Sunday, March 19, 2017
Profesor Tua
Satu hari, seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah
sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. Di tengah-tengah sungai,
profesor bertanya, "Kau pandai menulis dan membaca?"
"Tidak. Saya buta huruf," jawab pengayuh sampan.
"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada
kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang
separuh keupayaan untuk hidup."
Tidak lama selepas itu, profesor bertanya lagi, "Kamu
ada membuat simpanan di bank?"
"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan."
"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada
kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa
pada masa tua nanti."
Sampan terus bergerak.
Tiba-tiba langit jadi hitam pekat dan petir sabong
menyabong........Hujan pun turun dengan Lebatnya. Air masuk dengan banyaknya ke
dalam sampan dan hampir tenggelam. Si
pengayuh sampan bertanya kepada profesor, "Tuan, adakah tuan pandai
berenang?"
"Er, err... saya tidak tahu," jawab profesor
panik.
"Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup
tuan!"
Pengajaran:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment