak kita sedari.
Kita perlukan KERENDAHAN HATI untuk :
×. Menerima KRITIKAN
×. Menerima NASIHAT
×. Menerima TEGURAN
Itulah yang
MENYELAMATKAN kita terpesong dari landasan matlamat..
Kita bukan manusia SEMPURNA. Jadi, biarkan orang lain
menjadi "MATA" kita di area 'BLIND SPOT' kita, sehingga kita boleh
MELIHAT apa yang tidak boleh kita LIHAT dengan 'PANDANGAN' kita SENDIRI.
Mari kita saling nasihat- menasihati dalam KEBAIKAN dan
KESABARAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment